Memorandum: “SOSMA : MENCABULI HAK ASASI MANUSIA”

SERAHAN MEMORANDUM KEPADA SUHAKAM
“SOSMA : MENCABULI HAK ASASI MANUSIA”

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) yang menggantikan ISA merupakan satu lagi akta yang membelakangkan hak asasi manusia. Perkara ini terbukti apabila tangkapan yang dibuat ke atas tiga individu iaitu Yazid Sufaat, Hilmi Hasim, dan Halimah Hussein jelas tidak menghormati standad piawaian antarabangsa.

Bagi mengetengahkan ketidakadilan terhadap hak rakyat ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan menyerahkan satu memorandum kepada pihak Suhakam yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Febuari 2013 (Khamis)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Pejabat Suhakam, Maju Junction, Kuala Lumpur.

Oleh itu, SUARAM ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan serahan memorandum tersebut.

 

Sekian. Terima kasih.

 

Yang benar,

Ahmad Syukri Razab

Penyelaras SUARAM

Posted in Media Alerts, Memorandums, Right To Trial (Updates)

SUARAM

Subscribe to our mailing list for the latest news

* indicates required