Home > Activities > Press Conferences > Pendakwaan Keatas Pelarian Kanak-kanak Rohingya Melanggar Hak Asasi Manusia!

Pendakwaan Keatas Pelarian Kanak-kanak Rohingya Melanggar Hak Asasi Manusia!

*English statement available below

Untuk Hebahan Segera
23 Februari 2017

Pendakwaan Keatas Pelarian Kanak-kanak Rohingya Melanggar Hak Asasi Manusia!
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk sekeras-kerasnya penahanan seorang pelarian Rohingya berusia 15 tahun kerana dikatakan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Pelarian kekal sebagai satu daripada komuniti yang paling terpinggir di Malaysia, berikutan keengganan berterusan oleh institusi kerajaan dan kerajaan Malaysia untuk mengakui kewujudan mereka. Vakum undang-undang dari segi hak dan pengiktirafan yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia telah menyumbang kepada eksploitasi meluas pelarian di Malaysia dan membolehkan aktiviti pemerdagangan manusia terus berlaku.

Keputusan untuk mendakwa pelarian kanak-kanak berusia 15 tahun tersebut; kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, menandakan satu lagi penindasan terhadap pelarian oleh kerajaan Malaysia. Walaupun kanak-kanak ini merupakan seorang pelarian, dan dibawah umur, Mahkamah Majistret telah menolak hujahan peguam, untuk menggugurkan kes, serta tidak membenarkan ikat jamin diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Akibatnya kanak-kanak tersebut telah ditahan sehingga hari ini. Laporan yang dikeluarkan seorang pakar psikologi, yang dibawa oleh peguam, menunjukkan kesan yang buruk terhadap pertumbuhan mental kanak-kanak tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lantang dalam krisis di Rohingya, namun perlindungan masyarakat Rohingya di Malaysia masih tidak wujud. Kepura-puraan yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dalam hal ini jelas menunjukkan percubaan untuk mempolitikkan krisis kemanusiaan.

Penahanan lanjut kanak-kanak ini menbuktikan kegagalan kerajaan Malaysia dalam memenuhi obligasi di bawah Perkara 22 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak, di mana kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perlindungan yang sewajarnya kepada anak-anak pelarian.

SUARAM sekali lagi mengulangi kekesalan kami diatas perkara ini serta mengutuk sekeras-kerasnya layanan buruk serta penganiayaan terhadap pelarian di Malaysia, dan menggesa campur tangan serta-merta ke dalam pendakwaan terhadap kanak-kanak Rohingya berusia 15 tahun berkenaan.

Dalam Solidariti
Sevan Doraisamy
Pengarah Eksekutif
SUARAM

——

Prosecution of Young Refugee Violates Malaysia’s International Human Rights Obligations!

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) strongly condemn the detention of the 15 years old Rohingya refugee for not possessing appropriate travel documents.

Refugees remain one of the most marginalized community in Malaysia due to the continued refusal to acknowledge their existence by the Malaysian government and government institutions. The legal vacuum in terms of rights and recognition created by the Malaysian government has contributed to the widespread exploitation of refugees in Malaysia and enabled the widespread trafficking activities that continue to plague the refugee community and Malaysians alike.

The decision to prosecute a 15 years old refugee for not possessing appropriate travel documents marks another low in the persecution of refugees in Malaysia by the Malaysian government. Furthermore, despite the potential impact on a child’s development and growth, the person in question has been languishing in detention at Kajang Prison since December 2016 after application for his bail was denied by Sepang Magistrate Court.

Despite the vocal stance adopted by Prime Minister Najib Razak on the crisis in Rohingya, the protection of the Rohingya community in Malaysia remains non-existent. The hypocrisy shown by the Malaysian government in this regard clearly outline the unconscionable attempt to politicize a humanitarian crisis.

Furthermore, the continued detention of this individual reveals the failure of the Malaysian government in fulfilling the obligations under Article 22 the United Nations Convention on the Right of the Child where the government is obliged to provide appropriate protection and humanitarian to refugee children.

SUARAM once again reiterate our strongest condemnation for the current state of affairs in regards to the persecution of refugees in Malaysia and call for immediate intervention into the prosecution of the 15 years old Rohingya minor in question.

In Solidarity
Sevan Doraisamy
Executive Director
SUARAM

You may also like
Continue Chain Remand against Minor an Attempt to Hide Brutality Inflicted on Detainees? EAIC & SUHAKAM Must Intervene and Investigate!
Protect the Fundamental Rights of Parents and the Best Interest of the Child
MEMORANDUM to the Australian High Commission in Malaysia on the Australia-Malaysia Agreement on the Transfer of Asylum Seekers
Press Statement: 21 June 2010 Gov’t Must Act Immediately on UN’s Call for the Repeal of Detention-without-Trial Laws and End to Detention of Refugees & Asylum Seekers