Home > Media Statements > Press Statements > Kenyataan media SUARAM – Pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia SUARAM 2016

Kenyataan media SUARAM – Pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia SUARAM 2016

Suaram melancarkan Laporan Tahunan Hak Asasi Manusia 2016 pada 6 Jun 2017 bagi menarik perhatian umum tentang pencabulan hak asasi pada tahun 2016 dan mengiktiraf perjuangan dan pengorbanan pembela hak asasi (human rights defenders) dalam perjuangan memperkasakan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia. Walaupun dengan tekanan kuat diberikan oleh organisasi hak asasi dan komuniti antarabangsa, pencabulan hak masih lagi tidak berkesudahan dan makin merosot.

Sepanjang tahun 2016, SUARAM mendapati kerajaan Malaysia meneruskan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Penjegahan Keganasan 2015 (POTA), dan Akta Dadah Merbahaya (Langkah-langkah Khas) 1985 (DDA) untuk menahan seseorang tanpa bicara; Pejuang Hak Asasi seperti Aktivis Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh, telah ditahan kerana peranan mereka di dalam menganjurkan perhimpunan aman; keganasan polis, penyalahgunaan kuasa daripada pihak berkuasa dan kecuaian telah menyumbang kepada lebih daripada 300 kematian banduan semasa berada di dalam tahanan polis, penjara, atau pusat tahanan imigresen.

Sorotan Utama pada 2016 termasuklah:

(1) Kerajaan meneruskan penggunaan Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA), dan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) masih disalahgunakan oleh pihak pemerintah untuk menahan, menganiaya, dan mendakwa rakyat yang dikatakan melawan ataupun mencabar pemerintah manakala penangkapan dibawah CMA bagi komen-komen sosial media berlaku hampir setiap minggu.

(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 telah digunakan untuk menahan dan menyiasat rakyat yang merancang, menghadiri atau berucap di demonstrasi aman. Insiden perhimpunan awam yang ketara termasuk aktivis-aktivis dipanggil untuk memberikan kenyataan semasa Konvoi Bersih dan Bersih 5; wakil daripada jawatankuasa penganjur bagi Sambutan Hari Pekerja yang dipanggil untuk memberi kenyataan; dan penahanan penganjur protes komuniti dibawah seksyen 186 kanun keseksaan

(3) SUARAM menerima laporan tentang penyeksaan dan pelbagai layanan tidak berperikemanusiaan ataupun layanan yang bertujuan untuk menghina orang tahanan. Antara kes yang dipantau dan diterima SUARAM termasuk, keganasan seksual oleh anggota polis di Jinjang, tuduhan penderaan fizikal keatas Dato R. Sri Sanjeevan; dan penyeksaan secara sistematik melalui kurungan berasingan dan penafikan keperluan asas terhadap puan Maria Chin semasa beliau ditahan dibawah SOSMA.

(4) Penahanan secara arbitrari terhadap individu yang disyaki sebagai anggota kongsi gelap di bawah SOSMA dan POCA melonjak sepanjang 2016; dan ‘pemanjangan’ penahanan melalui proses memindahkan tertuduh diantara SOSMA dan POCA memberikan kerajaan kuasa untuk menahan seorang individu sebanyak 88 hari tanpa dibicarakan.

SUARAM menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil langkah proaktif untuk melindungi hak asasi di Malaysia seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights). Undang-undang yang bertentangan dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa mesti dimansuhkan segera dan mangsa yang telah dianiaya di bawah Akta Hasutan, CMA, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan undang-undang drakonian lain harus debebaskan serta merta! Kegagalan untuk memenuhi tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan hak asasi manusia akan menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai anggota komuniti antarabangsa dan menjadikan usaha Kerajaan ke arah Majlis Hak Asasi Manusia sebagai sebuah sandiwara dan mngaibkan Malaysia dan rakyatnya dalam arena antarabangsa.

 

Dalam Solidariti,

Sevan Doraisamy
Pengarah Eksekutif,
SUARAM

—————-

Press statement by SUARAM on the Launch of the 2016 SUARAM Human Rights Report on Malaysia

SUARAM launched its 2016 Human Rights Report Overview on the 6th June 2017 to call attention to the human rights violations in 2016 and the struggle that human rights advocates face in their fight for democracy and human rights in Malaysia. Despite growing pressure from human rights organizations and the international community, the gradual deterioration of rights continues unabated.

 

Over the course of the year, SUARAM found that the Malaysian government expanded its use of the Security Offenses (Special Measures) Act 2012 (SOSMA), Prevention of Crime Act 1959 (POCA), Prevention of Terrorism Act 2015 (POTA), and Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985 (DDA) to detain individuals without trial. Prominent human rights defenders, such as Maria Chin Abdullah and Mandeep Singh of Bersih 2.0, were arrested for their role in organizing a peaceful protest and police brutality, the abuse of power by enforcement agencies and negligence resulted in the deaths of more than 300 prisoners who were in police custody, prison, or immigration detention.

 

Key highlights in 2016 include:

 

(1) The government continued to use the Sedition Act 1948, Communications and Multimedia Act 1998 (CMA), and the Official Secrets Act 1972 (OSA) to arrest, persecute, and prosecute citizens who spoke out against the government with arrests under CMA occurring on a weekly basis.

 

(2) The Peaceful Assembly Act 2012 was used to detain citizens who planned, attended or spoke at peaceful protests. Human rights activists were called for questioning, regardless of the scale of the assembly. Notable incidents included the countless activists who were called in for statements during Bersih Convoy and Bersih 5, the representative of the organizing committee for the May Day celebration who was called for questioning, and the organizers of community protests who were arrested.

 

(3) SUARAM received reports about torture and other inhumane or degrading treatment from detainees. Notable cases included the case in Negeri Sembilan, the sexual assault by officers at Jinjang, the alleged physical abuse against Dato R. Sri Sanjeevan, and the solitary confinement and deprivation of basic necessities during Maria Chin’s detention.

 

(4) The growing arbitrary detention of individuals for organized crime under SOSMA and POCA and the ‘extension’ of detention through transfer between SOSMA and POCA which effectively grants the government upwards of 88 days of detention without trial continues into 2017.

 

In the light of these egregious human rights violations, SUARAM urges the government to take proactive steps to protect human rights in Malaysia as outlined in our Federal Constitution and the Universal Declaration of Human Rights. Laws that fail to comply with international standards of human rights must be abolished immediately and victims persecuted under the Sedition Act, CMA, Peaceful Assembly Act 2012 and others draconian laws must be discharged immediately! Failure to fulfil its human rights obligations will only damage Malaysia’s standing as a member of the international community and turn Malaysia’s bid to the Human Rights Council into a farce and further shame the country and its people.

 

In Solidarity,

Sevan Doraisamy
Executive Director
SUARAM

You may also like
Executive Summary SUARAM Annual Human Rights Report 2016 – BM Version
SUARAM Human Rights Report Overview 2015
Suaram: Heightened intolerance towards dissent (The SUN- 21 july 2010)
Press release: 21 July 2010