Home > Media Statements > Press Statements > IGP Must Tackle Death in Custody Immediately or Step Down!

IGP Must Tackle Death in Custody Immediately or Step Down!

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) condemns the death of Benedict A/L Thanilas in Jinjang Detention Centre on 10 July 2017.

Benedict A/L Thanilas was 44 years old and was detained for investigation under the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985. He was unconscious when he was brought to the hospital 6.06AM in the morning. At the time of the family’s arrival at the hospital at around 10AM in the morning, they were informed that Benedict had passed away.

The death of Mr. Benedict marks the 9th known case of death in custody in 2017 and 7th known death in police detention for 2017. His death is also the first known case of death during detention without trial under the Dangerous Drugs (Special Preventive Measures) Act 1985.

Death in custody is the gravest human rights violation a state can inflict upon any individual and their family. The deprivation of life without the due process of the law violates all known international law and human rights principles and it is a direct violations of individual rights under Article 5 of the Federal Constitution of Malaysia.

Furthermore, the court has ruled in the case of P. Chandran that the health of detainees while they are under detention by the police is the full responsibility of the Royal Malaysian Police. This is in-line with the international standards outlined in the Nelson Mandela Rules and it is an international standard that cannot be dismissed by the enforcement agency on a whim.

In light of the unabated cases of death in custody in the recent months, SUARAM calls for the resignation of the Inspector-General of Police for his poor track record in mishandling cases of death in police custody and the repeated failure in preventing and mitigating the issue of torture and death in police custody.

SUARAM reiterate our demand for the establishment of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) to investigate into possible misconduct by the Royal Malaysian Police and for a transparent investigation to take place immediately. The police officers responsible for the well-being of the detainee must also be suspended pending the said investigation.

In Solidarity

Sevan Doraisamy
Executive Director
SUARAM

—–

IGP Wajib Menangani Kes Kematian Dalam Tahanan Dengan Segera atau Letak Jawatan!

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengecam kematian Benedict A/L Thanilas di Pusat Tahanan Jinjang pada 10 Julai 2017.

Benedict A/L Thanilas yang berumur 44 tahun telah ditahan untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985. Beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa beliau dibawa ke hospital pada jam 6.06 pagi. Semasa keluarga tiba di hospital pada jam 10 pagi, Isteri beliau dimaklumkan bahawa beliau telahpun meninggal dunia.

Kematian Encik Benedict merupakan kes kematian dalam tahanan ke-9 yang berlaku dalam tahun 2017 dan kes kematian ‘dalam tahanan polis’ ke-7 bagi tahun 2017. Kematiannya juga merupakan kes yang pertama yang direkodkan dimana seorang tahanan meninggal dunia dibawah akta tahan tanpa perbicaraan, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

Kematian dalam tahanan ialah satu pencabulan hak asasi manusia yang serius. Kegagalan pihak berkuasa untuk mencegah isu kematian dalam tahanan merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang antarabangsa dan bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia. Ianya juga merupakan pencabulan hak individu yang dijamin dibawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Berkenaan dengan isu kesihatan dalam tahanan, pihak mahkamah dalam kes P. Chandran telahpun memutuskan bahawa kesihatan orang kena tahan (OKT) semasa berada dalam tahanan pihak polis ialah tanggungjawab penuh Polis Diraja Malaysia. Keputusan ini selaras dengan piawaian antarabangsa yang digariskan dalam Kaedah Nelson Mandela dan ia merupakan piawaian antarabangsa yang tidak boleh diabaikan ataupun diketepikan oleh pihak berkuasa dengan sewenang-wenangnya.

Atas sebab pihak polis berkali-kali gagal dalam melaksanakan siasatan yang telus dan seterusnya mencegah dari berlakunya kematian dalam tahanan, serta rekod buruk dalam pengendalian kes kematian dalam tahanan, SUARAM menyeru agar Ketua Polis Negara meletakkan jawatan dengan segera.

SUARAM mengulangi seruan masyarakat sivil supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (Independent Police Complaints and Misconduct Commission, IPCMC) ditubuhkan segera, bagi menyiasat salah laku Polis Diraja Malaysia dan memastikan penyiasatan yang telus dijalankan. SUARAM sekali lagi menyeru supaya pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap kejadian ini digantung kerja sementara siasatan dijalankan.

Yang Benar

Sevan Doraisamy
Pengarah Eksekutif
SUARAM

You may also like
Unlawful Detention through Abusive ‘Procedures’ by Prison & Immigration
Justice for Dharmendran & Family: Take Action Immediately!
Police Intimidation Must Stop!
Stop Intimidating and Punishing Human Rights Defender