Home > Media Statements > Press Statements > Bebaskan Remaja Bawah Umur (Ang Kian Kok) daripada Akta Pencegahan Jenayah (POCA)

Bebaskan Remaja Bawah Umur (Ang Kian Kok) daripada Akta Pencegahan Jenayah (POCA)

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) amat kesal dengan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), IPD Klang Utara khususnya kerana telah menahan dan menyiksa seorang remaja bawah umur (Ang Kian Kok , No IC:010126-10-0787, Tarikh Lahir: 26 Januari 2001) di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) pada 13 September 2017 lalu. Ang, yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau telah di reman selama 60 hari di bawah akta yang di peruntukkan bagi penjenayah tegar, sehingga 10 November 2017.

Penahanan Ang bermula pada Pada 6 Februari 2017 lalu, di mana dia telah ditahan bersama Balamurugan dan beberapa yang lain oleh pegawai polis dari IPD Klang Utara bagi siasatan kes samun kereta. Di dalam tahanan IPD Klang Utara mereka telah mengalami seksaan dan Balamurugan dilaporkan telah dipukul dengan teruk dan terpaksa dipapah semasa mengambil reman di Mahkamah Klang pada 7 Februari. Walaupun Majistret telah memberikan arahan bagi memberi rawatan kepada Balamurugan, pihak polis telah mengingkari arahan ini dan akhirnya menyebabkan Balamurugan meninggal dunia dalam tahanan.

Ang Kian Kok menyaksikan penyeksaan yang berlaku ke atas Balamurugan semasa dalam tahanan, di mana beliau juga turut sama di dera; pegawai polis telah menumbuk dan menendang beliau semasa sesi soal siasat. Individu lain yang ditahan bersama Ang mendakwa mereka digantung secara terbalik dan dipukul dengan batang buluh dan hos paip. Selepas kematian Balamurugan, kesemua mereka telah di reman secara berantai selama 19 hari berturut-turut bermula 7 Februari 2017 sehingga 25 Februari. Susulan penahanan; seksaan dan reman berantai, ancaman dan gangguan masih lagi tidak berakhir dan masih berterusan oleh pihak polis IPD Klang Utara. Mereka telah mengganggu dengan kerap kali datang ke rumah keluarga Ang dan mengugut untuk menangkap semula dan pelbagai lagi gangguan. Ia berterusan sehinggalah Ang ditahan di bawah POCA pada 13 September lalu.

Tekanan dan gangguan kepada Ang turut di rasai oleh keluarga yang turut sama terseksa dengan tindakan polis. Ibu bapa Ang yang masing-masing bekerja dengan pendapatan tidak menentu, perlu menampung 4 orang anak yang masih bersekolah. Ang Kian Kok yang telah berhenti dari persekolahan sejak tingkatan 2 untuk membantu keluarga, tidak lagi dapat bekerja dan pendapatan keluarga mereka sangat terjejas. Kini, adik Ang yang berumur 15 tahun perlu turut bekerja bagi menampung keperluan keluarga. SUARAM ingin menuntut agar Ang Kian Kok dibebaskan daripada POCA dan diberi peluang untuk menjalani kahidupan seperti remaja lain, dan bukannya di dalam sistem yang diperntukkan untuk penjenayah tegar.

 

Dalam Solidarity,
Sevan Doraisamy
Executive Director
SUARAM

 

You may also like
Pursue Death in Custody as Murder Must be Standard
New IGP: Engage with Civil Societies and be Different from Khalid Abu Bakar
Siti Noor Aishah Re-Arrested
Continue Chain Remand against Minor an Attempt to Hide Brutality Inflicted on Detainees? EAIC & SUHAKAM Must Intervene and Investigate!