10 Orang Ditahan kerana Mempertahan Hak Asasi Penduduk di Kampung Buah Pala

 

 

Polis telah bertindak kasar ke atas penduduk yang mempertahan rumah mereka dan aktivis yang menghulurkan tangan.

Seramai 10 orang mereka yang menghalang perobohan dikasari polis di Kampung Buah Pala telah ditahan di IPD Timur Laut Pulau Pinang.

Mereka yang ditahan adalah seperti berikut:

1. Gauri

2. Kumar

3. Mark Rey

4. Poven

5. Darshan Singh (Peguam)

6. Geetha

7. Seelan

8. Thiruvengelam

9. Selvan

10. Mathi

Suara Rakyat Malaysia Pulau Pinang (SUARAM) menegaskan polis patut sedar tanggungjawab mereka dan bukan menjadi anak suruhan pihak penindas. SUARAM Penang menegaskan pembangunan patut menyebelahi rakyat, hak rakyat tidak patut dikorbankan dan diketepikan. 

 

Yap Heng Lung

SUARAM Coordinator

017-2845133


Sila buat pangilan telefon dan hantar surat protes kepada polis untuk memberi tekanan :

 

Datuk Ayub Yaakob

Ketua Polis Pulau Pinang

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

Polis Diraja Malaysia

Jalan Penang

10760 Pulau Pinang

Tel: 04-2221522

Faks: 04-2615054 / 2623388

 

IPD Timur Laut,
Phone : 04-2181822
Fax : 042286503

(Sample Letter)

[Letterhead of your organization]


Datuk Ayub Yaakob

Ketua Polis Pulau Pinang

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang

Polis Diraja Malaysia

 Jalan Penang

10760 Pulau Pinang

Tel: 04-2221522

Faks: 04-2615054 / 2623388

 

Tuan,

Per: Lepaskan mereka yang ditahan kerana mempertahan hak asasi Penduduk Kampung Buah Pala

Pihak kami menulis untuk meluahkan perasaan yang tidak puas hati ke atas penangkapan yang berlaku pada 3 September 2009, seramai 10 orang kampong termasuk seorang peguam  ditahan kerana mempertahankan hak asasi Penduduk Kampung Buah Pala.

2.         Tindakan pemaju adalah mencabul hak penduduk, tempat tinggal mereka diroboh tanpa penyelesaian yang memuaskan. Kemajuan tidak akan datang dengan perobohan, diharapkan pihak polis memahami tanggungjawab polis dan tidak digunakan oleh pemaju untuk menjadi jentera ganas yang menindas rakyat.

3.         Pihak kami menyeru supaya mereka yang ditahan dibebaskan serta-merta, pihak kami juga menyeru polis menjaga keselamatan tetapi jangan menjadi pengawai keselamatan pihak pemaju.

4.         Sekali lagi kami ingin menyeru hak asasi setiap manusia tidak patut ditindas. Kerajaan Malaysia sebagai salah seorang ahli United Nations Human Rights Council, patut menyebelahi hak asasi rakyat.

Yang benar,

[Nama]