Kendalikan Inkues terhadap semua kes Kematian dalam Tahanan dengan Segera!

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengutuk tindakan  Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas satu lagi kes kematian dalam tahanan iaitu saudara P.Babu yang berumur 28 tahun dalam lokap Ibupejabat Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Mengikut keterangan saudara kepada mangsa, M. Mahadevan, 35,P.Babu dijangka telah terlibat  dalam beberapa kes samun pada 26 Januari 2010 di kawasan Ladang Bahau. Selepas dicari oleh pihak polis, maka  mangsa bersama dengan rakannya telah menyerah diri kepada polis pada 28 januari 2010 untuk membantu Polis dalam siasatan.

Namun demikian, P babu didapati telah mati dalam lokap pada 1hb Februari 2010 atas alsasan beliau membunuh diri di lokap dengan menggunakan baju lokap yang dipakai oleh mangsa. Malah, mengikut keluarga mangsa, pihak polis hanya memberitahu kematian mangsa P. Babu hanya selepas proses bedah siasat habis dijalankan. Suaram mempunyai beberapa soalan dalam perkara ini. Dimanakah pegawai polis yang bertugas berada ketika mangsa bunuh diri? Mengapakah pihak polis mengambil tempoh masa yang begitu lama untuk memaklumkan kepada pihak keluarga mangsa? Apakah  hasil daripada bedah siasat yang dijalankan?

Maka, SUARAM amat meragui punca kes kematian P.Babu yang dikatakan membunuh diri dan sekaligus tidak dapat menerima alasan pihak polis yang menyatakan bahawa CCTV di lokap tersebut telah rosak pada hari kejadian .  SUARAM  mengesa kerajaan menjalankan  inkues serta membenarkan  bedah siasat untuk  kali kedua bagi mengetahui punca  kematian P.Babu. Pihak polis perlu bertanggungjawab terhadap segala kes kematian dalam tahanan kerana adalah tanggugjawab polis untuk menjaga OKT(orang kena tahan) dalam keadaan sihat seperti yang dinyatakan dalam Akta Kaedah-Kaedah Lokap(L.N.3289/1958)(4).

Kes kematian dalam tahanan ini adalah bukan yang pertama. Malah, sehingga kini satu penyiasatan yang menyeluruh dan terperinci tidak pernah dijalankan terhadap mana-mana kes kematian dalam tahanan polis  yang dilaporkan. SUARAM berpandangan kes kematian dalan tahanan polis adalah satu isu yang amat berat dan menyalahi undang-undang Hak Asasi Antarabangsa.

Maka dengan ini SUARAM  menyeru agar kerajaan:

1. Segera melaksanakan  IPCMC iaitu  Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang bersifat bebas serta telus dan adil

2. Wujudkan Mahkamah koroner yang bebas untuk meyiasat segala kes kematian dalam tahanan dan inkues yang terbuka perlu dijalankan dengan serta merta bagi setiap kes kematian dalam tahanan.

3. Membawa semua pihak yang terlibat dan bertanggungjawab dalam kes Kematian tahanan sebelum ini dan termasuk P. Babu untuk dibawa ke muka pengadilan dengan segera.
Yang bertugas,
Lucas Yap Heng Lung
Penyelaras SUARAM