Jemputan menghadiri kes perbicaraan inkues R.Gunasegaran

Kes R.Gunasegaran merupakan salah satu kes kematian dalam tahanan yang amat memerlukan pemerhatian daripada semua pihak masyarakat.

Pihak SUARAM ingin menjemput semua pihak untuk menghadiri perbicaraan inkues tersebut dan memberikan sokongan kepada ahli keluarga R.Gunasegaran yang berani berdepan untuk memperjuangkan keadilan dan hak asasi manusia daripada penindasan oleh pihak polis.

kami berharap kes ini mendapat liputan yang luas supaya mendapat perhatian daripada rakyat dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menubuhkan IPCMC ( Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis ) dan membuat reformasi terhadap institusi Polis Diraja Malaysia.

Latar belakang:

R.Gunasegaran (31 tahun) didapati mati dalam tahanan di Balai Polis Sentul pada hari bulan 16 Julai 2009 selepas 2 jam dia ditangkap oleh polis dalam satu operasi penangkapan penagihan dadah di sekitar kawasan Sentul.
Namun demikian,kakak Gunasaegaran yang bernama R.Ganga Gowri telah melaporkan kepada polis terhadap sebab tidak setuju kematian adiknya adalah berpunca daripada pengambilan dadah yang berlebihan dan dia mempercayai Gunasegaran pernah dipukul oleh pengawai polis sebelum dia meninggal dunia, dan kenyataan tersebut disetujui oleh beberapa orang saksi yang pada masa itu berada dalam lokap yang sama dengan adiknya, mereka menyatakan Gunasegaran dipukul oleh polis dengan menggunakan hos getah dan juga kayu.

“Memperjuangkan Hak Asasi Manusia!”

Yap Heng Lung

Penyelaras SUARAM