10 Kumpulan masyarakat sivil menghantar surat untuk berdialog dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar

6hb Oktober, Sepuluh kumpulan masyarakat sivil telah menghantar surat perjumpaan kepada Ketua Polis Negara (KPN) dan diterima oleh wakilnya iaitu Inspektor Khairil Azuad dari Pejabat Urus Setia KPN pada pukul 11pagi hari ini. Antara kumpulan masyarakat sivil yang hadir termasuk; Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), All Women’s Action Society Malaysia (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), LLG Cultural Development Centre, Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS), Pusat Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), dan Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA).
Duabelas kumpulan masyarakat sivil menghantar surat kepada KPN untuk mandapatkan satu tarikh perjumpaan dengan KPN berkenaan beberapa isu yang kami sentiasa mengambil berat. Antaranya adalah:
  1. Isu mengenai rekod hak asasi polis
  2. Isu tembak mati yang dilakukan oleh polis
  3. Kes kematian dalam tahanan polis
  4. Isu siasatan,
  5. Isu perhimpunan awam,
  6. Setakat mana cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja untuk menambah baik PDRM diambil kira,
  7. Penubuhan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan
  8. Isu penggunaan senjata api oleh polis.
Penyelaras SUARAM, Yap Heng Lung menyatakan bahawa mereka juga akan mengutarakan cadangan dan tuntutan keseluruhan masyarakat sivil semasa berdialog dengan KPN nanti.
Inspektor Khairil Azuad dari Pejabat Urus Setia KPN menyatakan kepada wakil Kumpulan Masyarakat bahawa pihak polis akan mengambil masa sebulan untuk memberikan maklum balas berkenaan perjumpaan dengan KPN. Tindakan susulan daripada pihak Polis akan dibuat oleh pihak SUARAM.
Dikeluarkan oleh,
Yap Heng Lung
Penyelaras SUARAM