Polis bertindak tidak toleransi dengan menangkap saksi kes inkues Gunasegaran saudara Selvachandran a/l Krishnan

Urgent appeal: 26 Oktober 2010

Polis telah bertindak ganas dan langsung tidak bertoleransi dengan menangkap salah seorang saksi yang menghadiri kes inkues R.Gunasegaran sebelumnya iaitu saudara Selvachandran a/l Krishnan (39 tahun) pada masa lebih kurang 10pm semalam di rumahnya dan ahli keluarganya diberitahu oleh polis bahawa dia akan ditahan selama 60 hari.

Saudara sekarang ditahan di IPK Kuala Lumpur dan ahli keluarganya sedang membuat laporan polis mengenai kes tersebut di Balai Polis Wangsa Maju.

SUARAM berpendirian amat tidak berpuas hati terhadap tindakan polis yang keras serta tidak mematuhi Akta Polis terutama artikel ke 28 dan 28A yang menyatakan tujuan penangkapan terhadap seseorang dan masa tahanan reman tidak boleh lebih daripada 24 jam kecuali bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat atau Akta Dadah Berbahaya 1985 yang bercanggahan dengan prinsip hak asasi manusia.

Suaram berpendirian pihak polis telah melanggari kebebasan hak asasi manusia seperti yang ternyata dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Deklarasi Hak Asasi Manusia dan saksi mahkamah langsung tidak diberi perlindungan malahan ditindas oleh pihak polis.

Tindakan polis seakannya menjatukan keyakinan rakyat malahan jelas menunjukkan sebagai  alat untuk menakutkan rakyat yang berani berdepan sebagai saksi dalam mahkamah demi penegakan keadilan.

Yap Heng Lung

Penyelaras SUARAM

Tindakan semasa diperlukan:

Sila menulis surat bantahan kepada kerajaan dan polis untuk memyuarakan ketidakpuasan terhadap tindakan kekerasan yang dilakukan oleh polis.

Sila menelefon dan menghantar surat kepada:

1.  Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
Polis Diraja Malaysia
Jalan Hang Tuah
51100 Kuala Lumpur

Telefon : 03-21460522
Faks     : 03-20726786

2. Ketua Polis Negara
Tan Sri Ismail Omar
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia,
50560 Bukit Aman,
Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: +603 2262 6015
Fax: +603 2272 5613