May Day 2011: Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima

SAMBUTAN MEI SATU 2011
MAY DAY 2011

HARGA BARANG NAIK….GAJI BILA LAGI?
“PEKERJA MENUNTUT AKTA GAJI MINIMA”

Perhimpunan Aman di Kuala Lumpur

Tarikh: 1 Mei 2011 Masa: 10.30 pagi

Berkumpul di Monorail Chow Kit

Salam Perjuangan!

Semua sedia maklum, rakyat Malaysia sentiasa ditekan dengan kenaikan harga barangan komoditi asas. Setiap hari ada sahaja berita kenaikan harga barangan. Tetapi gaji pekerja pula langsung tidak naik walaupun sudah berkerja untuk berpuluh-puluh tahun. Lebih menyakitkan lagi, kerajaan Malaysia masih enggan melaksanakan Akta Gaji Minima untuk semua pekerja di Malaysia.

Oleh itu, Jawatankuasa Mei 1, akan menganjurkan satu perhimpunan aman bersempena Hari Pekerja 2011 untuk menyuarakan tuntutan pekerja, Melaksanakan AKTA GAJI MINIMA di Malaysia sekarang!

Bersatulah pekerja Malaysia untuk menuntut hak kita. Hanya ada masa 24 HARI LAGI untuk sambutan Mei 1. Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan. Mobilisasi dan turun ramai-ramai.

Tarikh: 1 Mei 2011
Tempat: Kuala Lumpur
Masa: 10.30pagi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Bawani.ks 0169008202
http://1mayworkersday.blogspot.com/