Majlis Pelancaran buku Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA, 7:30 mlm, 3hb Mei 2011

DENGAN anjuran bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Civil Rights Committee, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC), Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) akan melancarkan buku Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Hulu Kelang YB Saari Sungib, yang bertajuk Sengsara Kem Kamunting: Kisah Hidup dalam Penjara ISA. Dijemput semua teman dan pelanggan untuk hadir ke majlis pelancaran bagi memeriahkan lagi majlis tersebut di samping melibatkan diri dalam diskusi ‘Siapa di belakang ISA?’

Tarikh : Selasa, 3hb Mei 2011
Masa : 7.30mlm – 10.30mlm
Tempat: Dewan Seminar Tingkat 2, KL & Selangor Chinese Assembly Hall,
No.1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. (Sebelah Stesen Monorail Maharajelela)

Program
– Kata-kata aluan GMI
– Ucapan oleh Pengulas Buku YB Chang Lih Kang (ADUN Perak kawasan Teja)
– Pelancaran Rasmi dan Penyampaian Cenderamata

Diskusi Panelis: Siapa di belakang ISA?
Ahli Panel:
1) S. Arutchelvan (Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia, PSM)
2) Hishamuddin Rais (Aktivis Sosial, Seni dan Penulis)
3) YB Nurul Izaah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai, KL)

– Penjualan buku dan tandatangan.

Sengsara Kem Kamunting ditulis menurut getaran hati dan denyutan perasaan Saari sebagai seorang yang telah dibebaskan daripada penahanan akta kejam ISA. Buku ini merakamkan imbauan pengalaman penulis dan rakan-rakan bagi tahun pertama ditahan ISA, iaitu dari April 2001 hingga April 2002.

Ia mengenang apa yang dilalui semasa berada di bawah tahanan SB selama dua bulan sebelum penulis dihantar ke Kem Kamunting. Penulis berkongsi perihal apa yang dilalui, dirasai, direnungi dan pengalaman-pengalaman orang lain yang dihayati, khususnya pengalaman mereka yang melalui nasib sama dipenjarakan atas motif politik.

Ia merakamkan dengan terperinci pengalaman penulis dan rakan-rakan melancarkan mogok lapar sempena tahun pertama ditahan di bawah ISA. Buku ini tamat sebaik sahaja ia mengkisahkan bagaimana kempen mogok lapar berakhir.
Sebarang persoalan sila hubungi Chong Ton Sin 016-379 7231 @ SK Chua 019-352 3864 @ Cik Nalini 019-375 8912 @ Secreatariat GMI atau 03-7784 3525

Tolong sebarkan jemputan ini kepada rakan-rakan anda!