FORUM ANCAMAN SENYAP SOSMA

 

FORUM ANCAMAN SENYAP SOSMA

 

26 JUN 2012 (SELASA)

 

8.30 Malam

 

AUDITORIUM TINGKAT 1, KLSCAH



Akta Kesalahan Keselamatan (langkah-langkah Khas) yang telah diluluskan oleh Dewan Negara mengundang kerisauan banyak pihak. Pelbagai persoalan timbul terutamanya daripada kumpulan pejuang hak asasi yang menganggap akta baru ini sebagai satu lagi pencabulan terhadap hak asasi manusia. Disebalik perspektif itu, terdapat juga pihak yang mempertahankan Undang-undang baru ini sebagai suatu perkara yang perlu memandangkan ISA telah dimansuhkan. Kumpulan Pro SOSMA ini juga berpandangan bahawa jika dibandingkan dengan ISA, SOSMA adalah lebih baik dan sesuai dengan pembangunan semasa rakyat Malaysia.

Persoalan seperti Apakah SOSMA sama seperti ISAmengapa perlu ada SOSMA, bagaimana SOSMA berfungsi dan Apakah SOSMA berisiko untuk disalah guna, merupakan soalan popular yang berlegar dalam persepsi masyarakat. Oleh itu forum ini diadakan bagi memberi pendedahan awal kepada masyarakat awam dan juga aktivis gerakan sivil mengenai latar belakang SOSMA dan implikasinya terhadap sistem sosial masyarakat Malaysia.

 

 

Semua dijemput hadir

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Syukri di talian 03 – 7784 3525 atau emelkan ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *