Kempen Kad Ucapan

GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)
NOTIS GMI : 25 JULAI 2012

KEMPEN KAD UCAPAN UNTUK TAHANAN ISA


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI ) akan terus konsisten memperjuangkan pembebasan kesemua tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Biarpun masih belum ada sebarang perkembangan positif daripada pihak Kerajaan, GMI optimis dengan desakan berterusan daripada rakyat Malaysia semua tahanan akan dibebaskan.

Untuk meneruskan momentum ini, GMI telah melancarkan satu lagi kempen yang dinamakan sebagai Kempen Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA yang bermula pada 19 Julai sehingga 3 September 2012.

Kempen ini akan memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan sokongan kepada tahanan melalui kiriman kad ucapan. Rakyat Malaysia boleh mengirimkan kad Ucapan kepada pihak GMI dan semua kad yang diterima akan dihantar terus ke Kemta. Kempen ini juga bertindak sebagai referendum yang bakal menunjukkan solidariti rakyat dalam menuntut keadilan ke atas semua tahanan ISA.

Pihak GMI juga mengeluarkan Kad Ucapan untuk diedarkan di program-program anjuran GMI dan juga program jemputan. Kad ucapan ini boleh diperolehi dengan menghubungi sekretariat GMI, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) di talian 03 – 7784 3525 atau menghantar tempahan ke alamat e-mel [email protected]

Pihak GMI mengalu-alukan pihak lain yang ingin turut membantu menjayakan kempen ini. Semua kad yang dikumpulkan perlu diserahkan semula kepada pihak GMI sebelum 3 September 2012. GMI mensasarkan untuk mengumpulkan sebanyak 50,000 kad yang akan diserahkan terus kepada pihak Kemta. GMI percaya dengan kerjasama dan bantuan semua pihak, jumlah yang disasarkan ini akan dapat dicapai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *