PROTES BEBASKAN TAHANAN ISA DAN SERAHAN KAD UCAPAN UNTUK TAHANAN ISA KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

PROTES BEBASKAN TAHANAN ISA 

DAN SERAHAN KAD UCAPAN UNTUK TAHANAN ISA

KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

 

Kepada :

 

RAKAN-RAKAN NGO

AKTIVIS RAKYAT

 

Salam Hormat,

JEMPUTAN UNTUK BERSOLIDARITI DALAM PROTES BEBASKAN TAHANAN ISA DAN SERAHAN KAD UCAPAN UNTUK TAHANAN ISA KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

 

Pada 19 Julai 2012, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah melancarkan kempen Kad Ucapan untuk Tahanan ISA. Kempen ini dijalankan sebagai satu bentuk desakan kepada Kerajaan Malaysia agar segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA. GMI telah mengedarkan kad kepada orang ramai untuk diisi dengan ucapan yang ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri. Oleh itu, sebagai klimaks kepada kempen ini, GMI akan menyerahkan kad ucapan yang telah dikumpulkan kepada Menteri Dalam Negeri dalam satu protes yang akan diadakan seperti ketetapan berikut

 

Tarikh : 14 Mac 2013 (Khamis)

Masa : 12.00 Tengah Hari

Tempat : Kementerian Dalam Negeri, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Putrajaya.

 

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) yang menggantikan ISA telah pun menahan tiga individu dengan cara yang sangat bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia. Selain tidak dimaklumkan sebab penahanan, mangsa Sosma juga telah dinafikan hak untuk berhubung dengan keluarga dan mendapatkan nasihat undang-undang.  Tangkapan ini menjadikan jumlah mangsa undang-undang zalim di Malaysia meningkat semula daripada 22 orang kepada 25 orang. Jumlah ini dihitung dengan mengambil kira jumlah tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Sehingga hari ini, masih ada 22 orang tahanan ISA yang masih belum dibebaskan oleh Kerajaan.

 

Oleh itu, GMI ingin mengundang rakan-rakan Ngo dan aktivis untuk bersolidariti pada protes dan serahan kad ucapan tersebut.

 

Untuk sebarang maklum balas, sila hubungi Suaram di talian 03-7784 3525 atau 019-8013 149 (Syukri)

 

Sekian. Terima kasih

 

Yang benar

 

Syukri Razab

Penyelaras

Suara Rakyat Malaysia (Suaram)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *