BENGKEL SOSMA – 21/3/2013

Kenali SOSMA dan implikasinya terhadap hak asasi anda dalam BENGKEL SOSMA.

bengkel sosma

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma merupakan akta yang digubal bagi menggantikan ISA. Di pihak Kerajaan, akta ini dikatakan lebih baik berbanding ISA dan sangat diperlukan untuk mencegah sebarang aktiviti keganasan. Namun Akta ini mendapat kecaman dan tentangan daripada banyak pihak terutamanya aktivis hak asasi yang mengatakan Sosma adalah persis seperti ISA kerana mengandungi banyak elemen yang mencabuli Hak Asasi Manusia.

Oleh itu, Suaram akan menganjurkan satu bengkel bagi memberi penerangan kepada masyarakat mengenai Sosma secara lebih terperinci. Bengkel 2 jam ini akan dikendalikan oleh Pengamal Undang-undang yang berpengalaman menguruskan kes-kes ISA dan Sosma.

Butiran Bengkel seperti berikut :

Tarikh : 21 Mac 2013 (Khamis)
Venue : Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Klscah
Masa : 8.30 pm – 10.30 pm

* Bengkel adalah percuma
* Penyertaan terbuka kepada 30 orang peserta
* Peserta akan dibekalkan dengan maklumat mengenai Sosma
* Tarikh tutup penyertaan ialah 18 Mac 2013

Untuk penyertaan, Sila Smskan Nama penuh, No telefon, dan E-mel anda ke 019 – 8013 149.
Anda akan menerima maklum balas daripada kami sebagai pengesahan pendaftaran.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *