Memorandum Kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

 

 

Memorandum Kepada Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Kami mewakili 31 organisasi Bukan Kerajaan di Malaysia yang terdiri dari Pertubuhan Hak Asasi Manusia, pertubuhan hak pekerja, komuniti masyarakat, kumpulan anak muda dan pelajar memandang serius penahanan bermotifkan politik yang dilakukan oleh pihak PDRM.  Kami menghantar memorandum ini dengan hasrat penahanan berunsur politik dihentikan dengan serta-merta dan hak rakyat berhimpun dan meluahkan pandangan seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan dihormati.
Hari ini, 22 May, adalah hari ke-4, Adam Adli Abd Halim berada dalam reman pihak polis di Pusat tahanan Jinjang, Kuala Lumpur. Aktivis muda ini sedang disiasat di bawah Akta Hasutan dan Kanun keseksaan(seksyen 124b)  hanya kerana menyuarakan pendapat untuk sebuah pilihanraya yang adil dan bersih di Malaysia.
Tindakan Polis dan Peguam Negara meminta reman sebanyak 5 hari adalah satu tindakan menghukum anak muda ini dan kami rasa bukan bertujuan untuk menjalankan satu siasatan yang adil. Jika apa yang diluahkan oleh Adam Adli adalah kononnya berunsurkan hasutan, maka rakaman audio dan video cukup untuk membuktikan kes di mahkamah dan tidak perlu untuk satu reman panjang. Namun nampaknya motif polis adalah untuk menghukum dan mengwujudkan suasana takut dikalangan rakyat.
Kami kecewa dengan tindakan polis membuat penahanan ini dan meminta Kementerian Dalam Negeri(KDN) menasihatkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak neutral dan tidak melakukan tugas bermotifkan politik. Isu di mana ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad di hadapkan ke mahkamah untuk tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 turut memberi imej yang sama kepada rakyat.
Penahanan berterusan penganjur perhimpunan aman ini juga menjejaskan imej YAB Perdana menteri yang sebelum ini telah mengatakan beliau melakukan transformasi politik dimana hak rakyat untuk bersuara akan dihormati.
Kerajaan harus menghormati hak bersuara dan  hak berhimpun oleh rakyat secara aman. Hak fundamental ini dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tindakan menyekat kebebasan berhimpun dan bersuara adalah satu pencabulan hak asasi dan tidak lagi boleh diteima oleh rakyat dalam zaman moden dan bertamadum kini. Adalah juga suatu kenyataan kesemua perhimpunan yang berlangsung selepas PRU baik yang ada kebenaran polis ataupun yang tiada, semuanya berjalan secara aman, teratur dan tanpa sebarang ancaman kepada ketenteramana awam.
Kami organisasi yang menandatangani memorandum ini dengan ini mendesak YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengambil langkah yang bijak untuk meredakan kemarahan rakyat dan menghentikan penindasan politik ini dengan serta merta dan menuntut:
 
1. Adam Adli dibebaskan dengan sertamerta dan semua tuduhan keatas beliau digugurkan.
 
2. Hormati hak rakyat berhimpun dan meluahkan perasaan seperti hak yang dijamin dalam Perlembagaan Negara.
 
3. Hentikan sebarang penahanan bermotifkan politik.
Penggunaan undang-undang zalim keatas yang rakyat yang hanya mengamalkan hak-hak demokrasi mereka akan memberi imej buruk kepada PDRM dan Negara amnya. Kerajaan yang memerintah harus menjalankan tanggunjawab secara adil dan saksama dan pihak polis harus dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka secara profesional dan berlandaskan undang-undang.
Di sokong oleh:
1. Malaysian for Beng Hock
2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
3. Community Development Centre (CDC)
4. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
5. Persatuan Sahabat Wanita
6. Pusat KOMAS
7. Islamic Renaissance Front (IRF)
8. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
9. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS)
10. Community Action Network (CAN)
11. Lawyers For Liberty (LFL)
12. National Institute For Electoral Integrity (NIEI)
13. Civil Right Committee KL & Selangor Chinese Assembly Hall
14. Malaysia Youth and Student Democratic Movement
15. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
16. Legasi Mahasiswa Progresif (MMP)
17. Gabungan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR)
18. Gabungan Mahasiswa UITM Malaysia (GAMUS)
19. Women section of KLSCAH
20. Persatuan Shing An KL & Selangor Women Section
21. Pertubuhan Pembangunan Wanita Malaysia PJ New Town Branch
22. Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP)
23. Education and Research Association for Consumers (ERA Consumer) Malaysia
24. Persatuan alumni PBTUSM KL & Selangor
25. Kelab Bangsar Utama
26. Tenaganita
27. Amnesty International Malaysia (AI)
28. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
29. Pemuda Dewan Perhimpunan China KL & Selangor (Pemuda KLSCAH)
30. Jawatankuasa Masyarakat Madani Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG)
31. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *