‘Mengecam Keganasan Polis dan Menubuhkan IPCMC!’

Kami, Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan yang menandatangan di bawah, mengecam keganasan polis semasa menahan 16 orang aktivis yang menuntut penutupan kilang Lynas pada petang 22hb Jun 2014 di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan. Insiden ini sekali lagi menunjukkan kelakuan anggota-anggota polis yang tidak berdisiplin dan hak asasi manusia telah dicabulkan sebagai akibatnya. Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) mesti ditubuhkan dengan segera untuk menyiasat penyelewengan kuasa pihak polis.

Terlebih dahulu, pihak polis telah melanggar kebebasan berhimpun yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang secara terbuka dengan memohon injunksi untuk melarang rakyat daripada mendekati kawasan-kawasan dalam lingkungan 20 meter dari kilang Lynas. Tindakan polis ini adalah amat tidak munasabah sebab rakyat berhak menunjukkan perasaan terhadap isu-isu sosial, bahkan bahan-bahan sisa radioaktif yang dihasilkan oleh kilang Lynas akan mendatangkan kesan-kesan yang memudaratkan kesihatan dan mengancam keselamatan warga-warga kota Kuantan.

Penahanan 16 orang aktivis oleh polis menunjukkan kebebasan bersuara rakyat tidak dihormati oleh kerajaan dan sebaliknya nilai keuntungan perniagaan yang didatangkan mendahului kesihatan rakyat. Hak-hak rakyat untuk tinggal di persekitaran yang selamat dan sihat telah dikorbankan untuk memberi laluan kepada kepentingan syarikat-syarikat negara asing dan kroni-kroni tempatan yang terlibat. Tindakan pihak kerajaan yang meluluskan projek Lynas sebelum perundingan diadakan dengan warga tempatan dan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) tidak dijalankan pada awalnya telah mengancam hak demokrasi warga-warga kota.

Masalah-masalah alam sekitar dirosakkan atas nama pembangunan dapat dilihat di beberapa tempat dalam negara ini. Contohnya, kilang Lynas di Kuantan, perlombongan emas dengan bahan toksik cyanide di Bukit Koman, projek Petrokimia di Pengerang, pencemaran Tasik Chini and pembinaan empangan penjanaan kuasa elektrik di Baram, Sarawak. Ketidaksempurnaan sistem demokrasi tempatan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam persekitaran dan kebudayaan sesuatu tempat.

Semua rakyat berhak menentukan arah pembangunan di tempat sendiri. Kami menyeru bahawa kerajaan memulihkan pilihanraya tempatan secepat mungkin untuk menghentikan trend ini. Dengan adanya pilihanraya tempatan, rakyat berhak untuk menukar kerajaan apabila projek-projek pembangunan yang mengancam kepentingan rakyat diluluskan, berhak menolak wakil rakyat yang korup apabila keuntungan lebih didahulukan daripada kepentingan rakyat.

Yang Menandatangani :

  1. Malaysians for Beng Hock
  2. Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Committee
  3. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  4. Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
  5. Persatuan komuniti prihatin selangor & kl
  6. Sunflower Electoral Education Movement(Seed)
  7. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall(NSCAH) youth section
  8. Young Buddhist Association of Malaysia(YBAM) N.S State Laision committee
  9. Johor Yellow Flame(JYF)
  10. Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU)
  11. Pusat Komas
  12. Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)
  13. Community Development Centre(CDC)
  14. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  15. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
  16. Mamas Bersih
  17. Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)
  18. Gabungn NGO Pengerang
  19. Malaysian youth against public hazards
  20. Northern green youth(NGY)
  21. Pemuda Persatuan TeoChew Negeri Sembilan
  22. Hands of Malaysians Extended (HOME)
  23. National Indian Rights Action Team ( NIAT)
  24. JIHAD for JUSTICE
  25. Malaysia Christian Youth Association (Persatuan Belia Kristian Malaysia)
  26. All Women’s Action Society (AWAM)
  27. Kelab Bangsar Utama
  28. Islamic Renaissance Front
  29. Tamil Foundation
  30. ENGAGE
  31. Saya Anak Bangsa Malaysia
  32. Harapan Kluang
  33. Kill the Bill

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *