Aduan Keganasan Pihak Polis Semasa Himpunan Hijau 622

Kami rasa amat kecewa dan marah dengan tindakan pihak polis daripada Ibu Pejabat Daerah Kuantan dalam mengendalikan perhimpunan aman rakyat membantah pembinaan kilang nadir bumi Lynas dan semasa membuat tangkapan dan menyuraikan peserta Himpunan Hijau 622 di Gebeng, Kuantan pada 22 Jun 2014.

Polis bukan sahaja melanggar dan mecabuli hak asasi manusia rakyat Malaysia yang menyuarakan hak selaras dengan hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia, tetapi juga melakukan keganasan terhadap peserta-peserta perhimpunan aman.

LATARBELAKANG

“Himpunan Hijau 622” merupakan satu perhimpunan aman pada 22 Jun 2014 untuk menuntut penutupan loji kilang pemprosesan nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan. Ini merupakan acara kemuncak perjalanan lebih 300km dari Kuala Lumpur ke Gebeng menuntut penutupan kilang Lynas.

Bantahan penduduk tempatan dan rakyat secara umum telah bermula sejak tahun 2011 lagi ketika kerajaan bersetuju memberikan lesen operasi sementera (TOL) kepada Syarikat Lynas untuk beroperasi di tapak tersebut.

Nadir bumi (Rare earth concentrate) yang diimport dari Australia diproses di Gebeng, Kuantan. Penduduk tempatan serta aktivis masyarakat membantah loji ini kerana bahan radioaktif yang terkandung dalam nadir bumi ini. Ia dikenali sebagai Thorium (TH). Thorium ini adalah bahan toksik untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

Bantahan pada 22 Jun 2014 merupakan bantahan untuk menuntut penutupan operasi kilang Lynas di Gebeng. Lebih 1000 orang telah hadir untuk menyatakan bantahan dan memberi sokongan solidariti kepada gerakan Himpunan Hijau ini.

Kami ingin membuat aduan terhadap anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dibawah arahan Ketua Polis Daerah Kuantan Asst Comm Abdul Aziz Salleh pada 22 Jun 2014. Butir- butir adalah seperti berikut:

I. Pencabulan Hak Untuk Berhimpun Secara Aman and Hak Untuk Bersuara

Perhimpunan Hijau 622 merupakan satu perhimpunan yang aman. Mengikut perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan, rakyat mempunyai hak untk berhimpun secara aman and hak untuk bersuara. Hak-hak ini juga telah didukung dengan jelas sekali dalam keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Nik Nazmi bahawa kegagalan tidak memberi notis kepada pihak polis 10 hari sebelum perhimpunan itu tidak boleh dijenayahkan kerana ini merupakan has asasi rakyat dalam Perlembagaan Persekutuan. Peranan pihak polis sepatutnya memberi bantuan kepada Himpunan Hijau untuk memastikan perhimpunan aman dijalankan secara lancar dan meyelaraskan trafik. Tetapi apa yang berlaku adalah pihak polis langsung tidak menghormati hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagan Persekutuan dan seterusnya menghentikan perhimpunan aman dengan kekerasan yang akhirnya menyebabkan 16 orang peserta telah ditangkap dan ditahan di IPD Kuantan. Ini bukan sahaja mencabuli hak rakyat untuk berhimpun dan hak untuk bersuara, malah hak kebebasan individu (personal liberty) telah dilanggari oleh pihak polis. 15 orang tahanan telah dibebaskan pada awal pagi 23 Jun 2014 tetapi aktivis Friends of the Earth yang tinggal di Australia, Natalie Lowrey, telah terus ditahan dan hanya dibebaskan pada 27 Jun 2014. Ini merupakan salahguna kuasa yang teruk oleh polis. Penggunaan undang-undang immigrasi untuk menahan Natalie Lowrey selama 6 hari juga merupakan satu tindakan berniat jahat polis untuk menghukum Natalie Lowrey sebagai warga asing yang memberi sokongan kepada Himpunan Hijau.

Berikut adalah nama 16 orang yang ditangkap semasa Himpunan Hijau 622:

No. Nama No. Nama
1 Hew Kuan Yau 9 Steven Ta
2 Thomas Wang 10 Chong Kong Yuen
3 Zamri Zanal 11 Raymond Ng bin Abdullah
4 Wong Tack 12 Phua Kia Yaw
5 Natalie Lowrey 13 Wong Chee Wai
6 Tan Chee Hooi 14 Wong Chee Wen
7 Rafar Ahmad 15 Foong Poh Choo
8 Lee Khai Ming 16 Ho Kim Huat

II. Keganasan semasa tangkapan

Pada 22 Jun 2014, lebih kurang jam 4 petang, telah berlaku pergelutan dan penangkapan oleh pihak polis terhadap para peserta Himpunan Hijau 622. Seramai 16 orang ditangkap oleh polis termasuk seorang aktivis Australia, Natalie Lowrey. Semasa penangkapan, ramai yang telah dipukul oleh pihak polis dan diberi layanan yang sangat teruk. Saksi dan mangsa kejadian telah membuat laporan polis tentang keganasan itu. Di antara mereka yang telah mengalami kecederaan akibat tindakan tidak peri-kemanusiaan polis adalah:

a. Ho Kam Huat

Ho Kam Huat telah dipukul di kepala oleh lebih kurang 10 polis tidak beruniform di tapak perhimpunan aman di Gebeng sehingga beliau pengsan. Beliau telah ditendang dan dipukul dengan sangat kuat di kepala. Beliau hanya sedar diri setelah dibawa ke hospital. Beliau mengalami kesakitan di bahagian dada, perut, kaki, tangan dan kepala. Beliau telah didapati oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan sebagai mengalami “cerebral concussion”, gegaran pada otaknya akibat pukulan di kepala semasa beliau ditangkap oleh polis. Pada keseokan harinya, Ho Kam Huat telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Kuantan.

b. Wong Chee Wai

Wong Chee Wai telah cedera di bahagian peha, kepala dan bahagian belakang badan. Ketika pihak polis memberikan masa selama 15 minit untuk bersurai, beliau cuba untuk bersurai tetapi keadaan yang terhimpit menyebabkan beliau langsung tidak dapat beredar. Tiba- tiba, tangan beliau telah ditarik oleh anggota polis dan dipukul. Beliau juga telah dipukul setelah digari. Beliau turut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk rawatan.

c. Wong Chee Wen

Wong Chee Wen telah ditendang dan ditumbuk selama 5 minit seramai 8 orang polis tidak beruniform sebelum dimasukkan ke dalam trak polis. Beliau mengalami kecederaan di bahagian belakang badan dengan kesan tumbukan menggunakan ‘besi buku lima’. Ada kesan 8 lubang di belakang badannya. Setelah dimasukkan dalam trak dalam keadaan bergari, beliau turut dipukul lagi setelah meminta pihak polis untuk memanggil ambulans berikutan keadaan Ho Kam Huat yang tidak sedar diri. Tidak lama kemudian, beliau dipukul lagi apabila telefon bimbit isterinya, Fong Poh Choo berbunyi.

Berikut adalah maklumat mangsa keganasan polis yang berlaku pada 22 Jun 2014:

Nama IC No. Report Kecederaan
Ho Kam Huat 700909065103 GEBENG/000405/14 Pengsan, cedera di dada, kepala, kaki, tangan
Wong Chee Wai 791109145267 GEBENG/000400/14 Cedera di peha, kepala, belakang badan
Wong Chee Wen Blok 700623055049 GEBENG/000404/14 Cedera di pipi, belakang badan, gigi longgar, kepala. Kesan tumbukan ‘besi buku lima’

III. Serangan Samseng terhadap penyokong Himpunan Hijau di luar IPD Kuantan

Pada 23 Jun 2014, jam lebih kurang 12.45 pagi (tengah malam), sekumpulan lelaki seramai 15 orang telah menyerang penyokong Himpunan Hijau di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Darah Kuantan yang mengadakan satu perhimpunan nyala lilin dan menuntut pembebasan kesemua 16 yang ditahan oleh pihak polis di IPD Kuantan . Golongan samseng-samseng itu telah datang secara tiba- tiba dengan memaki-hamun orang ramai dan terus memukul dan menumbuk penyokong-penyokong Himpunan Hijau.

Seorang peserta wanita yang jelas mengandung dengan perut yang besar pada masa itu cuba mendapat perlindungan daripada pihak polis dan cuba masuk ke dalam balai polis untuk mengelakkan keganasan samseng-samseng itu. Pegawai-pegawai polis yang bertugas bukan sahaja tidak memberi pertolongan dan laluan, malah telah menutup pintu balai polis dengan segera untuk menghalang penyokong-penyokong Himpunan Hijau masuk ke dalam balai polis.

Kejadian ini adalah sangat mengejutkan kerana ia berlaku dihadapan balai polis tanpa sebarang tindakan daripada anggota polis untuk menghentikan keganasan samseng-samseng itu. Malah tiada seorang samseng pun ditangkap oleh pihak polis walaupun mereka melakukan keganasan secara terang-terang dihadapan balai polis!

Beberapa laporan polis telah dibuat mengenai insiden tersebut. Maklumat di bawah:

Nama IC No. Report
Rosli Bin Omar 700608065521 KUANTAN/019894/14
Leong Kin Aw 851127065545 KUANTAN/019897/14
Ooi Chen Lin 871012565062 KUANTAN/019902/14
Michael Long 770504016913 KUANTAN/019898/14
Woo Sze Mun 810415145194 KUANTAN/019904/14
Ho Sheau Yun 710113105500 KUANTAN/019901/14
Phua Fui Min 671031065200 KUANTAN/019903/14

Insiden ini menggambarkan beberapa isu serius dalam anggota pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Butiran seperti di bawah:

a. Anggota polis tidak berprofesional

Salah satu laporan polis bernombor KUANTAN/019904/14, jelas menunjukkan anggota polis tidak berprofesional dalam menjalankan tugas. Anggota di pintu pagar IPD Kuantan telah menghalang seorang wanita mengandung untuk menyelamatkan dirinya daripada ancaman gangster. Wanita tersebut telah ditolak supaya tidak memasuki kawasan balai.

b. Anggota polis tidak bertanggungjawab

Jelas tanggungjawab polis untuk menjaga ketenteraman telah diabaikan dalam kejadian ini, lebih- lebih lagi ini berlaku di hadapan balai polis sendiri. Apabila, beberapa pemuda mengancam ketenteraman orang lain yang sedang menuggu secara aman, adalah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk meleraikan sebarang pergaduhan dan menangkap orang yang mencetuskan hura- hara itu. Sudah jelas pihak polis tidak menjalankan tugas mereka untuk melindungi orang awam daripada keganasan samseng-samseng dan tidak menahan seorang pun daripada kumpulan samseng-samseng itu. Ini memberi tanggapan awam bahawa samseng-samseng itu lebih berkuasa daripada pihak polis atau samseng-samseng ini ada hubung-kait dengan pihak polis sehingga mereka berani melakukan keganasan dihadapan balai polis.

TUNTUAN KEPADA SUHAKAM

Kami berpendirian bahawa penindasan, penyalahgunaan kuasa dan keganasan polis semasa Himpunan Hijau 622 adalah pencabulan hak asasi yang teruk dan mereka yang terlibat harus dibawa ke muka pengadilan. Pihak polis sentiasa harus diingatkan dengan hasil laporan penyiasatan SUHAKAM sebelum ini supaya pihak polis harus menghormati hak asasi manusia dan tidak keterlaluan dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan.

Oleh itu, kami ingin menggesa SUHAKAM agar:

  1. Melaksanakan penyiasatan awam dan terbuka (public inquiry) terhadap kesalahan dan tindakan polis yang ganas pada Himpunan Hijau 22 Jun 2014.
  2. Memberikan laporan akhir kepada Kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pihak polis yang melakukan kesalahan dan tindakan melampau mereka ke atas para peserta.
  3. Mengumumkan keputusan penyiasatan awam dan terbuka dan memastikan laporan boleh diakses oleh orang awam.

KEBEBASAN BERSUARA, BERHIMPUN ADALAH HAK ASASI MANUSIA!

Memorandum ini dihantar oleh:

Bang Seet Ping
Himpunan Hijau Koordinator
Tel: 0199213780
Email: [email protected]

Theva Rajan
Koordinator
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
433A, Jalan 5/46,
Gasing Indah, Petaling Jaya,
Selangor
Tel: 03-77843525
Fax: 03-77843526
Email: [email protected]