MEMORANDUM KEPADA KETUA POLIS NEGERI PULAU PINANG: Perkembangan Siasatan Dan Tindakan-Tindakan Untuk Mengelakkan Berlakunya Kes-Kes Kematian Dalam Tahanan Dalam Lokap-Lokap Di Negeri Pulau Pinang

Kami amat kecewa dengan kegagalan PDRM yang tidak memaklum kepada ahli-ahli keluarga mangsa mengenai perkembangan siasatan kematian dalam tahanan selepas laporan polis telah dibuat. Keluarga-keluarga mangsa telah menunggu jawapan daripada pihak polis selama empat bulan atau sekurang-kurang satu bulan.

Selain itu, pihak kami juga tidak nampak tindakan-tindakan dan usaha-usaha yang jelas dilakukan oleh pihak polis untuk menggelakan kes-kes kematian dalam tahanan berlaku.

Berikut adalah senarai nama suspek yang mati dalam tahanan pada tahun 2014:

Tarikh Nama Umur Lokasi
10 Feb 2014 A. Punniyanathan 40 Lokap Nibong Tebal
18 Feb 2014 J. Kulanthangam 34 Lokap Dang Wangi
1 Mac 2014 Ramasamy Nagu 50 Lokap Bayan Baru
8 Mac 2014 Kamarulnizam 39 Penjara Tapah (Lokap Bandar Perda)
6 April 2014 Koay Soon Guan 41 Penjara Pulau Pinang
10 April 2014 N. Harirajan 34 Penjara Kajang
13 April 2014 Murugan Muniandy 48 Lokap Bandar Perda
16 April 2014 A. Morgan 48 Lokap Jinjang
27 April 2014 Rahmat Bin Mod Noor 56 Lokap Bayan Baru
7 Jun 2014 Naidu Agin Raj 29 Hospital Bukit Mertajam (Lokap Bandar Perda)
7 Jun 2014 Khor Keng Soon 43 Lokap Balai Polis Kuantan

11 kes kematian dalam tahanan telah berlaku pada tahun 2014. Antara 11 kes kematian dalam tahanan ini, enam kes adalah berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan lokap-lokap di Negeri Pulau Pinang. Menurut statistik dan maklumat yang kami kumpul, tiga lokap Negeri Pulau Pinang merupakan lokap “risiko tinggi” berlakunya kematian dan tahanan iaitu Lokap Berpusat Bayan Baru, Lokap Balai Polis Bandar Perda dan Lokap Balai Polis Nibong Tebal. Dalam tahun 2014 sahaja, dua kes kematian telah berlaku di dalam Lokap Berpusat Bayan Baru dan tiga kes kematian berlaku di Lokap Balai Polis Bandar Perda. Walaupun hanya satu kes kematian berlaku di lokap Balai Polis Nibong Tebal pada tahun ini, tetapi terdapat dua lagi kes kematian yang berlaku sebelum ini, iaitu kematian dalam tahanan seperti Ooh Joo Kia, berumur 44 pada Januari 2011 dan orang tidak diketahui, berumur 46 pada 18th October 2012.

Selain daripada kes-kes kematian dalam tahanan, kami juga terima satu kes dimana anak pengadu iaitu Mohd Hafidan Bin Mokhtarludin (No Kad Pengenalan 851026085483) yang ditahan di dalam lokap IPD Bukit Mertajam Pulau Pinang, mendakwa bahawa beliau dipukul oleh polis. Ibunya mendakwa terdapat beberapa kesan cedera Mohd Hafidan iaitu kedua-dua belah mata lebam dan bengkak, kesan jahitan cedera di belakang kepala dan belakang badan beliau juga ada kesan lebam yang disyaki akibat dipukul oleh anggota polis semasa di Balai Polis Simpang Ampat. Tindakan polis yang memukul suspek seperti ini berkemungkinan menyebabkan kematian suspek.

Oleh itu, kami menuntut Ketua Polis Negeri Pulau Pinang menjawap beberapa persoalan dalam masa seminggu kepada orang ramai:

  1. Adakah polis lokap yang bertugas ketika kejadian disiasat dengan segera? Persoalan ini berlandaskan kepada Peraturan Lokap 1958 yang menyatakan pegawai bertugas mesti bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan suspek dan kondisi lokap dalam keadaan yang teratur.
  2. Adakah siasatan polis dilakukan oleh pegawai penyiasat dari pejabat polis daerah yang lain? Hal ini adalah untuk memastikan penyiasatan ini adalah telus serta tidak wujud sebarang cubaan untuk menutup salahguna kuasa dalam penyiasatan tersebut.
  3. Apa perkembangan dan hasil siasatan mengenai kes-kes kematian dalam tahanan yang disenaraikan seperti di atas?
  4. Apa tindakan-tindakan atau usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak polis untuk menggelakkan berlakunya kematian ataupun penyeksaan dalam tahanan?

Memorandum disokong oleh NGO-NGO, parti-parti politik, dan wakil-wakil rakyat seperti berikut:

NGO-NGO:

  1. Amnesty International Malaysia (AIM)
  2. Malaysians For Beng Hock
  3. Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN)
  4. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  5. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  6. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Parti-parti politik:

  1. Angkatan Muda Keadilan Negeri P.Pinang (AMK PP)
  2. Parti Sosialis Malaysia cawangan Bayan Baru
  3. Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Negeri P.Pinang (Penang DAPSY)

Wakil Rakyat:

  1. P.Ramasamay, Timbalan Ketua Menteri II Negeri P.Pinang
  2. Afif Bahardin, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri P.Pinang
  3. Ng Wei Aik, Ahli Parlimen Tanjung
  4. Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
  5. P.Kasthuri, Ahli Parlimen Batu Kawan
  6. Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen Bukit Mertajam
  7. Ong Chin Wen, ADUN Bukit Tengah
  8. Lee Khai Loon, ADUN Machang Bubok
  9. Soon Lip Chee, ADUN Jawi
  10. T.Jayabalan, ADUN Batu Uban
  11. Teh Lai Heng, ADUN Komtar
  12. Yap Soo Huey, ADUN Pulau Tikus