PERMINTAAN PENJELASAN DAN PERKEMBANGAN ISU WARGA MISKIN KOTA

Gabungan untuk Warga Miskin Kota meminta penjelasan dan perkembangan berhubungan isu-isu yang telah dibangkitkan dan/atau dicadangkan oleh pihak kerajaan selepas dua mesyuarat bersama Kementerian Wilayah Persekutuan pada 8/7/2014 dan 23/7/2014, penyerahan suatu memorandum daripada masyarakat miskin kota kepada Menteri Wilayah Persekutuan Dato’ Sri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 22/7/2014 dan kenyataan-kenyataan awam yang telah dibuat sehingga kini.

Sebelum itu, kami ingin menjelaskan bahawa ahli-ahli gabungan yang hadir pada kedua-dua mesyuarat tersebut tidak mempunyai pengetahuan, perbincangan atau bersetuju dengan sebarang pusat sementara yang kononnya telah “dikenalpasti” oleh pihak kerajaan bersama ahli-ahli gabungan.[1] Namun, pihak kerajaan ada mencadangkan bahawa pihak badan bukan kerajaan menguruskan pusat-pusat (yang belum dikenalpasti) tersebut tetapi kami mengingatkan pihak kerajaan bahawa pihak kerajaan dan agensi kerajaan juga memikul tanggungjawab dalam menangani isu warga miskin kota.

Kami menegaskan bahawa operasi pihak badan bukan kerajaan tidak menjejaskan tahap kebersihan di bandaraya Kuala Lumpur seperti yang dinyatakan oleh pihak kerajaan. Sebaliknya, kami ulang permintaan kami untuk penambahan tong sampah di tempat-tempat strategik di bandaraya Kuala Lumpur.[2]

Penjelasan dan status perkembangan yang kami minta seperti berikut:-

1.      Keputusan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Wilayah Persekutuan berhubung tuntutan kami untuk menghentikan segala Operasi warga miskin kota seperti Operasi Gelandangan, Operasi Qaseh dan Operasi Bersepadu Cantas dan segala Operasi-Operasi lain yang tidak kami ketahui, sebelum sebarang perbincangan dan konsultasi yang telus, ikhlas dan inklusif diadakan bersama warga miskin kota dan pihak badan bukan kerajaan;

2.      Status tuntutan kami untuk pembebasan warga miskin kota yang telah ditangkap dan ditahan secara paksa dan tidak sah;

3.      Tarikh untuk mesyuarat Dewan Bandar bersama masyarakat warga miskin kota, pihak badan bukan kerajaan dan pegawai-pegawai dari pihak kerajaan, seperti yang dijanjikan;

4.      Cadangan daripada Menteri Wilayah Persekutuan untuk mewujudkan pusat-pusat untuk warga miskin kota dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat, yang antara tujuannya adalah untuk merekod maklumat warga miskin kota dan “pengemis.”[3] Kami risau cadangan yang tergesa-gesa ini dibuat tanpa perbincangan dan konsultasi penuh dengan masyarakat miskin kota;

5.      Samada Dewan Bandar akan meminda dan meluluskan Undang-Undang Kecil untuk menghukum mereka yang memberi dan menerima sedekah[4] dan memberikan kuasa tangkapan warga miskin kota kepada pegawai-pegawai DBKL.[5] Kami menegaskan bahawa hukuman, tangkapan dan penyingkiran warga miskin kota dari tempat awam bukanlah penyelesaian total. Kami juga menegaskan bahawa kuasa yang bakal diberikan ini melanggar hak asasi dan sivil warga miskin kota; dan

6.      Status permohonan kami untuk minit mesyuarat-mesyuarat tersebut yang telah diadakan.

Kami juga menggesa supaya pihak kerajaan memberikan pengecualian bayaran denda dan melancarkan proses dokumentasi mereka yang telah hilang kad pengenalan, dokumen-dokumen perjalanan dan suaka.

Kami menyeru supaya pihak-pihak yang berkaitan memberikan maklum balas secara umum kepada orang awam kepada isu-isu tersebut di atas dengan kadar segera. Kami percaya bahawa pihak kerajaan masih komited untuk memperbaiki dan menangani isu-isu kemiskinan kota.

Disokong oleh:

Dapur Jalanan Kuala Lumpur

Food Not Bombs Kuala Lumpur

Kaseh4U

Kuala Lumpur Urban Fellowship

Institut Rakyat

The Nasi Lemak Project

Need to Feed the Need

Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

Reach Out Malaysia

Region of Love

SALT Movement

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

UBUNTU Malaysia

Lawyers for Liberty


[1] Sila lihat perenggan  3 “Soup Kitchen Can Operate As Usual- Tengku Adnan”, 9/8/ 2014, BERNAMA di http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=1059071

[2] Sila lihat perenggan 1 “Soup Kitchen Can Operate As Usual- Tengku Adnan”, 9/8/ 2014, BERNAMA di http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=1059071

[3] Sila lihat perenggan 12 “Ku Nan claims authorities will provide better life for homeless”, 4/7/ 2014, The Rakyat Post dihttp://www.therakyatpost.com/news/2014/07/04/ku-nan-claims-authorities-will-provide-better-life-homeless/

[4] Sila lihat perenggan 6 dan 7  “Foreign beggars enjoying 3-star hotel stay from alms”,3/7/ 2014, NEW STRAITS TIMES di http://www.nst.com.my/node/9173

[5] Sila lihat perenggan 22 “Ku Nan claims authorities will provide better life for homeless”,4/7/ 2014, The Rakyat Post dihttp://www.therakyatpost.com/news/2014/07/04/ku-nan-claims-authorities-will-provide-better-life-homeless/

 

Yasmin Masidi
Communications and Media Officer

[email protected] | +6012 979 0931
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
13 Lorong 4/48e, Petaling Jaya 46050
Selangor, Malaysia.
Tel:  +603-77844977
Fax: +603-77844978
Website: http://empowermalaysia.org/
Facebook: facebook.com/EmpowerMalaysia
Twitter: @empowermalaysia
All of EMPOWER’s Media Statements can be downloaded at: http://bit.ly/TfMQzL


You received this message because you are subscribed to the Google Groups “Repeal the DPA” group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to [email protected].
To post to this group, send email to [email protected].
To view this discussion on the web, visithttps://groups.google.com/d/msgid/repealdpa/CALtNZk9LRBjTDenXEL0ddrvEy2q%2BdS7iWK8jvpufS8OA31e-Gw%40mail.gmail.com.
For more options, visit https://groups.google.com/d/optout.