PEMBENTUKAN GERAKAN HAPUS AKTA HASUTAN (GHAH)

KENYATAAN BERSAMA BERKENAAN PEMANSUHAN AKTA HASUTAN

DAN

PEMBENTUKAN GERAKAN HAPUS AKTA HASUTAN (GHAH)

5 September 2014, Kuala Lumpur

press conference on GHAH

Kami, pertubuhan-pertubuhan seperti di bawah sesungguhnya membantah sekeras-kerasnya penggunaan berterusan undang-undang zalim, kolonial  dan tidak demokratik iaitu Akta Hasutan 1948.

Akta Hasutan ini merupakan suatu undang-undang zalim yang digubal oleh penjajah British untuk menyekat kebebasan bersuara dan pendapat moyang kita yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara. Undang-undang ini perlu dihapuskan jika kita ingin menjadi negara yang benar-benar merdeka.

Akta Hasutan ini mempunyai tafsiran yang terlalu luas dan amat mudah untuk disalahgunakan oleh kerajaan. Ia boleh dan sedang digunakan untuk memperjenayahkan apa-apa ucapan bersifat demokratik termasuk kritikan terhadap kerajaan, pemimpin atau parti politik pemerintah. Menurut Akta Hasutan, hampir semua kenyataan atau terbitan yang boleh dipertikaikan walaupun tidak serius boleh dianggap sebagai hasutan. Akta Hasutan ini secara jelas sedang disalahgunakan untuk melindungi kerajaan dan kepentingan mereka, untuk menekan ahli-ahli politik pembangkang dan mereka yang membantah, melarang sesetengah isu dari diutarakan, menyekat hak kebebasan dan menimbulkan rasa takut membelenggu sebagaimana semasa pemerintahan kuku besi rejim Mahathir.

Aliran ini dengan jelas diperlihatkan di dalam sabitan pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar pada Jun 2013 dan bekas pengerusi kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh pada Febuari 2014.

Sejak sebulan kebelakangan ini, Akta Hasutan telah digunakan secara melulu dalam satu arus penindasan politik baru yang amat dasyat dan rakus, dimana sasaran mereka termasuk wakil rakyat dan peguam yang mempunyai tanggungjawab untuk bersuara mengenai isu-isu berkepentingan awam.

Adalah amat membimbangkan bahawa dengan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan yang dilakukan oleh Peguam Negara yang jelas mensasarkan mereka yang kritikal terhadap kerajaan.

Antara mereka yang telah didakwa adalah:

1.         David Orok                                         Ahli Parti, Reformasi Negeri Sabah

2.         Azmi Sharom                                      Pensyarah Undang-undang, Universiti Malaya

3.         N Surendran                                        Peguam/Wakil Rakyat Padang Serai

4.         Khalid Samad                                     Wakil Rakyat Shah Alam

5.         RSN Rayer                                          Peguam/ ADUN Seri Delima

6.         Abdullah Zaik Abdul Rahman           Presiden, Ikatan Muslimin Malaysia

7.         Teresa Kok                                          Wakil Rakyat Seputeh

8.         Chua Tian Chang                                Wakil Rakyat Batu

9.         Hishamuddin Rais                              Aktivis Sosial

10.       Adam Adli                                          Aktivis Pelajar

11.       Safwan Anang                                                Aktivis Pelajar

12.       Haris Ibrahim                                      Peguam/ Aktivis Sosial

13.       Tamrin Tun Abdul Ghafar                  Aktivis Politik

14.       Md Shuhaimi Shafie                           ADUN Sri Muda

 

 

Lain-lain yang telah disiasat termasuk:

 

1.         Viktor Wong                                       Aktivis, Parti Rakyat Malaysia

2.         Susan Loone                                       Wartawan, Malaysiakini

3.         Hassan Karim                                      Peguam/Naib Presiden PKR Johor

4.         Rafizi Ramli                                        Wakil Rakyat Pandan

5.         Ali bin Jalil                                          Orang awam

6.         Pelajar sekolah 17 tahun                     (Tidak dinamakan)

7.         Mohammad Nizar Jamaluddin            ADUN Changkat Jering

 

Perdana Menteri telah berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan pada 11hb Julai 2012 dan 3hb Julai 2013. Adalah amat memeranjatkan bahawa walaupun janji telah dibuat kepada rakyat Malaysia, namun penggunaan Akta ini meningkat secara berleluasa.

Akta Hasutan sedang digunakan sebagai suatu jenis ISA baru untuk menyekat dan menindas parti pembangkang, masyarakat sivil dan orang awam.

Pada waktu kritikal, apabila hak asasi manusia kita sedang ditekan sewenang-wenangnya, kami, gabungan pertubuhan seperti di bawah dengan ini ingin menyokong pembentukan Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH).

Objektif GHAH adalah untuk melaksanakan kempen secara kebangsaan untuk menghentikan ancaman terhadap kebebasan bersuara dan berpendapat oleh Akta Hasutan yang mencengkam setiap warganegara Malaysia.

Tuntutan-tuntutan kami adalah:

–          MANSUHKAN AKTA HASUTAN 1948

–          GUGURKAN SEMUA PENDAKWAAN

–          BEBASKAN SEMUA YANG TELAH DIPENJARAKAN DIBAWAH AKTA HASUTAN

–          TIADA UNDANG-UNDANG GANTIAN YANG SERUPA ZALIM

GHAH akan dilancarkan secara rasmi pada 15hb September 2014 dan akan menjelajah ke seluruh negara bagi mendesak demi mencapai tuntutan-tuntutan kami diatas.

 

Disokong oleh:

  1. Aliran
  2. All Women’s Action Society (AWAM)
  3. Amnesty International Malaysia
  4. Anak Muda Sarawak
  5. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)
  6. Asian Law Students Association (ALSA)
  7. Association of Women Lawyers
  8. Baramkini
  9. Bersih Sibu
  10. Borneo Resources Institute (BRIMAS)
  11. Center for Independent Journalism (CIJ)
  12. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  13. Center for Reform, Democracy and Social Initiatives (CRD)
  14. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4)
  15. Community Action Network (CAN)
  16. Dam the Dams
  17. Dapur Komuniti Serdang
  18. Dignity International
  19. ENGAGE
  20. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)
  21. Friends of Kota Damansara
  22. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (G.A.M.I.S.)
  23. Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia
  24. GEMA-UMANY ALUMNI
  25. Gerakan Bunga Raya
  26. Global Bersih
  27. Himpunan Hijau
  28. Institute for Democracy and Economic Affairs Studies (IDEAS)
  29. Institute for Development of Alternative Living (IDEAL)
  30. Institute for Leadership and Development Studies (LEAD)
  31. Islamic Renaissance Front (IRF)
  32. Japan Graduates’ Association of Malaysia (JAGAM)
  33. Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
  34. Jihad for Justice
  35. Johor Yellow Flame (JYF)
  36. Kajian Politik untuk Perubahan
  37. Kelab Bangsar Utama
  38. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
  39. Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall
  40. Kuen Cheng Alumni Association
  41. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)
  42. Lawyers for Liberty
  43. Legasi Mahasiswa Progresif
  44. Lensa Anak Muda Malaysia
  45. Life for Democracy
  46. Linkaran Islam Tradisional
  47. LLG Cultural Development Centre
  48. Malaysia Indians Progressive Association (MIPAS)
  49. Malaysia Physicians for Social Responsibility
  50. Malaysia Speakers Association
  51. Malaysia Youth and Students’ Democratic Movement (DEMA)
  52. Malaysia-China Chamber of Commerce
  53. Malaysian Youth Care Association (PRIHATIN)
  54. Mama Bersih
  55. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
  56. Nanyang University Alumni Association
  57. National Indian Rights Action Team (NIAT)
  58. National Oversight and Whistleblowers (NOW)
  59. Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall
  60. New Era College Alumni Association
  61. Northern Green Youth
  62. Pahang Raub Ban Cyanide in Gold Mining Action Committee
  63. Parti Sosialis Malaysia, Cawangan Nusajaya
  64. Partners of Community Organizations in Sabah (Pacos Trust)
  65. Pax Romana International Catholic Movement for Intellectual and Cultural Affairs (ICMICA)
  66. Penang Forum Steering Committee
  67. People Welfare and Rights Organisation (POWER)
  68. Perak Green Pioneer (PGP)
  69. Perak Women for Women Society (PWW)
  70. Persahabatan Semparuthi, Johor
  71. Persatuan Alumni PBTUSM Kuala Lumpur & Selangor
  72. Persatuan Bahasa Tionghua Northern Region Alumni
  73. Persatuan Bahasa Tionghua Universiti Sains Malaysia
  74. Persatuan Bekas Murid-Murid Confucian School Wilayah Persekutuan dan Selangor
  75. Persatuan Bekas Siswazah Universiti and Kolej di China
  76. Persatuan Hopo Kuala Lumpur & Selangor, Bahagian Belia
  77. Persatuan Huian Quangang KL dan Selangor (Bhg Pemuda)
  78. Persatuan Huian Quangang KL dan Selangor
  79. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  80. Persatuan Koh Yew Kuala Lumpur & Selangor
  81. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor & Kuala Lumpur
  82. Persatuan Mahasiswa University Malaya
  83. Persatuan Masyarakat Selangor (PERMAS)
  84. Persatuan Rapat Malaysia (RAPAT)
  85. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
  86. Projek BERES
  87. Projek Dialog
  88. Pusat Komas
  89. Rainbow Genders Society
  90. Research for Social Advancement (REFSA)
  91. Sabah Environmental Protection Association (SEPA)
  92. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
  93. Sahabat Rakyat Working Committee
  94. Sarawak Student Progressive Front
  95. Sarawak Youth for Change
  96. SAVE Rivers
  97. Saya Anak Bangsa Malaysia ( SABM )
  98. School of Acting Justly, LovingTenderly n Treading Humbly (SALT)
  99. Selangor & Federal Territory Chung Shan Association
  100. Selangor and Kuala Lumpur Hokkien Association
  101. Selangor Hokkien Association Youth Section
  102. Sembang Sembang Forum
  103. SHIELD Tam (ST)
  104. Sisters in Islam
  105. Student Progressive Front of Universiti Putra Malaysia (Gerakan Mahasiswa Maju University Putra Malaysia)
  106. Students Progressive Front University Sains Malaysia
  107. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  108. Tamil Foundation Malaysia
  109. Tamilar Action Force (TAF)
  110. Tenaganita
  111. Teoh Beng Hock Trust for Democracy
  112. Teori Timur
  113. The Selangor & Kuala Lumpur Foundry & Engineering Industries Association
  114. The Selangor & Kuala Lumpur Kwang Tung Association Youth Section
  115. The Selangor & Kuala Lumpur Kwang Tung Association
  116. The Selangor & Kuala Lumpur Nan Ann Association
  117. Tindak Malaysia
  118. United Chinese Scholl Alumni Associations of Malaysia (UCSAAM)
  119. Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM)
  120. University Malaya Association of New Youth (UMANY)
  121. Women Development of Malaysia PJ New Town Branch
  122. Women’s Aid Organization (WAO)
  123. Women’s Centre for Change
  124. Writers Alliance for Media Independence (WAMI)
  125. Youth for Change (Y4C)