GHAH – Kutipan Derma Kilat untuk Kes-kes Akta Hasutan

07 donation appeal GHAH Bahasa-01

 

Sejak beberapa bulan yang lalu, Akta Hasutan telah digunakan secara meluas dan kejam sebagai senjata kerajaan untuk menekan rakyat termasuklah ke atas Wakil Rakyat, peguam, akademia, aktivis, dan anak muda serta pelajar.

Pada 5 September 2014, badan-badan NGO telah menubuhkan Gerakan Hapuskan Akta Hasutan (GHAH) sebagai jawapan balas kepada tindakan kerajaan ini. 128 badan NGO telah menyokong kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh GHAH.

GHAH dengan ini memohon derma kilat dari orang ramai untuk tindakan segera. Dana ini adalah untuk:

1. BANTUAN GUAMAN – untuk membiayai wang ikat jamin dan khidmat guaman kepada mangsa Akta Hasutan. Jumlah ikat jamin yang diperlukan untuk setiap satu kes boleh mencecah sehingga lebih RM5000.
(Nota: Wang ikat jamin yang dipulangkan oleh mahkamah akan digunakan kembali untuk kes-kes lain sepanjang kempen ini berjalan)

2. KEMPEN KESEDARAN – untuk pelancaran GHAH, roadshow seluruh negara, mencetak bahan-bahan kempen umum, dan lain-lain aktiviti mendesak pemansuhan Akta Hasutan.

GHAH memohon rakyat Malaysia yang perihatin untuk menyumbang sebanyak RM50, RM100, atau mana-mana amaun mengikut kemampuan agar dapat digunakan untuk membantu mangsa ketidakadilan yang didakwa di bawah Akta Hasutan.

Sumbangan derma boleh terus disalurkan kepada akaun bank di bawah seliaan SUARAM iaitu:

Suara Inisiatif Sdn Bhd
(No Akaun: 3103 6094 09, Public Bank)

Untuk sumbangan melalui kad kredit/debit, sila layari:
http://www.suaram.net/?page_id=6059

NOTA: Sila hantar salinan transaksi bank kepada [email protected] untuk rujukan pejabat Suaram.