Penyerahan Memorandum Menuntut Siasatan Segera Kes Kehilangan Tharmalingam a/l Sangar Pillai

Suaram telah membuat satu penyerahan memorandum kepada IPD Bukit Aman seperti butiran di bawah:

Tarikh   : 25 Februari 2015 (Rabu)
Masa    : 2.30 petang
Tempat  : Pintu A, IPD Bukit Aman.

Untuk makluman pihak Tuan, penyerahan memorandum ini adalah berkenaan dengan kes di mana seorang lelaki bernama Tharmalingam a/l Sangar Pillai yang hilang sejak Januari 2013. Anaknya Rajev a/l Tharmalingam telah membuat 3 kali laporan polis dalam tempoh dua tahun tetapi maklum balas yang didapati daripada pihak polis IPD Kajang amatlah mengecewakan. Maka, pihak Suaram akan menghantar satu memorandum menuntut agar siasatan kes ini disegerakan agar kondisi mangsa dapat diketahui. Ianya juga penting bagi ahli keluarga supaya tidak ternanti-nanti dan tertanya-tanya apakah sebenarnya status ayah mereka yang hilang. Sama ada masih hidup ataupun sebaliknya.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas sila hubungi penyelaras projek Suaram:  Tarmizi Anuwar emailkan kepada [email protected].
Memorandum boleh dimuatturun di capaian ini: Memorandum kepada Ketua Polis Negara