MEMORANDUM MENGGESA DAN MENUNTUT POLIS YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM KES KEMATIAN DALAM TAHANAN SYED MOHAMED AZLAN KE MUKA PENGADILAN

Setahun yang lepas iaitu pada 27 November 2014, SUARAM telah mengeluarkan kenyataan media menggesa pihak polis yang terlibat dalam kematian dalam tahanan Syed Mohamed Azlan agar dibawa ke muka pengadilan. Bagaimanapun sehingga hari ini walaupun sudah setahun si mati telah mati dalam tahanan iaitu pada 3 November 2014 masih tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis untuk membawa orang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

suaram1

Bahkan tiada sebarang inkues dilakukan bagi mencari punca sebenar kematian mangsa. Pada 1 November 2015, pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) telah mengeluarkan laporan berkaitan dengan siasatan mereka berkenaan kes kematian Syed Mohamed Azlan dengan menyatakan:

“Kematian Syed Mohamed Azlan bin Syed Mohamed Nur (si mati) mempunyai kaitan dengan penggunaan kekerasan secara fizikal oleh pihak polis yang menjalankan tangkapan dan soal siasat ke atas si mati”

Memorandum penuh boleh dimuat turun di capaian di bawah:

Memorandum kepada Ketua Polis Negara – Syed Mohamed Azlan