Kenyataan Media: IPD Klang siasat Penyelaras SUARAM Kerana Lapor Penderaan Dalam Tahanan.

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) kecewa dengan tindakan Ketua Polis Daerah (KPD) Klang Selatan yang telah membuat satu laporan polis terhadap sidang media SUARAM berkenaan penderaan ke atas dua tahanan di bawah IPD Klang Selatan, Ahmad Haikal bin Anuar dan Muhammad bin Pardi pada 24 Mei lalu. Keluarga mangsa dan penyelaras SUARAM telah dipanggil bagi disoal siasat berkaitan siding media berkenaan pada 28 dan 30 Mei 2019 berikutan laporan polis ini yang dibuat oleh KPD.

KPD Klang Selatan sepatutnya mengarahkan satu siasatan ke atas tuduhan pihak keluarga tentang penderaan yang berlaku di bawah jagaan beliau, sebaliknya pihak keluarga dan SUARAM telah dipanggil bagi memberikan keterangan, ini bercanggah dengan kenyataan yang diberikan kepada media bahawa beliau akan menjalan siasatan dan mengenakan tindakan disiplin ke atas anggota yang terlibat sekiranya didapati bersalah. SUARAM beranggapan bahawa ini merupakan satu bentuk intimidasi dan penafian kepada pendedahan salah laku yang dilaporkan. Ia juga tidak selari dengan perubahan yang cuba di bawa oleh Ketua Polis Negara (KPN) yang baru Abdul Hamid Bador di dalam usahanya memperbaiki perkhidmatan polis. SUARAM ingin KPN agar campur tangan di dalam siasatan ke atas salah laku di IPD Klang Selatan yang mempunyai rekod buruk di dalam mengendalikan tahanan, termasuk tuduhan menyebabkan kematian.

SUARAM hari ini juga menerima laporan daripada ibu Muhammad, Chik bin Abdullah bahawa anaknya yang kini di tahan di Lokap Berpusat Shah Alam tidak dibawa untuk pemeriksaan doktor seperti yang ditetapkan dan tidak diberikan ubat yang seperti dimaklumakan oleh ibunya. SUARAM menggesa agar pihak polis terlebih dahulu mengutamakan kepentingan tahanan dan memastikan kesihatan dan keselamatan mereka di dalam tahanan dan bukannya menyiasat keluarga tahanan berkenaan dengan laporan mereka ke atas layanan buruk anggota polis.

Penyelaras SUARAM Mohammad Alshatri akan hadir ke Pejabat Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan bagi memberikan keterangan berikutan laporan polis yang dibuat oleh KPD Klang Selatan bersama peguam pada 30 Mei (Khamis) jam 2.30 petang. Untuk sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Mohammad Alshatri (+6010-2169207/ [email protected]atau Dobby Chew  (+6012-8852046/ [email protected]).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *