Kerajaan dan Pengurusan Terowong SMART Harus Menjelaskan Mengapa Terowong SMART Gagal Dalam Banjir di Kuala Lumpur Pada 10/9/2020

Banjir pada petang 10 September 2020 menyebabkan beberapa tempat di pusat bandar Kuala Lumpur ditenggelami air sehingga kedalaman 3 meter. Banyak netizen telah berkongsikan gambar dan video berkenaan insiden ini. 

SUARAM kesal apabila Menteri Wilayah Persekutuan (WP) yang sepatutnya menerangkan mengapa banjir ini terjadi juga nampaknya hilang punca. Ini dapat disimpul dari ciapan Tweeternya. Melawat mangsa adalah penting untuk seorang Menteri WP; tetapi juga adalah sama pentingnnya untuk mengadakan sidang akhbar untuk menerangkan mekanisma yang gagal dan menyebabkan banjir ini. Sehingga ke hari ini, SUARAM tidak dapat melihat Menteri WP mendedahkan punca banjir kilat tersebut selain daripada cadangan untuk mewujudkan ‘EARLY WARNING SYSTEM’. Secara logik, penyelesaian masalah harus muncul selepas punca dikenalpasti. 

Terowong SMART (Stormwater Management And Road Tunnel) merupakan satu projek kerajaan bernilai RM 1.9 billion yang mula beropearasi sejak tahun 2007 untuk mengurangkan banjir di Kuala Lumpur. Terowong SMART dibina untuk mengalirkan sebahagian air dari Sg Klang ke Sg Kerayong jika Sg Klang melimpah ketika hujan lebat. 

SUARAM dan rakyat Malaysia ingin tahu mengapakah mekanisma terowong SMART tidak dapat menghalang banjir kilat pada 10/9/2020. Terowong SMART ditutup kepada lalulintas 

pada pukul 4 petang pada hari tersebut untuk pengaliran air dari Sungai Klang. Ini bermaksud terowong SMART beroperasi dalam mod ketiga dan telah mula mengalir keluar sebahagian air dari Sg Klang sebelum pukul 4 dalam mod kedua. SMART perlu tampil ke hadapan dan menerangkan adakah banjir kilat semalam disebabkan oleh kegagalan terowong SMART atau faktor manusia. 

Dengan penjelasan Menteri WP dan pengurusan STORM, SUARAM berharap rakyat Malaysia dapat menilai projek bernilai RM 1.9 billion ini tidak dibina untuk keuntungan sesetengah pihak tetapi untuk menyelesaikan masalah rakyat. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *