LGE CASE – ATTORNEY GENERAL’s CREDIBILITY AT STAKE

Press statement by Kua Kia Soong, SUARAM Adviser 4 Sep 2018

Civil society demands that the Attorney General’s Chamber provides a cogent explanation for its decision to drop the corruption charges against Minister of Finance Lim Guan Eng. The Malaysian people had voted for a new PH government hoping for the reinstatement of a truly independent judicial system, not one that is skewed to protect the government in power.

Continue reading “LGE CASE – ATTORNEY GENERAL’s CREDIBILITY AT STAKE”

GHAH: MEMORANDUM kepada Peguam Negara mengenai penyalahgunaan Akta Hasutan 1948

Sejak beberapa bulan yang lalu, terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam siasatan dan pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948, yang mana sasarannya termasuk wakil-wakil rakyat dan aktivis-aktivis hak asasi manusia yang mempunyai tanggungjawab awam untuk bersuara mengenai perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Sejak 27 Julai 2015, dua orang Ahli Parlimen pembangkang dan lima orang aktivis telah didakwa di bawah undang-undang tersebut. Sejak tahun 2013, terdapat peningkatan sebanyak 1,700 peratus dalam pertuduhan hasutan berbanding tempoh di antara 2007 dan 2012.

Tidak dapat dinafikan bahawa Akta Hasutan juga ditakrifkan secara luas dan ianya terbuka kepada penyalahgunaan. Di bawah Akta Hasutan, hampir apa sahaja yang disuarakan atau diterbitkan yang menjurus kepada perbalahan boleh dianggap sebagai menghasut.

Perdana Menteri telah pada 11 Julai 2012 dan 3 Julai 2013 berjanji untuk memansuhkan Akta Hasutan. Adalah mengecewakan dan membimbangkan bahawa walaupun beliau telah berulang kali berjanji kepada rakyat Malaysia, penggunaan Akta ini  telah sebaliknya meningkat dengan mendadak sehingga kini.

Kedudukan sebagai Peguam Negara diwujudkan oleh Perlembagaan Persekutuan, dan kami menggesa Tan Sri untuk memainkan peranan sebagai pelindung Perlembagaan Persekutuan pada setiap masa. Penggunaan berterusan Akta Hasutan ini tidak akan mengundang keyakinan orang ramai terhadap pejabat Peguam Negara.

Ia juga merupakan suatu perkara yang membimbangkan bahawa kebanyakan mereka yang didakwa di Mahkamah adalah dari golongan pembangkang, masyarakat madani, penentang atau mereka yang dilihat sebagai pro-pembangkang. Tindakan pantas telah diambil terhadap mereka ini termasuklah tangkapan, reman dan di dalam banyak kes, pendakwaan jenayah, sebagai contoh di dalam kes Adam Adli, Tian Chua, Tamrin Ghafar, Haris Ibrahim, Safwan Anang, Hishamuddin Rais, N. Surendran, Khalid Samad, RSN Rayer, Azmi Sharom, Wan Ji Wan Hussin, Eric Paulsen dan Zunar.

Sebaliknya, individu-individu yang telah membuat kenyataan yang bersifat amat provokatif dan mengapi-apikan perasaan tetapi kebetulannya adalah individu-individu UMNO atau pro-UMNO seperti Ibrahim Ali, Masitah Ibrahim, Jamal Yunos, Ismail Sabri dan Mohd Ali Baharom (lebih dikenali sebagai Ali Tinju, yang mana pertuduhan hasutannya telah ditarik balik), tidak didakwa.

Sejak Tan Sri telah mengambil jawatan pada 27 Julai 2015, kami perhatikan pendakwaan pertuduhan-pertuduhan berikut telah dimulakan:

  1. Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara
  2. Khalid Mohd Ismath, Aktivis (3 pertuduhan hasutan; 11 pertuduhan di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998);
  3. Sivarasa, Ahli Parlimen PKR dan peguam;
  4. Ng Wei Aik, Ahli Parlimen DAP;
  5. Lawrence Jayaraj, Aktivis;
  6. Hassan Karim, Ketua PKR Johor & peguam (4 pertuduhan hasutan);
  7. Arutchelvan, Pemimpin PSM.

Kami perhatikan bahawa penggunaan berterusan Akta Hasutan ini telah memberikan gambaran negatif terhadap negara kita di peringkat global dan mengundang kritikan antarabangsa. Kebanyakan negara moden dan berdemokrasi di dunia telah memansuhkan atau tidak lagi menggunapakai undang-undang yang menindas ini.

Kami seterusnya perhatikan bahawa kebanyakan kes di atas adalah melibatkan pendakwaan-pendakwaan kritikan terhadap kerajaan atau pentadbiran keadilan yang mana telah dilupuskan di bawah pindaan pada tahun 2015.

Peguam Negara memikul tanggungjawab yang berat dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dengan membekalkan negara ini dengan perkhidmatan pendakwa raya yang bebas dan profesional, yang beroperasi dengan integriti, memberi keyakinan awam dan melindungi pentadbiran keadilan.

Kami menuntut:

  1. Semua pertuduhan hasutan yang sedia ada dikaji semula dan digugurkan dengan serta-merta;
  2. Moratorium atau penggantungan ke atas mana-mana pertuduhan hasutan lanjut sementara menunggu kajian penuh Akta Hasutan dan pemansuhannya;
  3. Bahawa pejabat Peguam Negara mengakui bahawa Akta Hasutan adalah kuno, bersifat tidak liberal dan tidak demokratik, dan kekurangan unsur niat dalam kesalahan ini melanggar prinsip-prinsip asas keadilan dan kesaksamaan.