Memorandum kepada:
Yang Berhormat Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
yang bertanggungjawab ke atas tadbir urus, integriti dan hak asasi manusia
4 Ogos 2016
Masyarakat Sivil menuntut ketelusan dan akauntabiliti mengenai 1MDB
Kami, ahli Masyarakat Sivil seperti yang ditandatangani di bawah, amat bimbang terhadap pembangunan baru-baru ini mengenai isu 1 Malaysian Development Berhad (1MDB). Kebelakangan ini, permohonan untuk menyita aset oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan rampasan aset oleh pihak berkuasa di Switzerland dan Singapore telah mendedahkan magnitud dan skala penipuan yang dilakukan pada peringkat antarabangsa terhadap rakyat Malaysia melalui 1MDB. Kedudukan Malaysia secara antarabangsa, reputasi dan ekonomi telah dijejaskan dengan teruk. Keyakinan pelabur-pelabur di Malaysia akan semakin mundur disebabkan isu ini.
Kini, profil Malaysia di luar negara merupakan profil yang telah menyebabkan satu-satunya tindakan yang paling besar yang pernah dibawa oleh Kleptocracy Asset Institution di Amerika Syarikat akibat tindakan tamak pegawai-pegawai di Malaysia.
Rakyat Malaysia amat terkejut dengan tindakan DoJ yang telah menyatakan pegawai tertinggi Malaysia dengan penggunaan kod-bernama. Tindakan seperti ini tidak sesekali pun pernah disaksikan di dalam negara kita. Namun, kerajaan kita hanya berbisu mengenai hal ini. Menteri-menteri yang telah bercakap mengenai hal ini cuma berniat untuk mempertahankan 1MDB dan individu yang disabitkan yang hanya dikenali sebagai Malaysian Official 1. Tiada sebarang perbincangan mengenai rompakan besar-besaran terhadap dana rakyat yang merupakan sesuatu yang amat merisaukan.
Keadaan urusan yang tidak memuaskan ini mesti dihentikan. Kini, isu ini merupakan sesuatu yang amat penting yang harus ditangani segera secara adil, telus dan bertanggungjawab. Ini kerana saga 1MDB yang berpanjangan telah membawa kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi di Malaysia dan telah menjejaskan kebajikan rakyat Malaysia.
Tindakan US DoJ telah menunjukkan keburukan sistem kawal selia dan keadilan kita yang telah gagal menyelesaikan siasatan dengan memuaskan dan adalah penuh dengan kerahsiaan.
Tindakan US DoJ juga telah menimbulkan beberapa persoalan mengenai siasatan yang dikendalikan oleh Badan Pencegah Rasuah (MACC) yang tidak berjaya dilaksanakan disebabkan kekurangan kerjasama oleh Peguam Negara. Tambahan pula, Peguam Negara telah melakukan keputusan luar biasa dengan percubaannya untuk membersihkan salah laku Perdana Menteri dalam isu 1MDB sungguhpun penyiasatan masih belum lengkap.
Kes US DoJ ini menunjukkan bahawa terdapat penyelewengan dana secara besar-besaran daripada rakyat. Terma ‘Malaysian Official 1’ secara berulang-kali dan hubungan rapat di antara individu tersebut dan individu-individu lain yang telah menyalahgunakan dana mencadangkan bahawa keputusan Peguam Negara untuk menutup siasatan amat menyangsikan (jika bukan sama sekali cacat).
Penyingkiran bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail ketika siasatan utama, pemindahan pegawai-pegawai MACC, klasifikasi Laporan Ketua Audit Negara di bawah OSA, Jawatankuasa Akaun Parlimen (PAC) yang didirikan secara tergesa-gesa dan pembubaran pasukan petugas yang menyiasat isu 1MDB merupakan petunjuk campurtangan yang dilakukan oleh Perdana Menteri kita. Berkaitan ini, pelantikan terbaru ketua Pesuruhjaya MACC yang terdiri dari pasukan Peguam Negara yang telah membersihkan nama Perdana Menteri. Hal ini merupakan sesuatu kebimbangan terhadap kebebasan institusi ini.
Apakah yang masih tertinggal sebagai kedaulatan negara kita, apabila hampir semua institusi utama telah dirobohkan secara terang-terangan? Ahli Parlimen dan terutamanya Menteri Kabinet mesti mencari suara hati mereka dan menjawab persoalan sama ada mereka bertindak demi kepentingan negara dengan membenarkan keadaan ini untuk berterusan. Kami ingin mengingatkan mereka bahawa sumpah jawatan mewajibkan mereka untuk setia melaksanakan tugas-tugas pada keupayaan terbaik mereka, untuk memegang kesetiaan dan kepercayaan kepada Malaysia dan untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuannya.
Dengan mengenalpasti keadaan buruk yang dihadapi oleh Malaysia dan tanggungjawab Masyarakat Sivil untuk menyuarakan kebimbangan rakyat , kami dengan ini menuntut semua Ahli Parlimen, terutamanya Menteri Kabinet melaksanakan perkara-perkara berikut:-
- Mengambil tindakan yang sewajarnya bagi siasatan dan penyingkiran
- individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 di dalam kes US DoJ
- dengan cara undang-undang.
- Menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk penyiasatan 1MDB
- (dan isu skandal kewangan yang lain).
- Mendedahkan keputusan penyiasatan MACC mengenai isu skandal kewangan SRC dan keputusan interim tentang siasatan skandal 1MDB kepada orang awam.
- Mengubah secara serta merta status Laporan Ketua Audit Negara dan mengadakan
- sidang kecemasan untuk membincangkan laporan PAC dan prosiding DoJ tersebut.
- Mengambil langkah segera bagi membolehkan siasatan penuh dan tanpa halangan, untuk mengambil langkah-langkah untuk menghentikan kerosakan berterusan akibat skandal-skandal terhadap sistem kewangan dan kebajikan rakyat.
- Dengan segera menubuhkan satu jawatankuasa melibatkan semua pihak (All Party Parliamentary Committee (APPC) bagi menangani kemerosotan ekonomi dan politik akibat skandal 1MDB dan untuk mengambil langkah-langkah pemulihan segera untuk menangani isu ini.
Disokong :-
- Academy of Tamil Studies, Malaysia
- Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)
- Challenger
- Child Development Initiative Malaysia
- Coalition for Free & Fair Elections (BERSIH)
- Community Action Network (CAN)
- Council of Temples Malaysia
- EMPOWER
- ENGAGE
- Gabungan #TangkapMO1
- Group of Concerned Citizens Malaysia
- Himpunan Hijau
- Indian Malaysian Active Generation (IMAGE) Malaysia
- Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator
- Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
- Komuniti Muslim Universal (KMU Malaysia)
- Lawyers for Liberty
- Malaysia Tamil Artiste Association
- Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)
- Malaysian Association of Indian University Graduates
- Malaysian Indian Historical Association
- Malaysian Physicians for Social Responsibility
- MIDAS
- National Human Rights Society (HAKAM)
- North South Initiative (NSI)
- Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
- Pusat KOMAS
- Rise of Sarawak Efforts (ROSE)
- Selangor Action Team
- Semparuthi Iyakkam Malaysia
- Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
- Tamil Youth Bell Club
- Warga Aman
- World Tamil Federation – Malaysian chapter