[GHAH] Terkilan, Namun Menyambut Baik Pembebasan Khalid Ismath

Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini membenarkan aktivis sosial, Khalid Ismath, dibebaskan dengan ikat jamin sementara sebanyak RM70, 000 (RM5, 000 bagi setiap pertuduhan), sebelum menunggu semakan isu jamin pada 11 November ini. Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan rasa terkilan dengan jumlah ikat jamin yang terlalu tinggi, yang dikenakan hanya untuk menunggu pendengaran semakan, namun menyambut baik khabar gembira pembebasan tersebut.

Khalid Ismath yang ditahan pada 7 haribulan Oktober 2015 itu, ditahan hampir 23 hari sebelum dibebaskan dengan ikat jamin sementara pada 29 Oktober 2015, hanya kerana kenyataan beliau di media sosial yang dikatakan berbaur hasutan. Hal ini tidak boleh diterima, kerana bukan sahaja kenyataan Khalid tersebut tidak berbaur hasutan, malah ia melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap warganegara Malaysia untuk bersuara dan memberi pendapat.

Kerajaan dilihat terus sahaja menggunakan akta tinggalan penjajah ini untuk menekan dan mencengkam rakyat. Tahun ini sahaja, tidak termasuk 160 orang yang ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana menghadiri konsert muzik di Rumah Api, lebih dari 40 orang telah disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

GHAH dengan ini akan memberikan komitmen penuh untuk mempergiatkan kempen di seluruh Malaysia sehinggalah tuntutan yang dikemukakan, diterima oleh kerajaan.

Mengulangi semula tuntutan yang diperjuangkan oleh GHAH sejak sekian lama; dengan perkembangan hari ini yang menyaksikan bahawa Akta Hasutan 1948 kekal digunakan biarpun dengan begitu banyak hujah yang mewajarkan pemansuhan dan ketidak berperlembagaannya, kami tetap dengan keras menggesa kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dengan serta merta, gugurkan semua pertuduhan dan bebaskan semua tahanan serta tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim.
Mansuh Akta Hasutan!

Disediakan oleh,

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH)

[GHAH] KEGILAAN AKTA HASUTAN KINI KEMBALI BERMULA

Selepas mahkamah memutuskan Akta Hasutan 1948 adalah berperlembagaan, walaupun ia tidak digubal di parlimen, dan walaupun ia digubal sebelum negara kita mencapai kemerdekaan dan digubal oleh penjajah British, kini kegilaan Akta Hasutan 1948 kembali bermula. Khalid Ismath kini disiasat dan direman selama empat hari di bawah Akta Hasutan 1948. Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) melahirkan kekecewaan di atas perkara ini.

Khalid yang ditahan dipejabatnya pada 7 Oktober lalu, kerana dikatakan menghina Sultan didalam kenyataan beliau di laman sosial, tidak sepatutnya disiasat di bawah Akta Hasutan. Beliau dikatakan ditahan kerana satu kenyataan di laman Twitter pada 6 Oktober yang menyebut “Jangan kita lupa, ada 2 orang yang sedang ditahan dipenjara sebelum dibuktikan bersalah. 1) Kamal Hisham 2) Khairuddin – mereka berdua melawan berhala”. Kenyataan itu sendiri tidak lah berbaur hasutan.

GHAH mendesak agar Khalid Ismath dibebaskan segera. Reman yang dibuat bermula 7 Oktober selama 2 hari dan kemudian lanjutan 4 hari lagi adalah tidak wajar jika tujuannya hanya kerana ingin menyiasat satu kenyataan di media sosial. Pihak Polis tidak seharusnya menghabiskan masa menyiasat perkara remeh ini sedang jenayah meningkat saban hari yang memerlukan lebih banyak tumpuan.

GHAH secara tegas mendesak agar pihak kerajaan berhenti menggunakan akta drakonian ini serta menuntut Dato’ Seri Najib menunaikan janji yang dibuat pada tahun 2012 untuk memansuhkan akta zalim ini bagi menjaga diversiti dan menghormati kebebasan bersuara dan memberi pendapat.
GHAH juga sekali lagi mengulangi tuntutan yang dibuat iaitu:

1. Mansuhkan Akta Hasutan 1948
2. Gugurkan semua pertuduhan dibawah Akta Hasutan 1948 dan bebaskan semua tahanan
3. Tiada akta gantian lain dengan peruntukan yang sama zalim

Disediakan oleh,
Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH)

[GHAH] Hari Yang Kelam Buat Kebebasan Bersuara

12079689_10152994106001152_8264371051280998901_n

 

Kenyataan Media GHAH
6 Oktober 2015
Untuk hebahan segera

HARI YANG KELAM BUAT KEBEBASAN BERSUARA

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) hari ini melahirkan rasa kecewa atas keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dalam semakan kehakiman kes Akta Hasutan yang telah difailkan oleh Prof Azmi Sharom.

Akta Hasutan 1948 seperti yang diketahui umum selama ini, adalah akta drakonian dan zalim yang dicipta oleh penjajah untuk menahan individu dan menyekat kebebasan bersuara terutama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara suatu masa dahulu.

Mengekal dan menggunakan akta tinggalan penjajah ini malah boleh dianggap sebagai suatu penghinaan besar kepada kemerdekaan dan kedaulatan negara kita.

Mengulangi semula tuntutan yang diperjuangkan oleh GHAH sejak sekian lama; dengan perkembangan hari ini yang mnyaksikan bahawa Akta Hasutan 1948 kekal digunakan biarpun dengan begitu banyak hujah yang mewajarkan pemansuhan dan ketidak berperlembagaannya, kami tetap dengan keras menggesa kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dengan serta merta, tanpa perlu digantikan dengan mana-mana akta lain.

Biarpun apa keputusannya, GHAH akan meneruskan gerak kerja sehingga akta zalim ini dihapuskan serta merta.

Dalam masa yang sama juga, GHAH ingin mengingatkan kerajaan bahawa perkembangan mutakhir ini turut mendapat perhatian kami apabila sekian ramai aktivis dan pemimpin politik ditahan dan disiasat di bawah 124B dan 124C Kanun Keseksaan, sebagai ganti kepada Akta Hasutan. Kenyataan atau tindakan mengkritik dasar dan kecurangan kerajaan dan pemimpin negara, adalah hak dan tanggungjawab setiap warganegara. Isu ini sama sekali tidak dipandang ringan oleh kami. Sebarang bentuk pencabulan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan akan terus kami tentang bersama.
Mansuhkan Akta Hasutan!

Di sediakan oleh,
Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH)

—–

 

In the Absence of Justice: Sanctioned Human Rights Violations

Suaram press statement
6 October 2015

SUARAM express great disappointment at the Federal Court’s decision made in relation to the Sedition Act 1948 in Azmi Sharom’s case.

The acknowledgement and ‘approval’ of the Sedition Act 1948 as constitutional would undoubtedly constrain freedom of expression in Malaysia. With the tacit approval of the Federal Court of Malaysia, SUARAM have no doubts that prosecution and persecution of civil and political rights defenders under the Sedition Act 1948 would proceed with renewed zeal. The 207 cases of documented investigations and/or remands made under the Sedition Act 1948 would be merely a prelude to what may come.

Recalling the equally disappointing decision made by the Court of Appeal in relation to the Peaceful Assembly Act 2012, Malaysians have much to fear for in regards to our rights guaranteed by the Federal Constitution. As one of the primary defender of the Federal Constitution and all rights enshrined in our Federal Constitution, It is unfortunate that we have seen the Judiciary in Malaysia indirectly facilitate the deterioration and possibly the demise of human rights and civil liberties in Malaysia.

The worrying trend of human rights violations and erosion civil liberties by the Government of Malaysia would likely continue unabated following the tacit approval of the judiciary. This unfortunate trifecta of disappointing circumstances leaves Malaysians with little to no recourse to justice when it comes to human rights and civil liberties.

As the primary body task to uphold the Federal Constitution and dispense justice to all Malaysians without fear nor favour, the Federal Court of Malaysia must not forget their legal and moral duties to Malaysians.

On this note, SUARAM would like to remind the esteemed and respectable judges of Malaysia of the famous saying that justice should not only be done, but should manifestly and undoubtedly be seen to be done. In light of the decent decisions, it is disappointingly clear that there is still much to be done before there is true justice in Malaysia.

As we did with the Internal Security Act 1960, SUARAM together with Malaysian Civil Societies and NGOs will work hard with Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) to repeal the Sedition Act 1948. SUARAM hope that this unfortunate turn of events would not silence the brave voices including but not limited to those of Azmi Sharom and the students of University Malaya.

Lastly, SUARAM would like to offer Professor Azmi Sharom and other victims who are charged and penalized for exercising their freedom of expression our deepest sympathies and would reiterate that SUARAM will stand in solidarity by your side through these trying times.

Released by,

Sevan Doraisamy

Executive Director

SUARAM

[GHAH] Peguam Negara Harus Gugurkan Semua Pertuduhan di Bawah Akta Hasutan 1948

KENYATAAN MEDIA
18 September 2015
Untuk hebahan segera

Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) merujuk kepada berita bahawa Peguam Negara telah menggugurkan pendakwaan hasutan terhadap Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Melayu, Mohamad Ali Baharom, atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju dan ingin menyatakan bahawa ini adalah satu perkembangan yang baik.

Ini adalah kerana Akta Hasutan 1948 merupakan akta zalim yang menindas, yang digubal oleh penjajah untuk menekan dan mencengkam rakyat. Walau bagaimanapun, menurut Pendakwa Raya sebagaimana yang dilaporkan dalam berita, kes Ali Tinju digugurkan kerana kononnya kekurangan bukti. Ini amat sukar diterima kerana ucapan Ali Tinju telah dibuat di khalayak ramai dan disebar luas.

GHAH juga ingin mengingatkan Peguam Negara bahawa Akta Hasutan telah baru dipinda dan definisi ‘kecenderungan menghasut’ telahpun tidak merangkumi pihak ‘kerajaan’ dan juga pembangkitan ‘perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri’ – dan oleh itu bukan lagi merupakan satu kesalahan hasutan.

Ali Tinju merupakan seorang individu yang jelas penyokong Barisan Nasional, maka adalah amat penting Peguam Negara bertindak professional dan memberi layanan yang sama rata kepada para akitivis dan ahli politik yang mengkritik kerajaan juga.

Kami dengan ini menuntut agar Peguam Negara kini mengkaji semula dan menarik balik kesemua pertuduhan lain di bawah Akta Hasutan demi keadilan saksama. Sekiranya tidak, maka akan dilihat Peguam Negara akan dituduh sebagai beraksi secara dwi standard dan bersifat berat sebelah.