SUARAM call up on the Principle Politicians in BN and Pakatan Rakyat to take a Stand on Human Rights for LGBT

 

 

Press Statement: 25 July 2012

SUARAM call up on the Principle Politicians in BN and Pakatan Rakyat to take a Stand on Human Rights for LGBT

 

SUARAM condemns the discriminatory statements against the lesbian, gay, bisexual, and transgender (“LGBT”) community made by both the opposition leader Anwar Ibrahim and Prime Minister Najib Razak. On 18th July 2012, the opposition leader Anwar Ibrahim stated that the law against homosexuals is needed in order to protect the sanctity of heterosexual marriages and that archaic laws must be reviewed to prevent the innocent from being penalised. On 19th July 2012, Prime Minister Najib Razak said that LGBT community along with liberalism and pluralism are enemies of Islam.

Continue reading “SUARAM call up on the Principle Politicians in BN and Pakatan Rakyat to take a Stand on Human Rights for LGBT”

MANSUH ISA, AGENDA POLITIK KERAJAAN

GERAKAN MANSUHKAN ISA (GMI)

KENYATAAN MEDIA : 10 JULAI 2012

MANSUH ISA, AGENDA POLITIK KERAJAAN 

50 tahun rakyat berjuang menuntut penghapusan Akta zalim ISA. Perjuangan rakyat ini dilakukan atas penuh sedar bahawa ISA mencabul keadilan dan menzalimi rakyat dengan hukuman tanpa perbicaraan. Ribuan aktivis telah menjadi mangsa akta zalim ini. Sepanjang perjuangan ini juga Kerajaan Malaysia terus menafikan dakwaan banyak pihak yang mengatakan ISA sebagai senjata politik pihak pemerintah.

Kenyataan terbaru Perdana Menteri menunjukkan Kerajaan selama ini seolah-olah menipu rakyat dengan mengatakan ISA adalah undang-undang telus yang digunakan untuk keselamatan negara dan tidak pernah disalah guna. Menurut laporan portal Malaysiakini bertarikh 9 Julai, Perdana Menteri semasa berucap di hadapan penjawat awam di Putrajaya mengatakan ISA dimansuhkan kerana tidak membantu survival politik pemerintah. ISA tidak berjaya mengekang kemaraan politik bahkan menyemarakkan kemaraan politik orang yang ditahan.

Kenyataan ini menunjukkan pemansuhan ISA bukanlah atas dasar Kerajaan benar-benar ingin berubah dan menghormati tuntutan rakyat, tetapi lebih untuk menjaga kepentingan politik Barisan Nasional yang semakin tergugat sejak tsunami politik 2008. Perdana Menteri seolah-olah mengesahkan bahawa ISA digunakan untuk mengekang kemaraan politik pihak lawan tetapi usaha itu telah gagal dan berubah menjadi sebaliknya. Oleh kerana kezaliman ISA telah menjadi elemen motivasi yang memacu kebangkitan rakyat, maka secara terdesak Kerajaan terpaksa memansuhkan ISA. Pemansuhan ini bukanlah atas dasar Kerajaan Barisan Nasional menginsafi kesilapan ekoran kezaliman ISA, tetapi hanya semata-mata ingin menyelamatkan survival politik parti yang memerintah. Maka benarlah selama ini apa yang dikatakan oleh masyarakat sivil dan Gerakan Mansuhkan ISA yang menyifatkan ISA sebagai alat politik Kerajaan yang digunakan untuk menjaga keselamatan parti pemerintah dan bukannya keselamatan negara.

Oleh itu tidak hairan jika Kerajaan enggan membebaskan baki tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Hal ini kerana baki tahanan merupakan individu biasa yang tidak boleh mendatangkan risiko politik kepada Barisan Nasional. Oleh itu pembebasan mereka bukan perkara kritikal yang perlu dipertimbangkan. Sedangkan mereka juga masih dizalimi di bawah ISA yang menafikan hak mereka untuk mendapat keadilan. 45 orang ini juga dijadikan alat oleh Kerajaan untuk mempertahankan ego parti pemerintah yang selama ini menyifatkan ISA sebagai undang-undang yang adil.

Kenyataan Perdana Menteri ini juga GMI sifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab. Perdana Menteri seperti mengatakan segala tindakan dalam ISA seperti menangkap tanpa bicara, menyeksa tahanan, mengurung tahanan bertahun-tahun dan kemudian membebaskan tahanan, merupakan langkah rasmi yang direstui oleh Kerajaan untuk mengekang kebangkitan seteru politik pemerintah. Tanpa menyesali segala penyeksaan dalam ISA, Perdana Menteri sebaliknya seperti mengiktiraf segala kerja kotor yang berlaku dan tidak menyifatkannya sebagai satu kesalahan.

Jika Perdana Menteri menyifatkan ISA sebagai telah gagal mengekang kemaraan politik lawan, maka apakah SOSMA atau Akta Kesalahan Keselamatan yang menggantikan ISA akan mengambil alih tugas tersebut dengan lebih berkesan?. Keadaan ini menyebabkan rakyat memiliki asas yang kuat untuk meragui ketelusan Kerajaan dalam menggubal akta baru ini.

Walaupun terdapat klausa khusus dalam akta baru yang mengatakan tidak akan ada penahanan bermotifkan perbezaan politik, namun klausa itu masih bersifat umum. Sebagai contohnya, sepanjang ISA digunakan untuk mengekang politik lawan, alasan yang digunakan untuk menangkap tidak menjelaskan bahawa penangkapan itu kerana perbezaaan poltitik, namun lebih kepada tuduhan yang direka seperti ancaman untuk mengadakan rusuhan dan ancaman untuk menggulingkan kerajaan.

 

GMI menuntut :

  • Perdana Menteri segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga yang telah dizalimi. GMI menyifatkan Perdana Menteri telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang menganggap pemansuhan ISA sebagai langkah positif Kerajaan yang ingin berubah menjadi lebih baik. Namun jelas pemansuhan tersebut hanya digunakan untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional yang semakin terhakis.
  • Kerajaan perlu segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA tanpa sebarang kelengahan. Semua tahanan perlu dibebaskan atau diberi hak perbicaraan di mahkamah. GMI menuntut Menteri Dalam Negeri mengunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Klausa 32 Akta Kesalahan Keselamatan untuk membatalkan perintah tahanan sekaligus membebaskan semua tahanan ISA
  • Kerajaan perlu menubuhkan Suruhanjaya Keadilan dan Rekonsiliasi bagi menyiasat kes-kes penyeksaan dalam tahanan ISA dan membawa pihak yang terbabit ke muka pengadilan. Tahanan ISA dan keluarga juga perlu diberi pampasan yang setimpal dengan penderitaan yang telah mereka alami.
  • Kerajaan juga perlu menarik balik atau memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) yang digubal bagi menggantikan ISA. GMI berpendirian undang-undang pencegahan seperti akta baru ini tidak perlu ada kerana berisiko untuk disalah guna seperti mana Kerajaan telah menyalah gunakan ISA.

 

Sekian.

Syed Ibrahim Syed Noh

Pengerusi GMI

 

Syukri Razab

Penyelaras SUARAM

Sekretariat GMI

Public Forum: The Scorpene Resurfaces

Many have been shocked by the potentially explosive scandal in Malaysia over the billion-dollar purchase of French submarines, a deal engineered by then Defense Minister Najib Tun Razak. But, how much you know about it?

Turn up yourself at the Caring Society Complex on 13 July!

Date: 13 July 2012
Time: 8.00pm
Venue: Kompleks Masyarakat Penyayang

Speakers:
Cynthia Gabriel (SUARAM Secretariat Member)
Liew Chin Tong (MP for Bukit Bendera)
Mujahid Yusof Rawa (MP for Parit Buntar) 

any enquiry, feel free to contact SUARAM 04-6582285.

http://www.facebook.com/events/146839525453017/