Teater Bilik Sulit: Manifestasi Undang-Undang Tahan Tanpa Bicara

SUARAM melihat terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempromosikan kembali undang-undang konservatif seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dengan menjadikan keadaan jenayah terkini sebagai alasan, pemansuhan EO  dan ISA dikatakan sebagai punca jenayah gagal dikawal secara berkesan.

UTAMAKAN PEMERKASAAN POLIS DAN BUKANNYA MEMBUAT UNDANG-UNDANG BARU.

Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar  menjadikan alasan ketiadaan undang-undang pencegahan seperti EO menjadi punca kepada meningkatnya kejadian jenayah. Tetapi kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mencadangkan agar pihak Polis memperbanyakkan jumlah anggota di kawasan-kawasan tertentu disamping memperkasa aktiviti risikan. Kenyataan yang sama juga dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shari yang menyifatkan kekurangan anggota yang bertugas di bahagian jenayah menjadi punca kejadian jenayah sukar dikawal.

SUARAM juga berpandangan penggubalan undang-undang baru yang memberi kuasa besar kepada Polis hanya akan mendatangkan risiko berlakunya penyalahgunaan kuasa. Undang-undang baru yang digubal tanpa reformasi besar-besaran dalam institusi kepolisan dilihat sebagai usaha tidak lengkap yang akan memberi kesan yang sangat minima.

UNDANG-UNDANG SEDIA ADA ADALAH KOMPREHENSIF DAN MEMADAI UNTUK TANGANI JENAYAH.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan mewujudkan sebarang undang-undang pencegahan seperti EO. Beliau juga menyifatkan undang-undang sedia ada seperti Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan sudah memadai untuk menangani jenayah. Kanun Acara Jenayah misalnya telah memberi ruang kepada pihak Polis untuk mereman suspek bagi satu kesalahan sehingga 14 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Sistem ini adalah persis seperti sistem yang digunakan oleh Negara maju seperti Australia.

Kerajaan Australia telah menetapkan undang-undang yang hanya membenarkan sesorang itu ditahan tidak melebihi 14 hari bagi tujuan siasatan.  Bagi undang-undang anti-keganasan, Kerajaan Australia juga hanya membenarkan sesorang suspek pengganas ditahan tanpa bicara tidak melebihi 14 hari. Jumlah 14 hari dianggap tempoh yang memadai untuk pihak Polis melakukan siasatan yang secukupnya.

TEATER BILIK SULIT, PERKONGSIAN PENGALAMAN NGERI BERSAMA RAKYAT.

Banyak bekas mangsa ISA merekodkan pengalaman ngeri mereka sepanjang ditahan di bawah ISA. Tempoh 60 hari dalam tahanan Polis tanpa berpeluang dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan menjadi satu peristiwa hitam dalam hidup bekas tahanan. Didera secara mental dan fizikal menyebabkan ramai tahanan mengalami trauma yang dasyat biarpun setelah dibebaskan.

Oleh itu, SUARAM dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA dan Teater Bukan Teater, akan menganjurkan pementasan teater Bilik Sulit sebagai usaha untuk berkongsi dengan rakyat mengenai implikasi undang-undang tahan tanpa bicara. Teater ini akan dipentaskan di Dewan Theatrette Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) selama 3 hari iaitu pada 19, 20 dan 22 September 2013 bermula 8.30 malam. Teater yang diadaptasi daripada pengalaman sebenar bekas tahanan ISA ini akan memberi gambaran mengenai cara pihak Polis menjalankan soal siasat terhadap tahanan di dalam bilik soal siasat.

SUARAM percaya pementasan teater ini akan memberi mesej secara langsung kepada Kerajaan Malaysia agar tidak melangkah ke belakang dengan menggubal undang-undang seperti ISA dan EO. Kerajaan Malaysia juga perlu sedar sehingga kini masih terdapat 7 orang tahanan ISA yang belum dibebaskan dan masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting.

SUARAM juga berhasrat untuk membawa pementasan teater ini ke kawasan luar Lembah Klang bagi membolehkan mesej teater ini menjejaki masyarakat terbanyak. Buat masa ini, teater Bilik Sulit sudah mendapat persetujuan daripada Ahli Parlimen Shah Alam untuk dipentaskan di Shah Alam pada 25, 26 dan 27 Oktober. Mana-mana pihak yang berminat untuk mementaskan teater ini ditempat masing-masing boleh terus menghubungi SUARAM ditalian 03-7784 3525 atau menghantarkan permohonan ke alamat emel [email protected]. SUARAM meletakkan tempoh masa dua bulan iaitu sepanjang Oktober dan November untuk mementaskan teater ini ke tempat-tempat yang bakal ditetapkan.

GMI Konsisten Bela Mangsa ISA: Anjur Lawatan Untuk Bawa Isteri Tahanan ISA Ke Kem Tahanan Kamunting

 

 

GERAKAN MANSUHKAN ISA

KENYATAAN MEDIA : 11 JUN 2013

GMI KONSISTEN BELA MANGSA ISA : ANJUR LAWATAN UNTUK BAWA ISTERI TAHANAN ISA KE KEM TAHANAN KAMUNTING

 

 

 

22 Jun ni, genap setahun ISA dimansuhkan secara rasminya. Pemansuhan ISA itu berlaku serentak dengan pewartaan Akta Kesalahan Kesalamatan (Langkah-langkah Khas 2012) atau dikenali juga dengan ringkasan SOSMA.

 

SOSMA dikuatkuasakan dalam keadaan Kerajaan masih belum memperbetulkan segala kesilapan sepanjang ISA digunakan. 15 orang tahanan ISA masih mendekam di Kem Tahanan Kamunting, Daripada jumlah itu, 8 orang merupakan warga tempatan, 3 Sri Lanka, 3 Filipina dan seorang Indonesia. Di Tawau Sabah, ada 6 orang isteri masih terpisah daripada suami  dan 20 orang anak kecil masih terpisah daripada ayah mereka. Lebih perit, Sehingga ke hari ini masih tidak ada alasan jelas mengapa tahanan ISA terus dikurung sedangkan akta  yang digunakan untuk menahan mereka telahpun dimansuhkan.

 

Tahanan ISA yang paling akhir akan dibebaskan ialah tahanan dari Tawau Sabah. Mengikut perintah tahanan, mereka hanya akan dibebaskan pada Januari tahun depan setelah genap 2 tahun tempoh tahanan. Biarpun masa penahanan tinggal  kurang lebih 7 bulan, SUARAM dan GMI tetap konsisten mendesak pembebasan awal kesemua tahanan ISA.

 

SUARAM dan GMI ingin mendesak Menteri KDN yang baru, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar segera membebaskan kesemua tahanan ISA. Menteri KDN yang baru tidak wajar meneruskan kegagalan yang lama kerana tidak wujud istilah terlambat untuk membetulkan segala kesalahan yang berlaku.  Bekas Menteri KDN Dato’ Seri Seri Hishammuddin Hussein semasa mengetuai Kementerian Dalam Negeri tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk memperbetulkan kezaliman ISA walaupun banyak kali menerima tuntutan dan protes dari rakyat.

 

Oleh itu, sebagai usaha untuk membela keluarga mangsa ISA, GMI akan mengadakan lawatan ke Kem Tahanan Kamunting bersama 5 orang isteri tahanan ISA dari Tawau Sabah. Lawatan akan berlangsung pada 15 dan 16 Jun ini. Turut hadir dalam rombongan lawatan tersebut ialah dua orang anak kecil yang belum pernah bertemu dengan ayah mereka kerana semasa ayah mereka ditahan, mereka masih di dalam kandungan.

 

Lawatan ini juga bertujuan ingin mendedahkan kepada masyarakat umum mengenai sandiwara pemansuhan ISA yang masih menzalimi rakyat walaupun setelah setahun dimansuhkan. GMI konsisten dengan tuntutan agar kesemua tahanan ISA dibebaskan segera dan Kerajaan perlu mewujudkan Suruhanjaya Rekonsiliasi bagi menyiasat semua salah laku di bawah ISA dan mengheret individu terlibat ke muka pengadilan serta memberi pampasan yang setimpal kepada mangsa ISA dan keluarga mangsa.

 

Sekian.

 

Scrap EAIC, Form IPCMC

Press Statement: 6th June 2013

SCRAP EAIC, FORM IPCMC

SUARAM refers to the The Malaysian Insider news article titled “Enforcement Oversight body has just one officer to investigate 19 agencies, says CEO” on 4 June 2013. The title itself says it all.

The reality and condition of the Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC) are  being seen now, straight from the mouth of its CEO, Nor Afizah Hanum Mokhtar.

In a public consultation done by EAIC in Petaling Jaya on the 20 December 2012, which was chaired by its CEO, chairman and deputy chair, Datuk Heliliah Mohd Yusof and Datuk Paul Low Seng Kuan, the main issue highlighted was that the EAIC probes 19 enforcement agencies including the Royal Police of Malaysia (PDRM). The quantity of agencies probed was the proud issue for  EAIC, the quality wasn’t an issue and it was acknowledged today by the CEO that only one investigating officer was assigend to probe19 agencies.

Budget and manpower were  the issues highlighted by Nor Afizah Hanum which contribute to the latest criticism towards the EAIC. She said that the EAIC needs an annual budget of at least RM25 million, 10 investigating officers and 10 research officers. SUARAM avers  that until  all these suggestions are implemented, the EAIC will not be able to build the public confidence in  the agency.

SUARAM would like to highlight the root issue of  the EAIC which is the absence of prosecution power. The EAIC only has the power to  investigate complaints and the finding of its investigation will be referred back to the police force.

 

Comparatively, the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) has more power  as an oversight mechanism asit can initiate legal action against any officers for abuse of power. IPCMC was one of the 125 recommendations made by the Royal Commission of Police back in 2004. This recommendation was supposed to be implemented in 2006. The watered down version of the IPCMC, which is the EAIC came into picture in 2011.

SUARAM would like to also highlight the point made by the Home Minister, Ahmad Zahid Hamidi that the EAIC will be conducting investigation on Dharmendran’s death. SUARAM avers that the Home Minister’s statement does not hold water as the EAIC will not investigate Dharmendran’s death in the absence of a formal complaint. This was SUARAM’s concern which was pointed out at the   the consultation with the EAIC  where SUARAM emphasized the need for the EAIC to be proactive in  investigating abuse of power by the men in blue, not waiting for a complaint to be lodged first.

SUARAM together  civil society groups reiterate the call for the implementation of the IPCMC and urge the Government to immediately scrap the EAIC.

Released by,
Thevarajan R
SUARAM Coordinator

POLIS TAK PERLU GUNA AKTA KONSERVATIF UNTUK PILIHANRAYA

 

KENYATAAN MEDIA : 12 APRIL 2013

SOSMA Akta Kuno yang bercanggah dengan Hak Asasi, tidak Boleh digunakan ke atas sesiapa!

 

SUARAM berpendirian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) SOSMA bukan sahaja tidak perlu digunakan semasa Pilihanraya, bahkan SOSMA merupakan akta konservetif yang langsung tidak diperlukan oleh Negara.  Takrifan kesalahan keselamatan di bawah SOSMA terlalu luas sehinggakan Polis boleh melalukan tangkapan secara wewenangan.

 

Bagi urusan Pilihanraya, sudah wujud undang-undang yang boleh menangani salah laku berkaitan Pilihanraya seperti Akta Kesalahan Pilihanraya . Polis dilihat cuba mengambil jalan mudah dengan menggunakan SOSMA bagi menakut-nakutkan orang ramai memandangkan akta tersebut memberi kuasa besar kepada pihak Polis untuk membuat tangkapan.

 

Risiko berlakunya tangkapan sewenang-wenangnya semasa Pilihanraya

 

SOSMA memberi peruntukan yang sama seperti ISA iaitu pihak Polis boleh menahan sesorang hanya berdasarkan syak wasangka bahawa sesorang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan.

 

Berdasarkan kajian kes yang berlaku, terdapat bukti yang menunjukkan pihak Polis melakukan tangkapan secara arbitrari menggunakan SOSMA. Tangkapan yang dibuat ke atas Yazid Sufaat, Hilmi Hasim dan Halimah Hussein, pada Februari lalu jelas dilakukan tanpa bukti yang mencukupi. Sehingga ke hari ini, pihak Polis masih mencari bukti bagi menyokong tangkapan tersebut.

 

Sekiranya diteladani daripada kes yang berlaku, maka dikhuatiri Polis akan menggunakan SOSMA secara sewenang-wenangnya semasa Pilihanraya. Mangsa yang ditangkap dibawah SOSMA akan berdepan dengan proses undang-undang yang terlalu rumit bermula dengan ditahan selama 28 hari tanpa dibicarakan dan kemudian terpaksa mendekam didalam penjara sepanjang proses perbicaraan sekiranya dituduh di mahkamah. Hal ini sekiranya berlaku akan mencemarkan proses Pilihanraya disamping menafikan hak orang yang ditahan untuk terlibat dengan pilihanraya.

 

Risiko berlaku tangkapan bermotif Politik

 

Sekiranya SOSMA digunakan semasa Pilihanraya, maka dikhuatiri akan berlaku tangkapan bermotif politik demi kepentingan pihak tertentu. Lebih merisaukan ialah pihak Polis boleh menahan sesiapa sahaja menggunakan SOSMA walaupun kesalahan belum atau tidak pernah berlaku. Merujuk kembali sejarah ISA, ramai ahli politik pembangkang pernah menjadi mangsa akta zalim berkenaan. Walaupun SOSMA memperuntukkan klausa khas mengenai tidak akan ada penahanan bermotif politik, namun Klausa 12 itu terlalu kecil berbanding kuasa Polis yang boleh membuat tangkapan berdasarkan takrifan kesalahan yang terlalu luas di bawah SOSMA.

 

SOSMA bukan sahaja memberi kuasa besar kepada Polis untuk melakukan tangkapan secara sesuka hati, tetapi SOSMA juga akan menyebabkan penafian hak asasi kepada mangsa yang ditahan. Oleh itu pihak Polis sewajarnya tidak menggunakan SOSMA bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pencabulan hak asasi. Akta ini harus dimansuhkan dengan segera oleh mana-mana kerajaan yang akan menang dalam Pilihanraya Umum akan datang.

 

Sekian.

 

Syukri Razab

Penyelaras

 

PROTES BEBASKAN TAHANAN ISA DAN SERAHAN KAD UCAPAN UNTUK TAHANAN ISA KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

PROTES BEBASKAN TAHANAN ISA 

DAN SERAHAN KAD UCAPAN UNTUK TAHANAN ISA

KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

 

Kepada :

 

RAKAN-RAKAN NGO

AKTIVIS RAKYAT

 

Salam Hormat,

JEMPUTAN UNTUK BERSOLIDARITI DALAM PROTES BEBASKAN TAHANAN ISA DAN SERAHAN KAD UCAPAN UNTUK TAHANAN ISA KEPADA MENTERI DALAM NEGERI

 

Pada 19 Julai 2012, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah melancarkan kempen Kad Ucapan untuk Tahanan ISA. Kempen ini dijalankan sebagai satu bentuk desakan kepada Kerajaan Malaysia agar segera membebaskan kesemua baki tahanan ISA. GMI telah mengedarkan kad kepada orang ramai untuk diisi dengan ucapan yang ditujukan kepada Menteri Dalam Negeri. Oleh itu, sebagai klimaks kepada kempen ini, GMI akan menyerahkan kad ucapan yang telah dikumpulkan kepada Menteri Dalam Negeri dalam satu protes yang akan diadakan seperti ketetapan berikut

 

Tarikh : 14 Mac 2013 (Khamis)

Masa : 12.00 Tengah Hari

Tempat : Kementerian Dalam Negeri, Kompleks D, Pusat Pentadbiran, Putrajaya.

 

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) yang menggantikan ISA telah pun menahan tiga individu dengan cara yang sangat bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia. Selain tidak dimaklumkan sebab penahanan, mangsa Sosma juga telah dinafikan hak untuk berhubung dengan keluarga dan mendapatkan nasihat undang-undang.  Tangkapan ini menjadikan jumlah mangsa undang-undang zalim di Malaysia meningkat semula daripada 22 orang kepada 25 orang. Jumlah ini dihitung dengan mengambil kira jumlah tahanan ISA yang masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting. Sehingga hari ini, masih ada 22 orang tahanan ISA yang masih belum dibebaskan oleh Kerajaan.

 

Oleh itu, GMI ingin mengundang rakan-rakan Ngo dan aktivis untuk bersolidariti pada protes dan serahan kad ucapan tersebut.

 

Untuk sebarang maklum balas, sila hubungi Suaram di talian 03-7784 3525 atau 019-8013 149 (Syukri)

 

Sekian. Terima kasih

 

Yang benar

 

Syukri Razab

Penyelaras

Suara Rakyat Malaysia (Suaram)