Home > Activities > Other Events > LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI!

LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI!

Rakan- rakan seperjuangan,
Hari ini 8 laporan polis telah dibuat terhadap Datuk Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia kerana salahguna kuasa, berniat jahat, cuba campurtangan dan mempengaruhi proses penyiasatan terhadap SUARAM.
SUARAM menjemput rakan- rakan NGO dan orang awam untuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran anda. Tekanan yang diberikan mampu membuat perubahan!
LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI!
Sila hantarkan salinan report yang dibuat melalui emel atau faks:
Emel: [email protected] (Sila scan dalam bentuk .jpg, .png atau .pdf)
Faks: 03-77843526
Kalau sesiapa dipanggil untuk memberi keterangan, sila hubungi SUARAM di 0133845740 @  03-77843525 untuk mendapatkan nasihat.
Di bawah adalah sample laporan polis yang diguna pakai. Sila tukar yang mana berkenaan.
Terima kasih!
– – – –

ADUAN POLIS

Tarikh – 20 September 2012

Aduan terhadap – Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia

Aduan dibuat Oleh-

Saya membuat aduan polis ini terhadap Datuk Ismail Sabri bin Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia kerana beliau telah campurtangan dan mempengaruhi proses pendakwaan.

Tindakan Beliau mengatakan SUARAM akan didakwa sebelum siasatan tamat adalah tindakan berniat jahat dan mala-fide. Tindakan ini juga akan memberi tekanan kepada kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sedang membuat dan masih membuat siasatan.

Tindakan beliau membuat kenyataan sebelum Peguam Negara memutuskan untuk mendakwa juga memperbodohkan tugasan Peguam Negara dan ia sekaligus memberi pendirian dan keputusan politik untuk mendakwa SUARAM sebelum  proses siasatan selesai.

Pihak Polis mesti menyiasat kenyataan  Datuk Ismail pada 18 sepetember 2012 dimana akhbar antara tajuk media adalah:Utusan: “Suaram akan didakwa minggu ini” dan Malaysiakini: “Minister: Suaram to be charged this week”.

Saya berharap pihak polis membuat siasatan terhadap Menteri yang tidak bertanggungjawab ini secara serius kerana beliau telah membatasi kuasa beliau dan telah mencemarkan proses siasatan terhadap SUARAM.

Anda juga boleh muat turun laporan disini.

2 Responses

  1. Pingback : LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA AKAN BERLANGSUNG SEHINGGA HARI AHAD INI! | persatuanprihatin

  2. Zulkarnain

    Suaram tak perlu takut dan bimbang dgn siasatan oleh pihak berkuasa. Berani kerana benar takut kerana salah …