top of page

SUARAM Podcasts

Special Edition Episode - Rights to Know Rights (Tamil Podcast)

Introducing our Special Edition on SUARAM Podcast. This is our very first podcast in Tamil language with our intern, Puungkodi who would be moderating the episode with 2 prominent panellists: Sevan Doraisamy, the Executive Director of SUARAM, Sivaranjani Manickam from Parti Sosialis Malaysia (PSM).

 

This episode homes a conversation about knowledge and awareness on human rights especially among the Indian community. Listen to it and share it with your Indian friends. Let's educate each other.

Edisi COVID-19: Episode #3 - Isu Kesihatan di Malaysia Semasa Pandemik

Malaysia juga suatu ketika pernah diancam dengan kes-kes wabak seperti virus Nipah, virus Zika, Chikungunya, selesema burung dan beberapa lagi lain. Ini bermakna negara kita mempunyai pengalaman dalam menangani wabak yang pernah berlaku. Di dalam Episod #3 Podcast SUARAM - Edisi Covid-19, Amirah menemu bual Dr Lim Chee Han, seorang Penyelidik Kanan kepada Third World Network - sebuah organisasi antarabangsa.

 

Episod kali ini akan membincangkan tentang isu-isu kesihatan yang berlaku di Malaysia antaranya dari segi fasiliti, kakitangan kesihatan, bajet kesihatan serta penerimaan vaksin sebagai satu hak atau kewajipan.

Siri Bersama Intern SUARAM: Episod #3

Edisi COVID-19: Episode #2 - Krisis Makanan & Hak Petani

Ikuti perbualan bersama-sama Amirah menemu ramah Michelle dan Aiman tentang pengalaman mereka melakukan latihan industri di SUARAM. Ketahui lebih lanjut tentang mereka berdua di dalam Episod #3, siri podcast SUARAM bersama-sama intern!

Sama ada kita sedar atau tidak, isu krisis makanan berada di tahap yang membimbangkan. Bukan itu sahaja, pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh golongan petani menyebabkan kurang penghasilan. Ditambah pula dengan keadaan pandemik Covid-19, banyak halangan dan kerumitan mula timbul seperti masalah pengangkutan, rantaian bekalan yang panjang, import melebihi eksport dan lain-lain lagi.

 

Ikuti perbualan Amirah menemu bual Nurfitri Amir, Koordinator Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) dan juga pengkaji isu-isu petani dalam membincangkan krisis makanan dan hak petani di Malaysia.

Siri Bersama Intern SUARAM: Episod #2

Ikuti perbualan bersama-sama Amirah menemu ramah Jiaxuan dan Pin Chun tentang pengalaman mereka melakukan latihan industri di SUARAM. Kedua-duanya juga aktif dalam bidang aktivisme di universiti, ketahui lebih lanjut di dalam Episod #2, siri podcast SUARAM bersama-sama intern!

Edisi COVID-19: Episode #1 - Kajian Pakej Rangsangan Ekonomi oleh IDEAS

Pada Julai lalu, IDEAS telah mengadakan satu sesi konsultasi bersama-sama gabungan masyarakat sivil (CSO) di Malaysia bagi berkongsi hasil kajian mereka berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE). Terdapat banyak PRE yang dikeluarkan pihak kerajaan dan beberapa pihak berkepentingan yang lain.

 

Ikuti perbincangan Amirah dan Puvenes bersama-sama dengan tetamu jemputan Atyrah Razali, Eksekutif Kanan IDEAS untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya!

Siri Bersama Intern SUARAM: Episod #1

Podcast Ep. 11 (Siri 3)- Kuala Langat: Ke Arah Pusat Pencemaran?

Dengarkan temu ramah Suresh bersama-sama dengan Dinesh dan Megan yang menjalani latihan industri mereka di SUARAM. Dinesh dan Megan merupakan pelajar undang-undang dan kedua-duanya aktif di dalam kelab debat! 

​

Dengarkan pengalaman mereka di dalam episod #1 - Siri Bersama-sama Intern SUARAM.

Sediakah kita menerima lebihan ribuan asap karbon, panas membahang yang tidak terhingga, banjir, kematian kehidupan liar dan flora dan fauna? Malah, apakah nasib rakyat yang berada disekeliling HSKL? Bagaimanakah nasib komuniti Orang Asli? Apakah kita bersedia dengan apa yang bakal terjadi jika Hutan Simpan Kuala Langat diteruskan penyahwartaannnya?

​

Ikuti temu bual bersama kita pada kali ini, Nur Sakeenah Omar dariapda Greenpeace, Pua Lay Peng daripada Persatuan Tindakan Alam Sekitar Kuala Langat (PTASKL) dan Mohd Nazri Afrizal iaitu RA Kuala Langat.

​

bottom of page