Tuntutan-Tuntutan PRU13 Masyarakat Sivil Malaysia

REFORMASI MALAYSIA

Tuntutan-Tuntutan PRU13 Masyarakat Sivil Malaysia

“Kami, NGO-NGO dari pelbagai bidang dalam kalangan masyarakat sivil di Malaysia berhasrat menyatakan tuntuntan tegas terhadap parti-parti politik dan calon bebas yang akan bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) ini untuk diberi perhatian. Kami percaya bahawa segala tuntutan kami merupakan cerminan aspirasi pelbagai lapisan rakyat Malaysia dan ia berdasarkan situasi semasa politik, ekonomi, sosial dan budaya masyarakat di Malaysia. Jika Malaysia mahu mencapai masa depan yang cerah dan mapan, kami yakin tuntutan-tuntutan ini mewakili agenda baru perubahan serta tonggak penting reformasi negara. Tuntutan reformasi ini sepatutnya telah lama dilaksanakan dan ia merupakan asas kepada keadilan, nilai kesamarataan dan demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan merupakan tonggak sebenar kesejahteraan.

Ini merupakan tuntutan-tuntutan yang tegas agar parti-parti politik dan para calon yang terpilih pada pilihanraya akan datang akan melaksanakannya. Para calon yang menyokong tuntutan ini akan mendapat sokongan penuh kami di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kami juga akan melakukan pemantauan terhadap parti-parti politik dan calon-calon bagi memastikan agar mereka memberi komitment terhadap tuntutan ini selepas pilihanraya dilaksanakan.”

1.0                Membasmi Perkauman yang Bersifat Institutional

1.1                Menghapuskan “Dasar ekonomi baru”- tindakan memperbaiki keseluruhan dasar ekonomi dan pendidikan haruslah berdasarkan keperluan, sektor atau kelas dan tidak berdasarkan bangsa dengan keutamaan harus diberikan kepada masyarakat orang asal, tertindas dan miskin;

1.2                Memansuhkan pindaan (8A) Artikel 153 yang telah diluluskan semasa zaman darurat  pada tahun 1971 kerana ia bukan kandungan asal Perlembagaan Persekutuan 1957;

1.3                Mewujudkan institusi yang bertujuan membolehkan pemilihan bagi mana-mana permohonan biasiswa atau kelayakan.

1.4                Melaksanakan kaedah berdasarkan merit dalam rekrutmen bagi perkhidmatan awam dan keselamatan;

1.5                Menggubal sebuah Akta Kesaksamaan bagi mempromosikan nilai kesaksamaan dan tanpa diskriminasi tanpa mengambil kira latar kaum, kepercayaan, agama, gender atau ketidakupayaan seperti mana yang telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Hak asasi manusia;

1.6                Menginstitusikan pendidikan hak asasi manusia dan kesaksamaan pada setiap peringkat yang membuat keputusan; termasuk diperingkat negeri dan pelaku bukan negara/institusi;

1.7                Menyetujui Konvensyen berkaitan Pembasmian Diskriminasi berasaskan Kaum (ICERD);

2.0                Sebuah Masyarakat yang Berlandaskan Prinsip Hak Asasi Manusia dan Aturan Perundangan

2.1                Memansuhkan kesemua undang-undang yang membenarkan penyeksaan, sebat, penahanan tanpa bicara dan penahanan ‘incommunicado’;

2.2                Mansuhkan pelaksanaan hukuman mati, mengenakan moratorium terhadap keputusan hukuman mati yang masih belum dilaksanakan serta mengurangkan hukuman kepada pesalah yang dikenakan hukuman tersebut;

2.3                Menyetujui  beberepa instrumen perundangan antarabangsa berkaitan hak asasi manusia seperti Kovenan Antarabangsa berkenaan Hak Sivil & Politik (ICCPR); Kovenan Antarabangsa berkenaan Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR); Konvensi Menentang Penyiksaan (CAT) dan Konvensyen Pelarian 1951;

2.4                Mewujudkan IPCMC serta cadangan-cadangan lain berkaitan Royal Police Commission bagi memastikan ketelusan dan akauntabiliti pihak polis dan agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);

2.5                Menubuhkan suruhanjaya pembaharuan undang-undang bagi mengembalikan kebebasan badan kehakiman; mengkaji semula Perlembagaan Persekutuan dan mana-mana undang-undang yang tidak adil dan bercanggah dengan hak asasi manusia; serta menyelesaikan konflik bidang kuasa diantara undang-undang sivil dan syariah;

2.6                Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyelesaikan semua masalah kewarganegaraan bagi mana-mana rakyat Malaysia yang dilahirkan di sini atau telah tinggal di sini selama lebih daripada 10 tahun; penduduk tetap; pasangan rakyat Malaysia yang bukan warganegara, serta masalah pendatang tanpa izin;

2.7                Memastikan keadilan sosial dan menjamin maruah lesbian, gay, biseksual dan silang (LGBT) sepertimana hak heteroseksual;

 

3.0                Membanteras Rasuah secara Efektif

3.1                Mewujudkan sebuah Suruhanjaya Bebas Anti-Rasuah yang bertanggungjawab terhadap parlimen dan mempunyai bidang kuasa bagi mencadangkan pendakwaan terhadap semua kesalahan rasuah;

3.2                Jawatankuasa Akaun Awam di Parlimen harus dipengerusikan oleh ahli parlimen pembangkang;

3.3                Hapuskan mana-mana peluang rasuah dengan membuat undang-undang berkenaan tempoh rehat bagi pekerja perkhidmatan awam/keselamatan dan pihak penguatkuasa yang telah berhenti atau bersara sebelum menyertai sektor swasta;

3.4                Memastikan ketua bagi kementerian/jabatan kerajaan bertanggungjawab terhadap setiap percanggahan dalam laporan Audit tahunan dan membayar untuk apa-apa kecuaian atau rasuah yang terlibat;

3.5                Semua projek-projek yang telah diswastakan harus ditender secara terbuka;

3.6                Menjalankan kempen anti-rasuah yang berkesan menerusi media, sekolah dan tempat awam di seluruh negara;

 

4.0          Pilihanraya Bebas dan Adil

4.1          Bersihkan daftar pemilih dan memastikan bahawa warga asing tidak diberi hak untuk mengundi secara haram;

4.2          Gunakan dakwat kekal untuk mencegah undian berganda;

4.3          Pembaharuan undi pos bagi memastikan ketelusan serta hak rakyat Malaysia diluar negara;

4.4          Minimum 21 hari untuk tempoh berkempen bagi pilihanraya;

4.5          Saluran bebas dan adil kepada media bagi semua pihak;

4.6          Memperkukuhkan institusi awam yang terlibat dalam proses pilihan raya, termasuk badan kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, polis, SPRM dan media penyiaran untuk memastikan kebebasan dan profesionalisme mereka;

4.7          Membendung rasuah dan amalan membeli undi menerusi pengauditan wajib bagi semua perbelanjaan pilihan raya, pembiayaan berkempen; pendedahan sepenuhnya sumber pembiayaan dan perbelanjaan, dan menetapkan had ke atas perbelanjaan berkempen;

4.8          Menamatkan amalan politik kotor dan tidak beretika seperti rayuan agama atau kaum, pernyataan palsu, serangan fitnah atau peribadi, gangguan yang disengajakan, dakwaan tanpa bukti, perkauman atau apa juga bentuk kenyataan yang tidak toleran terhadap wanita, minoriti dan kumpulan yang terpinggir;

4.9          Menjemput pasukan pemantau pilihanraya antarabangsa sebagai satu amalan dalam pilihan raya umum untuk kredibiliti yang lebih baik;

4.10        Perwakilan yang saksama dalam persempadanan kawasan parlimen – percanggahan dalam bilangan pengundi di kawasan-kawasan yang berbeza tidak boleh melebihi 15% seperti yang telah wujud pada masa kemerdekaan;

4.11        Kelayakan mengundi secara automatik dari umur 18 tahun menerusi kad pengenalan;

 

5.0          Kebertanggungjawaban & Demokrasi Berperwakilan (Berwakil)

5.1                Menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri kepada dua penggal;

5.2                Memilih perwakilan ke Dewan Negara (Senat);

5.3                Mengkehendaki semua wakil rakyat dan penjawat awam kanan (senior) mengisytiharkan aset dan pendapatan mereka secara terbuka, termasuk isteri dan anak-anak mereka;

5.4                Menyiarkan semua prosiding di Parlimen secara langsung;

5.5                Memperkenalkan semula pemilihan kerajaan tempatan;

5.6                Memusatkan perkhidmatan sosial seperti pendidikan, perumahan, pengangkutan dan juga kepolisan komuniti untuk diurus tadbir oleh majlis tempatan yang dipilih;

 

6.0          Menegakkan Kebebasan Bersuara dan Maklumat

6.1          Memansuhkan Akta Hasutan, Akta Percetakan & Penerbitan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Penapisan Filem untuk memastikan kebebasan bersuara dan maklumat;

6.2          Menggubal akta Kebebasan Maklumat (FOI) di peringkat persekutuan dan peringkat negeri yang mencerminkan hak rakyat untuk mendapatkan maklumat, dan berteraskan kepentingan awam sebagai prinsip utama;

6.3          Mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah monopoli pemilikan dan kawalan akhbar dan stesen penyiaran oleh parti-parti politik atau badan-badan korporat;

6.4          Mentransformasikan penyiaran kebangsaan menjadi sebuah badan bebas dan bukan-partisan serta bertanggungjawab kepada Parlimen dan bukannya kepada Kementerian Penerangan;

 

7.0          Mempertahankan Kebebasan Berhimpun & Berpersatuan

7.1          Memansuhkan Akta Polis, Akta Persatuan, dan AUKU serta undang-undang lain yang menghadkan kebebasan asas ini;

7.2          Mansuh Akta Perhimpunan Awam 2011;

7.3          Memberi hak sepenuhnya kepada pelajar yang cukup umur sama seperti warganegara Malaysia yang lain;

 

8.0          Mempertahankan Hak Pekerja

8.1          Menghormati hak-hak pekerja dan solidariti, termasuk pekerja tidak formal seperti pekerja domestik dengan mengkaji semula undang-undang buruh bagi memastikan mereka selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO);

8.2          Menggalakkan dan mempromosi hak-hak pekerja untuk berpersatuan;

8.3          Melaksanakan pelaksanaan gaji minimum yang progresif kepada semua pelerja, termasuk pekerja asing;

8.4          Mansuhkan kaedah kontraktor dalam sistem perburuhan dan memulihkan semula amalan hubungan dua-parti antara pemilik tempat kerja dengan pekerja yang bekerja di dalamnya;

8.5          Memastikan semua pekerja sebagai pekerja tetap kekal dan menikmati semua faedah termasuk hak bersalin dan umur persaraan dilanjutkan;

8.6          Memanjangkan kesaksamaan dan amalan bukan diskriminasi kepada semua pekerja di sektor swasta;

8.7          Pekerja dan kesatuan sekerja mereka mesti menjadi sebahagian daripada pengaruh ekonomi dan membuat keputusan, terutamanya dalam kawalan dana pencen mereka;

8.8          Syarikat pemilikan saham dan keuntungan harus dialihkan ke dalam dana saham pekerja bagi membolehkan pekerja mempunyai kepentingan kawalan dalam syarikat-syarikat;

8.9          Wakil-wakil pekerja yang terpilih harus diwakili secara samarata dalam pengurusan dan bagi membuat keputusan korporat, termasuk pelaburan, teknologi, gaji dan harga;

 

9.0                Hak-hak Pekerja Asing dan Orang Pelarian

9.1                Memberikan hak bekerja sepenuhnya kepada semua pekerja asing tanpa mengira status imigresen mereka, menjamin kontrak mereka seperti yang telah dipersetujui ketika mereka memasuki Malaysia, selalunya lima tahun serta menamatlan kontrak dari setahun-ke-setahun kepada pekerja asing;

9.2                Semua pekerja asing perlu diberi akses penuh dalam saluran keadilan dan tidak ada amalan penghantaran pulang sehingga semua tuntutan dan kes sudah didengari dan telah selesai atau dilupuskan, termasuk tribunal buruh, mahkamah jenayah dan sivil;

9.3                Pekerja asing harus mempunyai hak untuk memegang pasport dan visa mereka dan diberi hak untuk didengari sebelum visa mereka dibatalkan dan / atau enggan diperbaharui;

9.4                Pekerja asing tidak harus sewenang-wenangnya dihantar pulang atau visa mereka dibatalkan berdasarkan justifikasi-justifikasi seperti mendapat penyakit-penyakit tertentu, keadaan kesihatan dan / atau mereka telah menjadi hamil;

9.5                Menggubal undang-undang orang pelarian dan pemohon suaka untuk memastikan prosedur yang betul dan perlindungan diberikan dalam berurusan dengan pemohon suaka/orang pelarian di Malaysia, termasuk hak untuk mendapatkan semakan kehakiman;

9.6                Meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga mereka dan Konvensyen PBB berhubung dengan Status Pelarian;


 
10.0        Mempertahankan Hak Asasi dan Maruah Wanita

10.1        Melaksanakan sekurang-kurangnya 30% kuota wakil wanita dalam setiap badan membuat keputusan iaitu kerajaan, kehakiman dan parti politik agar mengalkan partisipatisi wanita dalam kehidupan awam;

10.2        Memasukkan CEDAW dan semua provisi kedalam undang-undang Negara untuk mepastikan kesaksamaan dalam kehidupan awam dan persendirian;

10.3        Pinda undang-undang Negara dan perlembagaan yang memberi diskriminasi berdasarkan gender;

10.4        Konfrantasi sikap seksis dan prejudis berdasarkan stereotaip gender;

10.5        Pembayaran gaji yang sama dengan lelaki yang memegang jawatan sama;

10.6        Membuat langkahlangkah sesuai, termasuk perlindungan undang=undang untuk hak hak wanita sama dengan lelaku dan pastikan tribunal layak kompeten dalam melindungi wanita dari setiap jenis diskriminasi;

 

11.0        Melindungi Hak Orang asal

11.1        Melindungi hak Asal Orang untuk penentuan sendiri, termasuk hak untuk memiliki, mengawal dan menggunakan tanah, wilayah dan sumber-sumber tradisional mereka pada terma-terma mereka sendiri;

11.2        Melindungi hak Asal Orang kepada pembangunan lestari, akses kepada keperluan asas dan kemajuan tradisi dan bahasa mereka;

11.3        Ikut melalui pengendorsan Malaysia Deklarasi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP) dengan memperkenalkan dasar-dasar dan mengadakan undang-undang yang mematuhi rukun;

11.4        Menggubal atau meminda undang-undang negeri yang mengiktiraf dan melindungi hak-hak adat Asal Orang ke tanah mereka wilayah dan tradisional;

12.0        Polisi Pendidikan Jangka Panjang dan Adil

12.1        Pembaharuan sistem pendidikan kebangsaan untuk menggalakkan kualiti pendidikan holistik, peluang sama rata, keadilan sosial, kreativiti, pemikiran kritis serta pengetahuan saintifik dan teknologi yang diperlukan untuk penyelidikan & pembangunan dan kemahiran vokasional;

12.2        Mansuhkan diskriminasi berdasarkan etnik, agama, umur, jantina, atau kepercayaan bagi kemasukan ke institusi pendidikan;

12.3        Mendukung semangat Ordinan Pelajaran 1957 yang dengan menyokong pendidikan bahasa ibunda, membina sekolah Cina dan Tamil di kawasan-kawasan yang diperlukan, memastikan kadar sokongan kewangan dan latihan guru yang mencukupi untuk sekolah-sekolah ini;

12.4        Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu dan menyediakan sokongan kewangan bagi sekolah menengah bahasa ibunda yang berteraskan tanpa keuntungan agar semua pelajar boleh menikmati pendidikan percuma seperti di sekolah-sekolah menengah yang lain;

12.5        Menggalakkan pemeliharaan dan pembangunan pendidikan dan bahasa ibunda masyarakat pribumi;

 

13.0        Dasar Ekonomi yang Progresif

13.1        Setiap utiliti dan perkhidmatan asas termasuk sumber air, kesihatan, pengangkutan awam dan tenaga harus dinasionalkan dan dimiliki dan dikawal oleh rakyat Malaysia di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan;

13.2        Melaksanakan pelan induk untuk semua tanah persekutuan dan negeri untuk memastikan penggunaan yang bijak untuk tujuan awam dan / atau jualan mereka kepada sektor swasta pada harga yang bersesuaian;

13.3        Hak konsesi dan lesen lain harus dibayar pada harga ekonomi;

13.4        Menggalakkan diri mentadbir koperasi pekerja untuk menghasilkan barangan yang berguna untuk masyarakat;

13.5        Pastikan tender dibuka bagi setiap kontrak penswastaan​​;

13.6        Hentikan subsidi untuk perniagaan besar yang melabur dalam perusahaan tidak mesra alam dan menggunakan kadar tenaga yang tinggi;

13.7        Menggalakkan dasar pertanian yang mampan untuk memastikan pencukupan dalam beras dan makanan asas lantas mengurangkan import makanan;

13.8        Memberi sokongan yang adil dan mencukupi kepada semua sektor dan mengagihkan tanah secara adil kepada semua petani yang memerlukan tanah, tanpa mengira etnik;

13.9        Memodenkan Kampung Baru dengan memberikan geran tanah, meningkatkan infrastruktur dan bantuan kerajaan untuk perusahaan kecil dan sederhana;

13.10      Hak kepada sumber asli seperti minyak dan gas adalah milik kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan hasil pulangan yang berlebihan (60%) harus diberikan kepada negeri-negeri ini. Pada masa yang sama, pelaburan pengeluaran minyak dan gas Petronas harus telus dan bertanggungjawab kepada parlimen dan orang awam;

 

14.0        Polisi Fiskal Positif yang Mengurangkan Kejurangan dan Ketidakseimbangan Pendapatan dan Membiayai Perkhidmatan Awam

14.1        Mengenakan cukai yang tinggi kepada golongan berpendapatan tinggi dan cukai lebih rendah bagi golongan berpendapatan rendah;

14.2        Peningkatan dalam keuntungan modal bagi hartanah;

14.3        Cukai wasiat yang progressif;

14.4        Pemantauan sekata bagi undang-undang cukai dan perlaksanaan agar tidak ada kelemahan;

14.5        Menyemak kembali penyaraan kapital dan pengecualian cukai bagi firma asing;

14.6        Pengawalan dan perlaksanaan cukai bagi setiap trasaksi kewangan antarabangsa dan dana lindung nilai;

14.7        Memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST);

14.8        Cukai profressif bagi semua barangan mewah;

 

15.0        Perlindungan Haiwan dan Alam Sekitar

15.1        Menggazet kembali hutan-hutan yang sebelum ini pernah digazet tetapi telah bertukar status sejak Merdeka;

15.2        Tidak menukar status hutan tanpa pendengaran awam dan notis umum;

15.3        Mengenakan undang-undang ketat bagi penjimatan air dan tenaga termasuk insentif untuk mempertingkatkan effisency tenaga dan lain-lain jenis pengurusan;

15.4        Haramkan semua jenis industri toxic yang membawa masalah kepada kesihatan penduduk, dan memastikan konsultasi sepenuhnya dijalankan bersama mereka untuk semua projek pembangunan;

15.5        Memberi insentif untuk pembagunan tenaga solar dan sumber tenaga lestari yang lain;

15.6        Memastikan setiap majlis bandaraya melaksanakan langkah kitar semula;

15.7        Membuat undang-undang terhadap penyiksaan haiwan dan mempromosikan pemeliharaan haiwan;

16.0        Penambahbaikan Sistem Kesihatan Awam

16.1        Memastikan perkhidmatan kesihatan selaras – setiap penduduk Malaysia layak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan percuma di sektor awam;

16.2        Mengagihkan sekurangnya 10% GDP dalam belanjawan tahunan kepada perkhidmatan kesihatan;

16.3        Membuat keadaan yang lebih baik untuk para doktor, jururawat dan pekerja-pekerja hospital dalam sektor awam;

16.4        Menyediakan pusat jagaan harian dan pusat penjagaan sepenuhmasa untuk golongan emas dan kurang upaya melalui faedah, perkhidmatan sokongan termasuk keupayaan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan bergerak;

 

17.0        Polisi Sosial yang Mementingkan Rakyat

17.1        Pusat pembangunan perumahan, yang dijaga oleh ahli majlis yang dilantik untuk melaksanakan perumahan awam kos rendah diperingkat nasional untuk orang miskin dan tertindas, dengan kawasan komuniti yang secukupnyna termasuk rekreasi dan kawasan hijau;

17.2        Menghormati hak peneroka Bandar dalam setiap plan pembangunan untuk mempertingkan kawasan mereka atau memberi perumahan baru;

17.3        Pertingkatkan sistem pengangkutan awam dalam negari disamping mengawal pembinaan lebuhraya dan trafik di Bandar-bandar dan pusat Bandar;

 

18.0        Polisi Kebudayaan yang Pelbagai

18.1        Mengekalkan warisan dalam semua bentuk sebagai dokumen sejarah bagi pengalaman dan aspirasi manusia untuk memupuk kreativiti dalam semua kepelbagaian dan memberi inspirasi kepada dialog antara budaya;

18.2        Artis dan pakar seni harus lebih terlibat dalam perancangan pendidikan formal dan tidak formal;

18.3        Institusi kebudayaan harus membangunkan dasar yang memberi peruntukan kepada belia dan program bermatlamat kearah konsep interbudaya;

18.4        Dana untuk artis minoriti muda dan institut-institut seni harus disediakan melalui program khas yang disasarkan;

 

19.0        Mengurangkan Jenayah dan Mempertingkatkan Keselamatan Awam

19.1        Lebih pegawai polis atas jalanraya untuk mengurangkan jenayah dan bukan untuk mengecam perhimpunan awam dan bukan mengawas badan-badan bukan kerajaan semata-mata;

19.2        Menubuhkan Gerak Khas pelbagai etnik untuk dihantar dengan cepat kepada mana-mana situasi konflik yang melibatkan ethnik komuniti;

19.3        Membanteras rasuah dan pastikan tahap profesionalisma yang paling tinggi dalam badan polis dalam menangani pengedar dadah dan samseng;

19.4        Bekerjasama dengan komuniti setempat dalam kerja polis dan sistem undang-undang jenayah;

 

20.0 Pengurangan Perbelanjaan Pertahanan dan Pembudayaan Keamanan

20.1            Menilai semula polisi pertahanan Negara untuk mempromosikan budaya keamanan dan tanpa senjata;

20.2            Mempromosikan kerjasama ASEAN untuk berkongsi sumber dan mengurangkan perbelanjaan senjata di setiap Negara ASEAN;

20.3            Mengurangkan budget pertahananan kepada bawah 1% daripada GDP dan memberi peruntukan sewajarnya kepada kesihatan, pendidikan dan servis sosial;

20.4            Menubuhkan Jawatankuasa Parlimen Pertahanan yang akan dipengerusikan oleh seorang MP pembangkang dan juga Ombudsman yang independen untuk memerhatikan perbelanjaan pertahanan;

20.5            Mansuhkan kuasa-kuasa RELA untuk menahan dan mengurung, dan hak membawa senjata harus diterhadkan kepada pegawai penguatkuasa undang-undang yang telah diberikan latihan yang professional.

 

SENARAI MASYARAKAT SIVIL YANG MENYETUJUI KENYATAAN INI

TARIKH KEMASKINI: 6 MAC 2013

 

  1. All Women’s Action Society (AWAM)
  2. Anak Muda Sarawak (AMS)
  3. Center for Orang Asli Concerns
  4. Civil Right Committee, Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (CRC KLSCAH)
  5. Community Action Network (CAN)
  6. Community Development Center (CDC)
  7. Foreign Spouses Support Group
  8. Gindol Initiative for Civil Society Borneo
  9. Japan Graduates’ Association of Malaysia
  10. Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia  (JKOASM)
  11. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
  12. Jawatankuasa Kerja Sahabat Rakyat Johor
  13. Lawyers For Liberty (LFL)
  14. LLG Cultural Development Centre
  15. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
  16. Malaysian Against Death Penalty and Torture (MADPET)
  17. Malaysian Physicians for Social Responsibility
  18. National Indian Rights Action Team (NIAT)
  19. People’s Green Coalition
  20. Peoples Service Organization (PSO)
  21. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  22. Persatuan Masyarakat Wilayah Persekutuan & Selangor (PERMAS)
  23. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  24. Projek Dialog and Islamic Renaissance Front
  25. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
  26. Rainbow Genders Society (RGS)
  27. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  28. Sisters In Islam (SIS)
  29. Solidarity for Civil Rights in China (SCRC)
  30. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  31. Tenaganita
  32. UK-based Borneo Rights International (BRI)
  33. Women’s Centre for Change (WCC)
  34. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)

 

Untuk versi PDF, sila layari laman  ini

Posted in Press Releases