Home > Media Statements > Press Statements > Pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia SUARAM 2014: Enam Trend Yang Merisaukan di Bawah Pentadbiran Najib

Pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia SUARAM 2014: Enam Trend Yang Merisaukan di Bawah Pentadbiran Najib

Pada hari ini, SUARAM dengan sukacitanya telah melancarkan Laporan Hak Asasi Manusia Malaysia 2014. Semenjak pelancaran pertama pada tahun  1998, SUARAM telah menerbitkan laporan tahunan yang mengandungi dokumentasi dan analisis hak-hak asasi manusia yang menyeluruhkan dan laporan tersebut merupakan suatu laporan  yang amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat sivil tempatan dan organisasi-organisasi hak asasi manusia antarabangsa.

Laporan tersebut menyimpulkan bahawa, di bawah pentadbiran Najid Razak, hak asasi manusia telah mencapai rekod yang paling rendah pada tahun 2014, dimana kes-kes tindakan keras terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun telah meningkat; penyalahgunaankuasa anggota polis menjadi berleluasa; ranking antarabangsa Malaysia dalam pemerdagangan manusia telah jatuh; Malaysia telah menjadi negara yang paling teruk bagi pekerja asing; dan keputusan Perdana Menteri Malaysia yang memungkirkan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasuhan di Perhimpunan Agung UMNO. Pembela-pembela hak asasi manusia, aktivis-aktivis, ahli-ahli akademik, pelajar-pelajar dan ahli-ahli politik masih lagi menghadapi gangguan dan penganiayaan.

SUARAM ingin untuk menekankan enam trend yang merisaukan dalam tahun 2014 yang memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada kerajaan dan orang ramai.

Peningkatan ucapan berbau kebencian mengenai kaum dan agama

Dalam tahun 2014, terdapat peningkatan kes dalam ucapan berbau kebencian mengenai kaum dan agama oleh kumpulan sayap kanan, terutamanya Perkasa dan Isma, yang telah diterima secara senyap oleh pihak berkuasa. Sebaliknya, suara-suara kritikan dan pandangan yang berbeza telah ditangani oleh Akta Hasutan yang zalim dimana pihak berkuasa telah melabelkan suara-suara tersebut sebagai ancaman ketenteraman awam. Hubungan antara etnik semakin dijauhkan walaupun perdana menteri telah menyuarakan komitmen untuk bersikap bersederhanaan dan toleransi dalam mesyuarat antarabangsa yang berprofil tinggi.

SUARAM memberi amaran bahawa jikalau isu-isu tersebut dibiarkan tanpa dilakukan tindakan atau usaha untuk membasmi ucapan berbau kebencian tersebut, ia bukan sahaja akan memperlahankan proses mencapai kebebasan beragama dan persamaan antara kaum tetapi akan mewujudkan kebencian antara etnik dan agama yang mungkin akan mengakibatkan konflik antara kaum dan memusnahkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan etnik.

Pelaksanaan Akta Hasutan 1948

Akta Hasutan telah digunakan untuk menyiasat atau mendakwa atau mensabitkan 44 orang individu pada tahun 2014 yang telah dikatakan telah menunjukkan penghinaan terhadap pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini, kerajaan dan badan kehakiman, sementara bagi pendapat orang lain, mereka semata-matanya menjalankan hak mereka untuk kebebasan bersuara. Akta ini merupakan suatu contoh dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tekanan oleh kumpulan sayap kanan dan memungkirkan ikrarnya ketika pilihan raya untuk memansuhkan Akta Hasutan. Keputusan tersebut daripada pihak berkuasa telah mewujudkan suatu kesan penyejukan kepada kebebasan bersuara dan merupakan suatu penghinaan terhadap demokrasi.

Penahanan tanpa bicara kembali dengan kekuatan penuh

Tahun 2014 telah menyaksikan Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas Pencegahan) Akta 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2013 (POCA) yang telah menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) Ordinan 1969. Pada tahun 2014, setakat bulan November, sebanyak 37 orang telah ditahan di bawah SOSMA, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 152 sejak SOSMA dikuatkuasakan. Selain itu, sebanyak 116 orang  telah dilaporkan ditahan tanpa perbicaraan di bawah POCA pada bulan yang pertama POCA dikuatkuasakan pada April 2014 manakala tiada angka rasmi telah diberikan oleh kerajaan ke atas mereka yang ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Kelulusan undang-undang tersebut telah menimbulkan persoalan yang membimbangkan sama ada Kerajaan Malaysia akan mengamalkan amalan dahulu yang seringkali menimbulkan ketakutan penahanan yang tidak berkesudahan untuk menindas golongan yang menyuarakan pendapat yang berbeza. Lebih ketidakadilan boleh dijangkakan pada tahun yang akan datang di bawah penguatkuasaan undang-undang yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

Penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis secara sewenang-wenangnya yang berterusan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus dengan beroperasi tanpa kebertanggungjawaban disebabkan tiada apa-apa mekanisme yang berkesan. Kerajaan tidak bersikap cekap untuk menerima cadangan-cadangan Suruhanjaya Diraja dan Majlis Hak Asasi Manusia UN (melalui Proses Kedua Universal Periodic Process (UPR)) untuk mewujudkan satu Suruhanjaya Aduan Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC). Keadaan ini diburukkan lagi apabila Suruhanjaya Integtiti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang telah diwujudkan sebagai suatu institusi aduan berkaitan pihak berkausa, tidak mempunyai pengerusi di antara bulan April dan bulan November 2014 dan ini menjadikannya sebuah institusi yang tidak berfungsi dengan baik.

Sistem reman telah disalahgunakan oleh pihak polis untuk menahan pembela hak asasi manusia dalam kes akta hasutan dengan penahanan yang dilakukan pada tengah malam dan membolehkan permohonan reman diberikan walaupun siasatan boleh diselesaikan dalam masa tempoh 24 jam.

Sementara itu, kes-kes kematian dalam tahanan polis kekal tinggi dengan 14 kes direkodkan oleh SUARAM pada tahun 2014, walaupun pengumuman bahawa mahkamah koroner akan ditubuhkan di setiap negeri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri pada bulan April. Dengan itu, pentadbiran Najib adalah gagal untuk memastikan pengawasan dan akauntabiliti polis dengan terus menggantung kepada EAIC yang tidak berfungsi.

Serangan ke atas kebebasan berpersatuan

Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Persatuan menyerang gabungan NGO Malaysia dalam proses UPR (COMANGO), Negara-ku, Persatuan Sarawak untuk Aspirasi Rakyat (SAPA) dan Sisters in Islam (SIS) pada tahun 2014 dijangka akan meneruskan trendnya yang menggugat kumpulan-kumpulan kritikal seperti yang pernah berlaku kepada Bersih 2.0 dan SUARAM pada tahun 2013.

Orang-orang pelarian, pencari-pencari suaka dan pekerja-pekerja asing

Tahun 2014 merupakan satu lagi tahun yang mencabar bagi pelarian, pencari-pencari suaka dan pekerja-pekerja asing di Malaysia, tidak kurangnya dengan mengambil kira daya perlindungan yang terhad yang ditawarkan kepada kumpulan-kumpulan ini oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap aktiviti  perhambaan moden, penyeludupan manusia dan unsur jenayah yang lain. Ini sekali lagi menekankan hakikat kedudukan Malaysia dalam Laporan Tahunan “Pemerdagangan Orang” Amerika Syarikat telah turun kepada tiga anak tangga dan menunjukkan miskin dalam “Indeks Hak Global: Negara Terburuk di Dunia untuk Pekerja,” di mana Malaysia berada di kedudukan yang sama dengan Laos, Kemboja , Qatar, Korea Utara, dan Zimbabwe.

Secara kesimpulan, Laporan Hak Asasi Manusia SUARAM sekali lagi mendedahkan salah laku dan keputusan penindasan kerajaan yang keras kepala dan tidak sedia untuk mentadbir mengikut standard yang dikehendaki bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, di mana kerajaan Malaysia telah memberi komitmen untuk mematuhinya.

SUARAM menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan segera dalam menterbalikkan dan menghentikan keenam-enam trend pelanggaran hak asasi manusia ini termasuk, antara lain, pembaharuan undang-undang menyeluruh terhadap semua undang-undang kuno ; menggubal undang-undang yang diperlukan untuk melindungi kebebasan bersuara dan maklumat, mempertahankan hak orang-orang pelarian dan pekerja-pekerja asing, dan untuk melarang semua bentuk penyeksaan; menandatangani dan melaksanakan semua perjanjian hak asasi manusia antarabangsa yang utama; menyediakan satu Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Nasional dan mendirikan suatu institusi bebas penting seperti IPCMC dan Suruhanjaya Kesamarataan; dan lain-lain .

SUARAM juga ingin memberikan penghargaan ikhlas kepada semua pembela hak asasi manusia yang telah berterusan dan bersungguh-sungguh dalam mempertahankan hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan.

Kami menyeru rakyat Malaysia kami, yang percaya kepada kesamarataan dan martabat manusia, yang bernilai demokrasi dan mengutamakan kebebasan asas, yang menghargai masyarakat yang berbilang agama, budaya dan bangsa, untuk berdiri terhadap semua pelanggaran hak asasi manusia dan ketidakadilan. Seperti yang ditegaskan oleh Eleanor Roosevelt; “Di manakah hak asasi manusia akan bermula? Di tempat yang kecil, berhampiran dengan rumah – begitu dekat dan begitu kecil mereka tidak dapat dicari atas peta dunia”.

 

Disediakan oleh,

Sevan Doraisamy
Pengarah Eksekutif
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)