top of page

Right To Justice

Laporkan Pelanggaran Hak Asasi Manusia

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)

Seksyen 24 Akta 839: ADUAN TERHADAP ANGGOTA PASUKAN POLIS
Apa-apa aduan terhadap pasukan polis hendaklah secara bertulis.

Kandungan aduan, sila rujuk aduan di bawah: 

https://moha.gov.my/images/maklumat_bahagian/IPCC/PANDUAN_MEMBUAT_ADUAN_KEPADA_IPCC.pdf 

Aduan boleh dihantar melalui e-mel di aduan.ipcc@moha.gov.my atau menghantar aduan ke alamat berikut:

Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)

Kementerian Dalam Negeri

Aras 7, Setia Perkasa 7, Kompleks Setia Perkasa

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 Putrajaya. 

(Tel: 03-8880 8811 / 8813)

 

Sebarang pertanyaan atau semakan status aduan boleh dikemukakan melalui talian whatsapp IPCC: 019-6783211​

​​

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

Salah satu fungsi SUHAKAM yang dinyatakan dalam Seksyen 4(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) adalah untuk menyiasat aduan mengenai pelanggaran hak asasi manusia.

Fungsi menyiasat aduan mengenai pelanggaran hak asasi manusia adalah tertakluk kepada syarat yang dikenakan seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk bertindak atas usulnya sendiri untuk menyiasat dakwaan pelanggaran hak asasi manusia, selain bertindak atas aduan yang dikemukakan kepadanya.

 

SUHAKAM, bagaimanapun, tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang belum selesai di mahkamah undang-undang atau yang akhirnya diputuskan oleh mana-mana mahkamah. Siasatan sedemikian perlu dihentikan jika perkara yang disiasat dibawa ke mahkamah.

 

Aduan boleh dihantar kepada SUHAKAM secara individu / berkumpulan melalui:

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)

11th, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Biro Pengaduan Awam

"Aduan Awam" bermaksud pernyataan orang ramai mengenai ketidakpuasan mereka terhadap tindakan, amalan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi Kerajaan atau penjawat awam yang dirasai tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan/atau peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa dan salah tadbiran.

 

Proses aduan kepada Biro Pengaduan Awam boleh dirujuk di pautan ini: https://www.pcb.gov.my/my/info-aduan/proses-membuat-aduan-dan-penyiasatan-aduan

 

Bidangkuasa Biro Pengaduan adalah seperti berikut:

Bidang Kuasa Biro Pengaduan Awam
Bidang kuasa Biro Pengaduan Awam (BPA) adalah untuk menyiasat aduan berkaitan tindakan, amalan dan penyampaian perkhidmatan oleh agensi kerajaan atau penjawat awam yang dirasakan tidak adil, tidak mematuhi undang-undang dan/atau peraturan yang sedia ada termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa dan salah tadbiran. Tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan, semua aduan terhadap pentadbiran kerajaan boleh disiasat melainkan:

 

                         a) Perkara-perkara di bawah bidang kuasa:

 

          (i) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM);
         (ii) Mahkamah (termasuk Tribunal dan Badan Timbang Tara)

        (iii) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
        (iv) Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC);
         (v) Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC);
        (vi) Jabatan Bantuan Guaman (JBG); dan
       (vii) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).

 

                        (b) Perkara-perkara berkaitan:

 

          (i) Kes aduan terhadap kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong/Raja/Yang di-Pertua Negeri
         (ii) Keputusan yang telah dibuat oleh Parlimen atau Jemaah Menteri;
        (iii) Dasar kerajaan yang telah ditetapkan;
        (iv) Isu hubungan antarabangsa;
         (v) Isu keselamatan negara dan perisikan;
        (vi) Masalah peribadi/kejiranan/keluarga;
       (vii) Aduan tier 1 terhadap pihak swasta/mana-mana entiti yang tidak berkaitan dengan peranan/fungsi mana-mana

             agensi kerajaan;
      (viii) Tuntutan berbentuk sivil antara individu/syarikat;
        (ix) Aduan integriti pegawai awam/aduan bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tatatertib dan mana-mana

             badan / jawatankuasa yang diwujudkan oleh kerajaan yang mempunyai bidang kuasa yang sama;
        (x) Aduan yang melibatkan sensitiviti kaum, agama, politik dan keselamatan negara;
       (xi) Aduan yang berniat jahat (mala fide), berbentuk ugutan dan ancaman;
      (xii) Aduan menggunakan bahasa kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan / tuduhan tanpa asas; dan
     (xiii) Aduan berulang daripada individu yang sama yang telah pun diberi maklum balas sewajarnya.

Aduan boleh dihantar melalui:

Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Aras 2 dan 3, Blok F10, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur
Presint 1, Pusat Pentadbiran, Kerajaan Persekutuan
62000 Putrajaya

Tel: 603 8000 8000

Hak Anda & Kuasa Polis 
(Your Rights & Police Power)

1.png
2.png
3.png
4.png
5.png
6.png
7.png
8.png
9.png
10.png
11.png
12.png
13.png
14.png

Download the pamphlet in other languages

ENGLISH-KENALI-HAK-ANDA-DAN-POLIS-1.png
CHINESE-KENALI-HAK-ANDA-DAN-POLIS-1.png
TAMIL-KENALI-HAK-ANDA-DAN-POLIS-1.png

IPCMC Campaign Materials

bottom of page