top of page

Search Results

Search this site

126 results found with an empty search

  • Sudah Dua Hari, Menteri dan PDRM Masih Membisu: Buka Siasatan di bawah Seksyen 302 Sekarang!

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) memandang serius kematian Noorizwan Zulkefly, 42 tahun, ketika berada dalam tahanan polis di IPD Cheras pada 1 Oktober 2026, seperti yang didedahkan oleh ahli keluarga dan Lawyers for Liberty (LFL) pada 7 Oktober lalu. Noorizwan ditahan pada 20 September 2026 dan berada dalam tahanan polis selama kira-kira 10 hari sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM). Menurut laporan media, kecederaan merangkumi bengkak pada kaki dan lutut, luka di bahagian belakang badan serta pergelangan tangan, tulang rusuk patah dan kecederaan teruk pada kepala. Lebih membimbangkan, keluarga mangsa mendakwa bahawa mereka langsung tidak dimaklumkan mengenai penangkapan Noorizwan, malah mangsa juga tidak diberikan peluang untuk menghubungi keluarganya sepanjang tempoh tahanan. Keadaan ini menimbulkan persoalan serius mengenai pematuhan prosedur penahanan serta hak tahanan untuk berhubung dengan keluarga. Meskipun kes ini telah didedahkan sejak dua hari lalu dan dua laporan polis dilakukan di IPD Cheras, pihak polis dan Menteri Dalam Negeri masih belum memberikan sebarang kenyataan atau penjelasan berkaitan kes ini. Ketiadaan penjelasan segera dan telus daripada pihak berkuasa ini hanya menambah kepada penderitaan keluarga yang terpaksa menanggung beban ketidakpastian, sekaligus membelakangkan hak keluarga untuk mendapat kebenaran tentang sebarang pelanggaran hak asasi terhadap mangsa. SUARAM menegaskan bahawa keselamatan dan nyawa setiap tahanan merupakan tanggungjawab pihak berkuasa yang menahan mereka. Kegagalan memberikan penjelasan yang telus hanya menambahkan penderitaan keluarga dan menjejaskan keyakinan awam terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang. Sehubungan itu, SUARAM menggesa: PDRM segera membuka siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi menyiasat kemungkinan berlakunya kesalahan membunuh, berdasarkan kecederaan serius yang dilaporkan pada tubuh mangsa. Menteri Dalam Negeri dan PDRM segera memberikan penjelasan terbuka mengenai keadaan kematian mangsa, termasuk sebab penahanan, rekod reman, pematuhan prosedur tahanan serta tindakan yang telah diambil. Semua bukti berkaitan, termasuk rakaman CCTV, rekod lokap dan rekod perubatan, mesti dipelihara dan diperiksa secara menyeluruh. Siasatan mesti dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam Tahanan (USJKT), dan bukan IPD yang terlibat bagi mengelakkan konflik kepentingan. Mana-mana anggota yang disyaki terlibat mesti disiasat tanpa perlindungan atau campur tangan. Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) segera campur tangan dan memantau siasatan ini bagi memastikan ia dijalankan secara telus dan adil. Dalam solidariti, Azura Nasron Pengarah Eksekutif SUARAM

  • [In Solidarity]: Wong Yan Ke's Press Statement on the Outcome of Final Appeal

    This is official statement from Wong Yan Ke, taken from his Facebook page. After six years and eight months, my legal battle has reached a deeply disappointing conclusion. The Court of Appeal dismissed our appeal, upholding my conviction under Section 504 of the Penal Code and the RM10,000 fine. I held up a placard at my graduation ceremony to protest against the racism and abuse of power of Universiti Malaya’s then Vice-Chancellor. That act of protest ultimately brought me a criminal conviction. I respect the court’s authority to adjudicate and interpret the law, but deeply regret the outcome. My disappointment is not about being punished or bearing a criminal conviction. It lies in our failure to persuade the court to fully understand the nature of protest and interpret freedom of expression more broadly. More troubling is the precedent this judgment could set for suppressing dissent, creating further obstacles for student activists, social movements and citizens exercising their right to protest. Peaceful protest can interrupt ceremonies, disrupt everyday routines and cause discomfort, displeasure or even anger—particularly among the powerful. Their displeasure, however, should never be grounds for denying the legitimacy of protest. Where power is unequal and accountability fails, such friction serves a democratic purpose. Protest is a weapon for the powerless. It brings ignored grievances into public view, mobilises public opinion and pressures those in power to confront problems, answer criticism and rectify their mistakes. My protest was not driven by a personal grudge. It challenged the Vice-Chancellor’s use of the university’s name to help organise a racist congress and endorse politicians’ agenda. Reducing such a public protest to a personal insult ignores the imbalance of power and evades the public responsibilities of those who hold office. Those who wield power must accept greater scrutiny. High office does not entitle them to dictate how they may be criticised. The government must therefore amend Section 504 of the Penal Code to explicitly protect peaceful protest and prevent its use to punish dissent and restrict civic space. Public protest is fundamental to democracy. . Throughout these proceedings, one argument kept recurring: you have freedom of speech, but must exercise it through “proper channels”; a graduation ceremony is solemn, and holding up a placard disrupts “order”. The focus is thus shifted, almost without question, from the failures of those in power to whether protesters have behaved appropriately. When society scrutinises how people protest but not why, demands restraint from citizens but no accountability from those in power, “order” becomes a shield for vested interests. “Proper channels” are meant for the elites, and have never been equally accessible to everyone. Status, resources, connections and acceptance by elite circles often determine whether a person’s voice is heard. Even after exhausting every channel, citizens are accused of not doing enough. Whether those in power have genuinely listened rarely receives the same scrutiny. These seemingly reasonable social norms entrench elite power and serve those who benefit from the system. They raise barriers to protest, dismiss its demands and deny its moral principles and legitimacy. During Abdul Rahim’s tenure as Vice-Chancellor, students and academics repeatedly sought to raise concerns, including over the Malay Dignity Congress. They wrote letters, issued statements, requested meetings, asked the Deputy Vice-Chancellor to convey their concerns, protested outside his office and even waited in the car park for a face-to-face conversation. They received no response. Only after I raised my placard at the graduation ceremony did the university issue two successive statements—and lodge a police report against me. These failures extend beyond universities. Civil society has used established channels to object to public land development in Kuala Lumpur, waste incinerators in Selangor, and the decisions to reduce Najib’s sentence and subsequently approve conditional house arrest. But when have those in power truly listened to the public and delivered accountability? All too often, “proper channels” become a façade of democracy by the ruling elites, deflecting the people’s demands rather than addressing them. Protest emerges precisely because these channels repeatedly fail. It empowers people excluded from decision-making to reclaim their voice. It challenges the legitimacy of those in power and makes their responsibilities harder to evade. We must not confuse cause and effect by blaming civic protest for social disorder. What truly undermines society is the honouring of racists while those who oppose racism are harshly punished; repeated leniency for the corrupt while protesters are convicted; and a state that strengthens those in power while continually restricting people’s rights. When these injustices become normal, public trust in the law, the state, and the promise of fairness and justice steadily erodes. . Nearly seven years have passed since I raised that placard. Malaysia has changed governments, but authoritarian legalism persists. Arrest, detention and prosecution, cloaked in legal procedure, are used to wear down civil society. Lengthy proceedings keep activists returning to court, diverting time and resources from pursuing reform and holding the government to account towards defending themselves. When the process itself becomes punishment, the chilling effect spreads. It is especially disheartening that, under Anwar’s government, civil society must still expend so much effort defending even the most basic civic space. Mandiri and Hayat have been targeted; Bersih and Borneo Komrad members have been barred from entering Sabah; and the president of Sahabat Alam Malaysia has been denied entry to Sarawak. I understand that reform takes time. But ending such repression of civil society and the targeting of dissent requires no prolonged effort or consensus. With political will, Anwar could do so today. I stand in solidarity with everyone facing repression for defending freedom and democracy. . Finally, I offer my heartfelt thanks to the lawyers who have been part of my defence team: Haijan Omar, Farida Mohd, Chan Yen Hui, Asyraaf Abu Bakar Hamzah, Chong Kar Yan, Samantha Chong, Shashi Devan, Rajsurian Pillai, Nooradila Abdul Aziz and Neil Tan. I also thank my civil society colleagues and everyone who has stood by me. Your solidarity, support and donations over the years have sustained this legal struggle and ensured that I did not bear its burden alone. Although the appeal process has ended, I will discuss with my lawyers whether there remains any scope for judicial review. I recognise that the threshold is high, but the struggle to defend freedom of expression will not end here. If fines or even imprisonment are the price of civil disobedience in the struggle against racism and authoritarianism, I am prepared to pay it. I'd rather die standing than live kneeling. In solidarity, Wong Yan Ke

  • Malaysia Terus Pertahankan Koruptor, Bila Ia Akan Berakhir?

    *Terjemahan Bahasa Inggeris ada disediakan di bawah kenyataan Bahasa Malaysia Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) ingin menyatakan kebimbangan serius keputusan pengampunan bersyarat kepada mantan Perdana Menteri Najib Razak, yang dibenarkan menjalani hukuman di bawah tahanan rumah berserta denda sebanyak RM50 juta. Ketiadaan mekanisme perundangan sedia ada di Malaysia bagi tahanan rumah untuk banduan jenayah berat atau rasuah menyebabkan kerangka kawal selia dan operasinya tidak jelas. Jika tahanan rumah ini diteruskan, kerajaan harus menjelaskan garis panduan yang mengawal penahanannya: apakah prosedur operasi standard, kawalan pergerakan, protokol pemantauan elektronik, dan sekatan lawatan yang akan dikuatkuasakan? Siapakah yang bakal menguatkuasakan syarat-syarat ini, dan berdasarkan kriteria apakah sesuatu pelanggaran syarat boleh menyebabkan individu terbabit dikembalikan ke penjara dengan serta-merta. Pelaksanaan langkah secara ad hoc ini menjadikan kes ini sebagai satu duluan (precedent) yang membimbangkan serta berisiko menjejaskan integriti proses pengampunan. Dakwaan Saifuddin bahawa cadangan untuk memperkenalkan Akta Tahanan Rumah tidak mempunyai kaitan dengan pengampunan Najib sukar diterima memandangkan pilihan masa pengumumannya yang mencurigakan. Proses penggubalan undang-undang tersebut yang dibuat secara tergesa-gesa menunjukkan keutamaan yang tidak seimbang, bila mana cadangan apa-apa pindaan, pemansuhan, atau penggubalan akta yang dibawa oleh masyarakat sivil sering berdepan dengan pelbagai kekangan dan kelewatan. Hal yang demikian turut mencerminkan tindakan segera yang bersifat selektif dalam mobilisasi politik. Kepantasan jentera parti bertindak dari kempen pengumpulan dana oleh UMNO melalui ‘Tabung Solidariti Najib Razak’ menunjukkan kelajuan operasi luar biasa apabila dalam tiga jam pertama jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 600,000 dan kini telah mencecah RM 2 juta, diraih daripada sumbangan pucuk pimpinan dan orang awam. Penyertaan awam jelas menunjukkan komuniti yang responsif terhadap mobilisasi politik. Namun, keputusan menggerakkan kuasa organisasi bagi individu yang telah disabitkan kesalahan jenayah kewangan berskala besar berbanding menggunakan sumber tersebut untuk membaik pulih kemudahan awam, memperluas bantuan kebajikan, atau membina pusat perlindungan gelandangan menyerlahkan jurang ketara dalam keutamaan institusi. Sikap dua darjat amat ketara apabila dibandingkan dengan realiti yang dihadapi oleh banduan biasa. SUARAM menerima satu kes melibatkan seorang banduan lumpuh dan terlantar di Penjara Kajang yang kini telah mengalami pelbagai komplikasi kesihatan dan terpaksa bergantung kepada rakan sepenjara untuk penjagaan harian. Begitu juga dengan kes Thanakorn Sinsanoi yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun di penjara Pokok Sena. Selepas dijangkiti penyakit tuberkulosis dalam tahanan, beliau mengalami kelumpuhan dari paras leher ke bawah dan ditempatkan di wad sakit penjara. Walaupun surat pengampunan telah dihantar dalam tempoh masa yang sama sewaktu Najib Razak dikurangkan hukuman untuk kali yang pertama, Thanakorn masih kekal di penjara. Kini, beliau bergantung kepada banduan kerja untuk penjagaan asas dan kedutaan Thailand untuk menyediakan barangan kebersihan memandangkan ia dikatakan di luar bidang kuasa penjara. Corak yang serupa turut berlaku ke atas pesalah juvana yang ditahan sebagai ‘Tahanan Limpahan Sultan’ (TLS). Walaupun Lembaga Hakim Pelawat diamanahkan untuk menyemak kes-kes ini setiap tahun dan mengesyorkan pembebasan awal sebagaimana sesuai, lawatan dan proses semakan seringkali dilakukan sekadarnya sahaja dan tidak secara menyeluruh. Meskipun pengampunan bukanlah suatu hak yang mutlak, setiap pemohon berhak mendapatkan semakan yang adil ke atas permohonan mereka di bawah perlembagaan, yang bebas daripada pengaruh politik atau bersifat selektif. Memandangkan hukuman Najib Razak telah pun dikurangkan pada tahun 2024, beliau sudah menikmati keistimewaan yang tidak mampu diperoleh oleh kebanyakkan banduan lain. Jika dilonggarkan lagi syarat-syarat ini, ia meremehkan prinsip kesaksamaan di bawah undang-undang. Ketika banduan yang sakit kritikal bergelut untuk mendapatkan rawatan atau pembebasan atas dasar kemanusiaan, seorang pesalah berprofil tinggi pula terus menerima kelonggaran institusi dengan kemewahan untuk menjalani hukuman dalam keselesaan rumah sendiri. Atas kriteria objektif manakah kes Najib Razak diberi keutamaan berbanding banduan rentan yang sudah bertahun-tahun merayu? Kerajaan tidak boleh mendakwa bersikap berkecuali atau tidak terlibat sedangkan pada masa yang sama mewujudkan mekanisme yang direka khas untuk keselesaan elit politik. Walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah menyatakan kebimbangannya kepada Lembaga Pengampunan mengenai bagaimana tahanan rumah ini boleh menjejaskan keyakinan awam, pentadbirannya tetap memudah cara pelaksanaan keputusan tersebut dengan menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak boleh dicabar. Mengalihkan tanggungjawab kepada budi bicara diraja namun tetap melaksanakan keputusan tersebut pada masa yang sama bukanlah sikap berkecuali, sebaliknya menunjukkan keterlibatan kerajaan dalam merealisasikannya. Oleh itu, SUARAM menggesa Kerajaan dan Lembaga Pengampunan untuk memberi keutamaan kepada hak asasi manusia dan kesaksamaan dengan: Merujuk semula kes-kes banduan rentan yang benar-benar memerlukan penjagaan di rumah serta sokongan keluarga. Proses dan pelaksanaan pengampunan mestilah diberikan secara objektif berdasarkan keperluan perubatan dan kemanusiaan, dan bukan berdasarkan pengaruh atau kedudukan politik. Memastikan ketelusan dan akauntabiliti dengan mendedahkan perbincangan dan kriteria yang terlibat dalam proses pengampunan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara. Menetapkan garis panduan dan prosedur operasi standard untuk tahanan rumah serta implikasi undang-undang yang jelas bagi sebarang pelanggaran syarat. Dalam solidariti, Azura Nasron Pengarah Eksekutif SUARAM ------------------------------------------------------------------------------------------------------- MALAYSIA CONTINUES DEFENDING CORRUPTORS, WHEN WILL IT END? Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) expresses grave concern over the conditional pardoning of former Prime Minister Najib Razak, allowing him to serve the remainder of his sentence under house arrest accompanied by a fine of RM50 million. The absence of an established legal framework in Malaysia for home detention in serious criminal or corruption cases leaves its regulatory and operational boundaries entirely undefined. Should this house arrest proceed without revocation, the government must clarify the exact guidelines governing his detention: what standard operating procedures, movement limitations, electronic monitoring protocols, and visitation restrictions will apply? Who will enforce these conditions and under what criteria would a breach trigger immediate return to prison? Instituting such measures on an ad-hoc basis sets a dangerous precedent that risks compromising the integrity of the clemency process. Saifuddin’s claims that the proposed House Arrest Bill is unrelated to Najib's pardoning strains credibility given the uncanny timing. The rapid process of this draft highlights just how quickly legislation can advance when prioritised, contrasting sharply with the prolonged delays civil society organisations encounter when proposing statutory amendments, repeals, or new legislation. This rapid legislative movement is mirrored by an equally selective urgency in political mobilisation. The speed in which party apparatuses can move when motivated is demonstrated by UMNO’s ‘Tabung Solidariti Najib Razak’ fundraising campaign demonstrating remarkable operational speed, raising over RM 600,000 within the first three hours, and has since surpassed RM2 million in leadership and public contributions. While public participation reflects a community responsive to political mobilisation, the choice to unleash this organisational power for an individual convicted of large-scale financial crimes instead of using those resources towards public infrastructure, expanded welfare, or shelters for the unhoused, highlights a striking contrast in institutional priorities. The double standards are even more stark when compared to the reality faced by ordinary prisoners. SUARAM received a case involving a paralysed and ailing inmate in Kajang Prison who has been retained in the prison subsequently contracting another infection, relying on fellow inmates for daily care. Similarly, the case of Thanakorn Sinsanoi who is serving a 30-year sentence in the Pokok Sena prison. After contracting tuberculosis while incarcerated, she became paralysed from the neck down and confined to the prison sick bay. Despite clemency petitions being made since Najib’s first reduction in sentencing, she remains incarcerated, depending on prison labour for basic care and the Thai embassy to provide hygiene items that fall outside the prison’s limited provisions. A similar pattern surrounds juvenile offenders who are detained as ‘Tahanan Limpahan Sultan’ (TLS). While the Board of Visiting Justices is mandated to review these cases annually and recommend early release when it deems fit, the act of review has been superficial and cursory. It is recorded that there are a number of TLS inmates languishing in prison for over 30 years with no certainty of the date of release. Although clemency is a privilege rather than an absolute right, every applicant is constitutionally entitled to a fair review of their petition that is free of political influence or selective urgency. Given that Najib Razak’s sentence had already been reduced in 2024 to six years alongside a substantially lowered fine, he had already received privileges that most prisoners could not afford. Further easing these terms undermines the principle of fair treatment under the law. While critically ill prisoners struggle to secure treatment or compassionate release, a high-profile convict continues to receive institutional concessions, with the luxury of being confined in his own luxurious home. On what objective criteria has Najib Razak’s case been prioritised over vulnerable, terminally ill inmates who have spent years appealing? Despite Prime Minister Anwar Ibrahim stating that he has raised his concerns to the Pardons Board on how the house arrest could affect public trust, his administration continues to facilitate the outcome by treating this decision as unchallegeable. Deflecting responsibility to royal discretion while operationalising still constitutes enablement, not neutrality. The government cannot claim neutrality or disinvolvement while simultaneously creating unprecedented mechanisms tailored to the convenience of the political elite. SUARAM therefore calls on the Government and the Pardons Board to prioritise human rights and equitable treatment by: Reviewing cases of critically ill and vulnerable prisoners who genuinely require home care and family support. The process and granting of clemency must be applied objectively based on medical and humanitarian necessity, rather than political influence or status. Ensuring transparency and accountability by disclosing the discussion and criteria involved in the decision-making process to restore public confidence in state institutions. Establishing standardised operational guidelines and protocols for home detention with explicit statutory consequences for any breach of conditions. In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM

  • Pihak Penjara Harus Terima Kritikan Demi Keselamatan Banduan

    SUARAM mengambil maklum penafian Jabatan Penjara Malaysia terhadap dakwaan Yasin Sulaiman berhubung kewujudan hierarki, pengaruh wang dan akses kepada dadah dalam penjara. SUARAM turut mengambil maklum bahawa Yasin kemudiannya telah menarik semula kenyataan tersebut dan menjelaskan keadaan dirinya ketika kenyataan itu dibuat. Namun, penarikan semula kenyataan tersebut tidak seharusnya menutup persoalan yang lebih besar mengenai keselamatan, integriti dan akauntabiliti dalam institusi penjara. SUARAM khususnya memandang serius kenyataan Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara Malaysia, Mohamad Rosidek Musa bahawa ramai bekas banduan telah berjaya selepas dibebaskan dan mempersoalkan mengapa masyarakat perlu memberi tumpuan kepada perkara negatif. Kejayaan bekas banduan dan program pemulihan sememangnya harus diiktiraf. Namun, pemulihan adalah tanggungjawab institusi penjara, dan memastikan keselamatan banduan juga adalah tanggungjawab institusi penjara. Kejayaan dalam satu aspek tidak boleh digunakan untuk mengetepikan kelemahan dalam aspek yang lain. Persoalannya bukan sama ada kita mahu memberi tumpuan kepada perkara “positif” atau “negatif”, tetapi sama ada setiap individu yang berada di bawah jagaan negara dilindungi daripada keganasan, penyeksaan, layanan buruk, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Begitu juga, kewujudan SOP tidak dengan sendirinya membuktikan bahawa pelaksanaan SOP tersebut dipatuhi. Siasatan Awam SUHAKAM berhubung insiden di Penjara Taiping sendiri menemukan pelbagai pelanggaran serius, termasuk penggunaan kekerasan fizikal berlebihan, layanan yang menjatuhkan maruah, kegagalan memberikan rawatan perubatan yang mencukupi serta kelemahan pengurusan dan akauntabiliti. SOP hanya bermakna sekiranya terdapat pemantauan yang mampu mengesan pelanggaran dan mekanisme akauntabiliti yang dapat mengambil tindakan apabila pelanggaran berlaku. Kerajaan Malaysia sendiri telah menyatakan komitmen untuk memastikan reformasi penjara selaras dengan United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (Nelson Mandela Rules), termasuk melalui persekitaran penjara yang kondusif, peningkatan kompetensi pegawai serta pemeriksaan berkala oleh badan dalaman dan luaran. Dalam hal ini, Peraturan 83 hingga 85 Nelson Mandela Rules memberikan kerangka yang jelas: penjara perlu menjalani pemeriksaan dalaman dan pemeriksaan luaran oleh badan yang bebas daripada pentadbiran penjara; pemeriksa perlu mempunyai akses kepada maklumat, institusi dan banduan termasuk melalui lawatan tanpa notis awal dan temu bual sulit; dan setiap pemeriksaan perlu disusuli dengan laporan serta syor penambahbaikan. Justeru, SUARAM menggesa Kerajaan dan Jabatan Penjara Malaysia untuk memastikan komitmen ini dilaksanakan secara berkesan. Pemeriksaan penjara perlu dilakukan secara berkala dan bebas, dengan akses tanpa halangan kepada banduan dan maklumat berkaitan, serta setiap dapatan pelanggaran perlu disusuli dengan siasatan dan tindakan yang telus. Dalam institusi tertutup seperti penjara, pemantauan bebas bukanlah usaha mencari “perkara negatif”. Ia adalah perlindungan yang diperlukan untuk memastikan kuasa negara tidak terlepas daripada semak dan imbang, dan keselamatan setiap individu di bawah jagaannya terjamin. Dalam solidariti, Azura Nasron Pengarah Eksekutif SUARAM

  • [Kenyataan Media Bersama]: Najib Kekal Penjara Untuk Sabitan Salah Guna Kuasa dan Pecah Amanah

    Kami, pertubuhan masyarakat sivil dan gerakan mahasiswa serta anak muda yang bertandatangan di bawah mengambil maklum perkembangan permohonan pengampunan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak. Melalui laporan media, Lembaga Pengampunan akan bersidang pada Jumaat ini (11 September 2026) dan antara agenda perbincangan adalah berkenaan kebenaran untuk Najib menghabiskan baki hukuman beliau sebagai tahanan rumah. Untuk rekod, hukuman beliau telah mendapat lega hukum daripada penjara 12 tahun kepada enam tahun, dan denda RM210 juta kepada RM50 juta. Kami menegaskan bahawa Najib Razak perlu menghabiskan baki hukuman beliau di dalam penjara, dan bukan sebagai tahanan rumah. Beliau telah pun mendapat lega hukum daripada Lembaga Pengampunan pada Februari 2024 dan dijangka bebas pada bulan Ogos 2028 sekiranya beliau dapat membayar denda RM50 juta. Kami juga ingin mempersoalkan mengapakah kes Najib Razak perlu diberikan keutamaan untuk dipertimbangkan sedangkan hari ini masih ramai mereka yang dipenjara khususnya dari kalangan rakyat yang masih menunggu peluang untuk mendapatkan ruang pengampunan? Malah, Najib Razak masih lagi mempunyai beberapa kes yang sedang berjalan seperti penyalahgunaan kedudukan dan pengubahan wang haram dalam kes 1MDB yang berjumlah RM2.3 billion. Walaupun beliau telah disabitkan bersalah di peringkat Mahkamah Tinggi dengan hukuman penjara 15 tahun dan denda sekitar RM13 billion, namun kini beliau telah mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut. Kes pengubahan wang haram kedua SRC International (SRC2) serta kes IPIC juga masih boleh didakwa semula walaupun beliau telah mendapat pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) pada 2025. Sekiranya beliau diberikan pengampunan atau lega hukum untuk menjalankan baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah, apakah yang akan terjadi sekiranya beliau disabitkan kekal bersalah untuk kes 1MDB, atau jika Peguam Negara memutuskan untuk membawa semula kes SRC2 atau kes IPIC? Pengampunan beliau akan menyekat proses pendakwaan dan tidak praktikal memandangkan masih ada kes-kes beliau yang sedang berjalan. Sabitan kes SRC International jelas menunjukkan ada puluhan juta wang rakyat telah dicuri dan dirompak. Isyarat daripada rakyat jelas pada 2018 yang mahukan perasuah dan koruptor disiasat dan dihukum seadilnya. Ratusan ribu rakyat yang turun ke jalan menuntut keadilan dan kebertanggungjawaban skandal 1MDB tidak layak untuk dikhianati. Malah, petisyen yang dilancarkan oleh BERSIH pada Ogos 2022 yang memohon Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk tidak mengampunkan Najib Razak telah disokong oleh 157,000 rakyat Malaysia. Negara juga masih menanggung hutang sebanyak RM20.1 billion seperti jawapan menteri di dalam Parlimen. Negara juga menyaksikan dua lagi mantan Perdana Menteri sedang berhadapan dakwaan iaitu Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri yang turut melibatkan dana awam. Sekiranya mereka disabitkan bersalah, adakah mereka juga akan mendapat pengampunan atau lega hukum sama seperti Najib Razak? Kerajaan perlu mempertimbangkan kesan ketara yang akan berbangkit kepada kedaulatan undang-undang di Malaysia sekiranya seorang perasuah yang telah disabitkan seperti Najib Razak dilepaskan daripada tatacara keadilan yang biasa. Negara tidak boleh memberi isyarat bahawa pemimpin politik seperti mantan Perdana Menteri - yang mempunyai kuasa yang luas - apabila melakukan kesalahan dan disabitkan bersalah boleh mengambil jalan pintas untuk bebas dari hukuman, seolah-olah ada undang-undang dua darjat untuk elit politik dan rakyat biasa. Pengampunan atau tahanan di rumah untuk Najib akan menjadi cabaran total terhadap nilai moral masyarakat Malaysia, di mana kuasa dan wang tentukan benar dan salah, hukuman boleh dilenyapkan kerana lindungan kuasa tertinggi, dan penguatkuasaan undang-undang hanya untuk orang kebanyakan. Di hujungnya, rakyat terutamanya generasi muda akan menanggung kesan dan beban rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah. Wang dan dana yang sepatutnya memberi manfaat kepada semua peringkat rakyat hanya dinikmati oleh segelintir elit politik tanpa ada kesan langsung kepada rakyat. Skandal 1MDB dan SRC International adalah contoh jelas salah guna kuasa dan pecah amanah yang mengakibatkan ketirisan untuk memastikan negara dapat menyediakan perkhidmatan dan pembangunan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Dikeluarkan bersama oleh: 47 organisasi masyarakat sivil (CSO) dan 5 individu

  • New Torture and Death in Custody Cases Reflect Critical Prison System: Proposed Section 63A Must Be Withdrawn

    SUARAM is deeply alarmed by two recent cases of torture and death in custody we received involving Temiang Prison and Simpang Renggam Prison. These two new cases come closely on the heels of the tragic incidents at Taiping Prison, proving that the state of our penal system remains critical, characterised by a severe lack of structural change, failing oversight mechanisms, and a culture of impunity. Case 1 - Death in Custody at Temiang Prison Last month, a 69-year-old prisoner at Temiang Prison passed away while serving a two-month sentence, just a week before his scheduled release on 29 June. On 22 June, his family was contacted by prison officials stating that their father was critically ill and had to be brought to the hospital. Ten minutes after the initial contact, they were informed that he had passed away. This sudden loss came as a shock, since the victim had no underlying health conditions. To make matters worse, the family members were barred from viewing the body on the same day, with prison authorities claiming that it had already been sealed. Case 2 - Torture in Custody at Simpang Renggam Prison We also received a call from a family member who informed us that their brother in Simpang Renggam Prison had been tortured on 4 June 2026, where he sustained grievous injuries to the sole of his foot from being caned with a pipe by a prison warden. Despite a police report being made and the prison department taking notice of this case, no safety measures have been put in place. The victim has yet to be transferred to another prison and remains trapped in the same facility as the officer who abused him. This crisis comes at a deeply concerning time as discussions take place regarding the introduction of a new Section 63A into the Prisons Act 1995. This amendment would grant prison officers immunity from legal action over alleged abuses if they acted in "good faith" and had "reasonable belief" that their actions were necessary. Introducing these amendments would be a severely regressive step that effectively shields the prison system from public accountability. Legislation must prioritise transparency, not protect institutional failures. SUARAM calls for: the Attorney General’s Chambers to order immediate and transparent inquests into the cause of death at Temiang Prison, as mandated under Sections 334 and 339 of the Criminal Procedure Code. the prison authorities and the Ministry of Home Affairs to immediately provide the families with full medical reports, post-mortem findings, and a clear explanation of the timeline leading to the death. immediate action to be taken against any prison personnel found to be negligent or complicit in the maltreatment of prisoners pending a full criminal investigation, which includes the transfer of implicated officers to another facility during the investigation period. the Parliamentary Select Committee to withdraw the proposed Section 63A from the Prison (Amendment) Bill 2026. How many more lives must be lost before this broken system is finally fixed? In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM

  • Following Findings Of Abuse At Taiping Prison, Parliament Should Not Expand Legal Protection For Prison Officers

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Today, on the International Day in Support of Victims of Torture, Parliament is considering the introduction of a new Section 63A into the Prisons Act 1995, which would grant statutory protection from legal proceedings to prison officers and other persons acting under the direction of the Commissioner General for acts undertaken in "good faith" and with a "reasonable belief" that they were necessary. SUARAM is deeply concerned that this amendment comes just one month after SUHAKAM's Public Inquiry into Taiping Prison concluded that serious human rights violations had occurred. Among the Inquiry's findings were excessive physical violence by prison officers, abuse of batons and pepper spray, degrading treatment of detainees, negligence by senior prison management, failures to provide adequate medical treatment, falsification of medical records, failures by the Royal Malaysia Police (PDRM) to investigate violence committed by prison officers, and delays by the Attorney General's Chambers in reviewing investigation papers and initiating prosecutions. In response, SUHAKAM recommended disciplinary action against prison officers, independent investigations, improvements to prison oversight and healthcare, measures to address overcrowding, and Malaysia's accession to the Convention Against Torture (UNCAT). Against this backdrop, the proposed Section 63A raises serious concerns. Rather than responding to the findings of the Taiping Prison Public Inquiry by strengthening oversight and ensuring effective remedies for victims, Parliament is being asked to consider a provision that grants statutory protection from legal proceedings to prison officers. These are broad legal concepts that may be relied upon precisely in situations involving the use of force and prison security—the very circumstances examined by the Inquiry. The proposed amendment also risks blanket immunity that cannot be overcome. This will constitute a major obstacle for victims in their pursuit of justice and weaken public confidence and accountability within Malaysia's prison system. Malaysia has repeatedly expressed its commitment to institutional reform. These commitments require effective investigations, access to justice, and meaningful remedies for victims—not broader statutory protections that risk shielding state actors from scrutiny. SUARAM therefore calls on Members of Parliament to: Withdraw the proposed Section 63A from the Prisons (Amendment) Bill 2026. Prioritise the implementation of the recommendations arising from SUHAKAM's Taiping Prison Public Inquiry, including disciplinary action, independent investigations, and structural reforms to address overcrowding and prison conditions. Expedite Malaysia's accession to UNCAT and introduce comprehensive anti-torture legislation to strengthen protections and oversight across all places of detention. The true measure of prison reform is not how well it protects institutions from scrutiny, but how effectively it protects the dignity, rights and lives of those deprived of their liberty and ensures accountability for abuses committed by state officials. In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Hari ini, 26 Jun merupakan Hari Antarabangsa untuk Menyokong Mangsa Penyeksaan. Dua hari lalu, Parlimen sedang mempertimbang untuk mengusulkan pindaan baru - seksyen 63A dalam Akta Penjara 1995 yang bertujuan untuk memberikan perlindungan statutori daripada apa-apa tindakan guaman, kepada mana-mana pegawai penjara, atau mana-mana orang bagi di bawah perintah arahan atau suruhan Komisioner Jeneral yang mana ia dilakukan dengan “suci hati” dan dengan “mempercayai munasabahnya”. SUARAM memandang serius pindaan yang muncul ini selepas sebulan daripada keputusan Inkuiri Awam SUHAKAM Penjara Taiping bahawa pelanggaran hak asasi manusia yang serius telah berlaku. Antara dapatan Inkuiri adalah penggunaan kekerasan fizikal yang melampau oleh pegawai penjara, salah guna baton dan penyembur lada, layanan menjatuhkan maruah tahanan, kecuaian pengurusan atasan penjara, kegagalan menyediakan rawatan perubatan yang cukup, pemalsuan laporan perubatan, kegagalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat keganasan yang dilakukan pegawai-pegawai penjara, dan penangguhan Jabatan Peguam negara dalam mengkaji semula siasatan dan memulakan pendakwaan. Sebagai respon, SUHAKAM mengesyorkan tindakan disiplin terhadap pegawai-pegawai penjara, siasatan bebas, penambahbaikan pemantauan penjara dan perlindungan kesihatan, langkah-langkah menangani kesesakan penjara dan Malaysia untuk tanda tangan Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT). Cadangan seksyen 63A menimbulkan kebimbangan yang serius. Parlimen kini diminta mempertimbangkan satu peruntukan yang memberikan perlindungan berkanun daripada prosiding undang-undang kepada penjara, daripada bertindak terhadap hasil dapatan Inkuiri Awam SUHAKAM terhadap Penjara Taiping dengan memperkukuh mekanisme pemantauan serta memastikan remedi yang berkesan kepada mangsa. Peruntukan ini melibatkan konsep undang-undang yang luas dan berpotensi digunakan dalam keadaan yang melibatkan penggunaan kekerasan serta aspek keselamatan penjara, iaitu keadaan yang menjadi fokus utama Inkuiri Awam tersebut. Pindaan yang dicadangkan ini juga berisiko mewujudkan kekebalan menyeluruh yang tidak dapat dicabar. Hal ini akan menjadi halangan utama kepada mangsa untuk mendapatkan keadilan serta melemahkan keyakinan awam terhadap prinsip akauntabiliti dalam sistem penjara di Malaysia. Kerajaan berulang kali menyatakan komitmen reformasi institusi. Komitmen ini menuntut agar siasatan yang berkesan dijalankan, akses kepada keadilan dipastikan, dan remedi yang bermakna diberikan kepada mangsa—bukannya memperluaskan perlindungan berkanun yang berisiko melindungi tindakan pihak berkuasa daripada penelitian dan tanggungjawab. Sehubungan itu, SUARAM menggesa Ahli-ahli Parlimen untuk: Menarik balik cadangan Seksyen 63A daripada Rang Undang-Undang Penjara (Pindaan) 2026. Mengutamakan pelaksanaan syor-syor yang dikemukakan hasil Inkuiri Awam SUHAKAM mengenai Penjara Taiping, termasuk tindakan tatatertib, siasatan bebas, serta reformasi struktur bagi menangani masalah kesesakan dan keadaan penjara. Mempercepatkan penyertaan Malaysia ke dalam UNCAT serta memperkenalkan undang-undang anti-penyeksaan yang komprehensif bagi memperkukuh perlindungan, pemantauan dan akauntabiliti di semua tempat tahanan. Ukuran sebenar reformasi penjara bukanlah sejauh mana institusi dilindungi daripada penelitian, tetapi sejauh mana maruah, hak dan nyawa individu yang dilucutkan kebebasan mereka dilindungi, serta sejauh mana akauntabiliti ditegakkan terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai negara. Dalam solidariti, Azura Nasron Pengarah Eksekutif SUARAM

  • Dissent Is Not A Crime!

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) condemns the arrest and detention of three activists - Hamdin Nordin, Ahsanul Akmal, and Muhammad Fakrurazzi - for their exercise of freedom of expression during the speech by Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Azam Baki at the World Trade Centre today. The activists, who were registered attendees of the forum, exercised their right to dissent in a manner that was entirely non-disruptive. By all accounts, Azam Baki was able to continue his address unperturbed, showing that the silent holding of placards posed no threat to the proceedings or public safety. Under international human rights standards, an act of expression remains protected even if it annoys or gives offence to its target. The arrest and detention of these activists for investigations into alleged insulting behaviour (Section 14 of the Minor Offences Act 1955), intentional insult meant to provoke a breach of peace (Section 504 of the Penal Code), and criminal trespass (Section 447 of the Penal Code) is thus a flagrant violation of the principles of necessity and proportionality, serving no legitimate purpose other than to insulate a public official from scrutiny. By weaponising law enforcement to silence dissent rather than engage with it, Azam Baki has ironically demonstrated the exact lack of "firm and uncompromising leadership" that he preaches in his keynote address, and more importantly, a leadership that demands integrity from the ecosystem while remaining shielded from the same standard. SUARAM demands the immediate and unconditional release of Hamdin Nordin, Ahsanul Akmal, and Muhammad Fakrurazzi. We further call for the immediate cessation of all investigations against these activists. The focus of our enforcement agencies should remain squarely on the unresolved allegations against Azam Baki and the MACC, rather than the criminalisation of citizens who have the courage to demand for the practice of the very integrity that he preaches. In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM

  • Stop Arresting Children Under SOSMA

    *The Malay translation of this statement is available below, following the English version. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is alarmed by the arrest of at least six children under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 in February 2026.  SUARAM was informed that a formal complaint was lodged with the Office of the Children’s Commissioner by the ADUN for Pengkalan Kundor, Kedah, on the case of a 17-year-old boy who was arrested under SOSMA at his home on 15 February 2026 for the alleged possession of prohibited security-related materials. The child was taken to Bukit Aman on the same day and has been detained there since. According to his family, the adolescent is a quiet, homebound student, with no history of behavioural issues at home or at school. Correspondence with the family revealed that another 17-year-old boy was arrested in Langkawi on the same day for similar alleged offences under similar circumstances. Preliminary information provided to the families by the police suggests that at least four other children were also arrested on the same day, bringing the total number of children currently detained under SOSMA to at least six. As of today, the boys from Alor Setar and Langkawi have been held in Bukit Aman under SOSMA for 16 days. For the boy arrested at Alor Setar, the only contact with his family permitted since his arrest was a brief, monitored phone call last week. The call was conducted without any privacy; during the conversation, the parents reported hearing a clear sense of fear in their son’s voice. No further information is available regarding the identities, arrest and detention locations, or current wellbeing of the remaining four children. When such a blatant disregard of child rights —both under domestic law and international standards —was already brought to light in January 2026 in the detention of a 16-year-old girl, it is deeply reprehensible that Bukit Aman and the Ministry of Home Affairs have chosen to repeat this violation on an even larger scale. This recurring defiance makes a mockery of the government’s claims to balance national security with human rights, particularly in light of Home Minister Saifuddin Nasution Ismail’s commitment to table SOSMA amendments in the upcoming June/July 2026 parliamentary sitting. SUARAM maintains, in the strongest and most unequivocal terms, that the Royal Malaysia Police are bound by law to strictly comply with Sections 83 and 84 of the Child Act 2001 for any arrest or detention involving minors. The draconian provisions of SOSMA cannot be used to supersede these statutory protections. The state must recognise that children allegedly involved in security-related offences are primarily victims of exploitation who require specialised rehabilitation and social welfare intervention, rather than high-security incarceration. By resorting to SOSMA, the authorities contravene Article 37(b) of the Convention on the Rights of the Child (CRC), which mandates that the detention of a minor be a measure of last resort. Arbitrarily detaining impressionable youths for 16 days undermine national security by prioritising punitive ‘quick fixes’—which treat fundamental fair trial rights as negotiable whenever a ‘security’ label is invoked—over a holistic institutional response to the root causes of their vulnerability. SUARAM demands: The immediate release of the six children from SOSMA detention, If the authorities intend to proceed with investigations, the children must be immediately transferred to the care of their parents or, where strictly necessary, a designated 'Place of Detention' under the Child Act 2001, such as a Social Welfare Department (JKM) facility. Immediate and private access by the detained children to their legal counsel and families, without the presence of police surveillance, to ensure their overall well-being and right to a fair trial are protected. An unequivocal commitment from the Ministry of Home Affairs to ensure that no child is to be arrested or detained under SOSMA, with a directive for strict compliance with the Child Act 2001.  In solidarity, Azura Nasron (Executive Director at SUARAM) Note: After the complaint was lodged, the ADUN for Pengkalan Kundor also released a video  on social media on the case. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- SUARAM: HENTIKAN PENAHANAN KANAK-KANAK DI BAWAH SOSMA Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) bimbang dengan penahanan sekurang-kurangnya enam orang kanak-kanak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada Februari 2026. SUARAM telah dimaklumkan bahawa satu aduan rasmi telah dikemukakan kepada Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak oleh ADUN Pengkalan Kundor, Kedah, berhubung kes seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditangkap di bawah SOSMA di rumahnya pada 15 Februari 2026 atas dakwaan memiliki bahan berkaitan keselamatan yang dilarang. Remaja ini telah dibawa ke Bukit Aman pada hari yang sama dan ditahan di sana. Menurut keluarganya, remaja tersebut merupakan seorang pelajar yang pendiam dan banyak meluangkan masa di rumah, tanpa sebarang rekod masalah tingkah laku di rumah mahupun di sekolah. Hasil perhubungan dengan pihak keluarga mendapati bahawa seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditangkap di Langkawi pada hari yang sama atas dakwaan kesalahan dan dalam keadaan yang serupa. Maklumat awal yang diberikan oleh pihak polis kepada keluarga yang terlibat menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya empat lagi kanak-kanak turut ditangkap pada hari tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak yang kini ditahan di bawah SOSMA adalah enam orang.  Setakat ini, kedua-dua remaja lelaki dari Alor Setar dan Langkawi telah ditahan di Bukit Aman selama 16 hari. Sejak penahanan remaja lelaki yang ditangkap di Alor Setar, beliau hanya dibenarkan menghubungi keluarganya melalui satu panggilan telefon singkat yang dipantau oleh pihak polis pada minggu lepas. Panggilan tersebut dilakukan tanpa sebarang privasi; dimana dalam perbualan itu, ibu bapanya melaporkan mendengar nada ketakutan yang jelas dalam suara anak mereka. Tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai identiti, lokasi tangkapan dan penahanan, atau keadaan empat lagi kanak-kanak yang selebihnya. Apabila pengabaian hak kanak-kanak yang terang-terangan — baik di bawah undang-undang negara mahupun piawaian antarabangsa — seperti mana yang didedahkan pada Januari 2026 lalu tentang penahanan seorang gadis berusia 16 tahun, adalah amat dikesali bahawa Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri tetap memilih untuk mengulangi pelanggaran ini pada skala yang lebih besar. Melihat kepada komitmen Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution yang akan membentangkan pindaan SOSMA dalam sidang parlimen Jun/Julai akan datang, tindakan berulang (penangkapan kanak-kanak di bawah SOSMA) ini mempersendakan dakwaan kerajaan untuk mengimbangi keselamatan negara dengan hak asasi manusia.  SUARAM menegaskan, dengan setegas-tegasnya, bahawa Polis Diraja Malaysia terikat dengan undang-undang dimana wajib mematuhi sepenuhnya Seksyen 83 dan 84 Akta Kanak-Kanak 2001 bagi sebarang tangkapan atau penahanan yang melibatkan kanak-kanak. Peruntukan SOSMA yang drakonian tidak boleh digantikan dengan perlindungan berkanun ini. Kerajaan mesti mengenal pasti kanak-kanak yang didakwa terlibat dalam kesalahan berkaitan keselamatan adalah mangsa eksploitasi yang memerlukan pemulihan khusus dan intervensi kebajikan sosial, bukannya pemenjaraan keselamatan maksimum.  Pihak berkuasa telah melanggar Artikel 37(b) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), yang mewajibkan penahanan kanak-kanak hanya sebagai langkah terakhir. Menahan belia yang mudah terpengaruh secara sewenang-wenangnya selama 16 hari menjejaskan keselamatan negara dengan mengutamakan 'penyelesaian segera' yang bersifat menghukum — menganggap hak asasi perbicaraan adil sebagai boleh dirundingkan apabila label 'keselamatan' digunakan—berbanding tindak balas institusi holistik terhadap punca utama kelemahan mereka. SUARAM menuntut bahawa: Enam kanak-kanak tersebut dibebaskan secara segera daripada tahanan SOSMA. Sekiranya pihak berkuasa berhasrat untuk meneruskan dengan siasatan, kanak-kanak tersebut mestilah dipindahkan segera ke bawah jagaan ibu bapa mereka atau, jika keperluan mendesak di bawa ke 'Tempat Tahanan' yang ditetapkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, seperti fasiliti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Enam kanak-kanak tersebut juga diberikan akses segera kepada peguam dan keluarga mereka, tanpa kehadiran pemantauan daripada pihak polis. Ini adalah untuk memastikan keadaan mereka secara menyeluruh dan hak kepada perbicaraan yang adil terperlihara. Kementerian Dalam Negeri memberikan komitmen yang tegas untuk memastikan tiada kanak-kanak yang akan ditangkap atau ditahan di bawah SOSMA, dengan arahan untuk pematuhan ketat Akta Kanak-kanak 2001.  Dalam solidariti, Azura Nasron (Pengarah Eksekutif SUARAM) Nota: Selepas aduan tersebut dibuat kepada SUHAKAM, ADUN Pengkalan Kundor turut memuat naik sebuah video  di media sosial mengenai kes tersebut.

  • Memorandum Bantah Kekerasan dan Penyalahgunaan Kuasa Polis

    11 Februari 2026 Disediakan untuk: Ketua Polis Negara Disediakan oleh: Sekretariat Himpun PENDAHULUAN Memorandum ini dikemukakan susulan siri insiden kepolisan yang menimbulkan kebimbangan serius terhadap perlindungan hak asasi manusia, prinsip keadilan, serta tahap akauntabiliti dan profesionalisme pasukan keselamatan di Malaysia. Insiden-insiden ini tidak boleh dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya memperlihatkan pola kegagalan yang berulang dan bersifat sistemik. ISU-ISU BERBANGKIT Berikut adalah beberapa isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, antaranya: ISU-ISU BERBANGKIT Berikut adalah beberapa isu-isu yang berlaku kebelakangan ini, antaranya: Penyalahgunaan Undang-Undang Keselamatan terhadap Kanak-Kanak Penggunaan SOSMA pada 14 Januari 2026 terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun di Jitra, yang ditahan hampir sepuluh hari, jelas bercanggah dengan prinsip perlindungan kanak-kanak seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2017. Kes ini mencerminkan kegagalan serius pihak berkuasa membezakan antara prosedur siasatan dewasa dan kewajipan perlindungan khas terhadap kanak-kanak, serta kecenderungan menggunakan undang-undang paling keras tanpa pertimbangan munasabah. Penggunaan Kuasa Maut dan Kegagalan Penilaian Awal SOP Dalam kes tembakan di Durian Tunggal, keputusan Jabatan Peguam Negara untuk mengklasifikasikan semula kes sebagai bunuh menimbulkan persoalan besar terhadap penilaian awal polis berkaitan penggunaan senjata maut. Naratif awal yang dikeluarkan polis berisiko mengalihkan perhatian awam daripada persoalan teras—sama ada penggunaan kuasa tersebut perlu, berkadar dan mematuhi SOP.  Kes ini selari dengan insiden lain, termasuk tindakan menampar seorang penunggang motosikal di Johor Bahru semasa operasi, yang kemudiannya dijustifikasikan sebagai “tindakan spontan”. Justifikasi sedemikian memperlihatkan budaya kepolisan yang menormalisasi penggunaan kekerasan dan kegagalan mematuhi disiplin secara profesional. Kelewatan Keadilan dan Ketidakpatuhan Keputusan Mahkamah Dalam kes kematian Soosaimanicckam a/l Joseph pada Mei 2019 semasa Latihan Pegawai Kadet Graduan TLDM, walaupun laporan polis dan memorandum telah dikemukakan kepada Ketua Polis Negara dan Pejabat Peguam Negara, siasatan hanya dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan hampir tujuh tahun kemudian. Lebih membimbangkan, sejak September 2025 sehingga kini, keluarga masih tidak menerima sebarang perkembangan walaupun wujud keputusan mahkamah yang jelas. Kelewatan ini mencerminkan kegagalan institusi dalam memastikan keadilan yang tepat pada masanya dan berkesan. Pendekatan Represif terhadap Perhimpunan Aman Walaupun kerajaan telah menyatakan komitmen untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012, pendekatan di lapangan masih memperlakukan perhimpunan sebagai ancaman keselamatan. Insiden semasa penyerahan memorandum “Reform Akta Dadah” di Parlimen pada 22 Januari lalu, di mana anggota keselamatan bertindak secara beremosi dan cuba mencetuskan provokasi, serta tindakan Polis Bantuan Universiti Malaya menarik poster peserta dalam perhimpunan “Tolak Hukuman Tatatertib”, menunjukkan kegagalan memahami perhimpunan aman sebagai hak perlembagaan, bukan risiko keselamatan. Kegagalan Serius dalam Operasi Serbuan dan Perlindungan Hak Individu Serbuan polis pada 28 November 2025 terhadap sebuah pusat kesihatan memperlihatkan kegagalan serius dalam perancangan, pelaksanaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP). Walaupun lebih 200 individu ditahan dalam operasi bersama polis, pihak berkuasa tempatan dan jabatan agama, tindakan tersebut dilakukan tanpa asas bukti yang mencukupi, sehingga majistret memutuskan bahawa pihak polis gagal memenuhi sebarang elemen kesalahan jenayah dan mengarahkan semua tahanan dibebaskan kerana telah ditahan melebihi 24 jam. Lebih membimbangkan, operasi ini dijalankan dengan kehadiran media, menyebabkan pendedahan identiti individu yang ditahan dan pelanggaran jelas terhadap hak privasi serta prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya. Terdapat juga aduan berhubung kekerasan lisan, penghinaan dan shaming semasa serbuan dan dalam tahanan, serta soalan-soalan yang tidak wajar dan menceroboh privasi ketika pengambilan kenyataan, khususnya berkaitan orientasi dan amalan seksual. Amalan ini mencerminkan pendekatan siasatan berasaskan stigma, bukannya undang-undang dan profesionalisme. Kenyataan Awam Polis yang Tidak Konsisten dan Menghakimi Dalam beberapa kes, kenyataan awam polis bersifat defensif, tidak konsisten dan cenderung membentuk persepsi awam sebelum siasatan selesai. Sama ada melalui penekanan latar belakang mangsa, justifikasi kekerasan sebagai tindakan spontan, atau pelabelan prematur seperti “pusat songsang” tanpa bukti, pendekatan komunikasi ini bukan sahaja menjejaskan hak mangsa dan keluarga, malah melemahkan integriti polis sebagai institusi penguat kuasa yang sepatutnya neutral dan bertanggungjawab. Kematian dalam Tahanan dan Kegagalan Ketelusan Peningkatan kematian dalam tahanan—22 kes secara keseluruhan dan 12 daripadanya di lokap polis—menimbulkan kebimbangan serius terhadap kewajipan penjagaan (duty of care)  oleh negara. Kenyataan ringkas Menteri Dalam Negeri yang mengaitkan kematian tahun 2025 dengan “faktor kesihatan” gagal memberikan penjelasan bermakna mengenai punca sebenar kematian, sekaligus menutup ruang penelitian awam terhadap kemungkinan kecuaian, pelanggaran SOP, atau layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan. Kegagalan Menjamin Akses Keadilan kepada OKU Kes serangan terhadap Ong Ing Keong, seorang individu pekak, menunjukkan kegagalan serius pihak polis dan pendakwaan dalam memastikan akses keadilan kepada Orang Kurang Upaya (OKU). Walaupun pendakwaan akhirnya dibuat, proses siasatan gagal untuk,memberi makluman penuh dan penglibatan undang-undang yang menyeluruh kepada mangsa. Lebih membimbangkan, mangsa ditekan untuk menutup kes tanpa kehadiran peguam, jurubahasa bahasa isyarat, atau akses kepada telefon bimbit, yang merupakan alat komunikasi utama bagi individu pekak. Kes ini jelas mencerminkan kegagalan sistemik yang memerlukan pembaharuan segera agar akses keadilan untuk OKU tidak terus dinafikan. ⁠Melindungi Wanita sebagai Mangsa Keganasan Rumah Tangga Akses kepada keadilan bagi wanita dalam kes keganasan rumah tangga masih berhadapan dengan pelbagai cabaran yang memerlukan perhatian serius. Terdapat keadaan di mana mangsa wanita tidak menerima bantuan yang sewajarnya ketika membuat laporan polis, sekali gus memberi kesan terhadap tahap kepercayaan orang awam terhadap institusi penguatkuasaan undang-undang. Sehubungan itu, adalah penting agar pendekatan penguatkuasaan sentiasa berteraskan perlindungan hak dan keselamatan mangsa. Penekanan yang berlebihan terhadap aspek pentadbiran seperti pematuhan kod pakaian berpotensi mengalihkan fokus daripada tanggungjawab utama penguat kuasa, dan secara tidak langsung boleh menjejaskan akses mangsa kepada keadilan serta perlindungan yang segera dan berkesan. Komuniti Orang Asli Masih Terus Berdepan Diskriminasi Sistemik Komuniti Orang Asli masih berdepan dengan diskriminasi yang berterusan, khususnya dalam mempertahankan tanah adat. Penahanan 21 orang penduduk Orang Asli di Kampung Jemeri, Rompin pada 9 Februari bukanlah isu terpencil. Pada 23 Disember 2025 lalu, penduduk Orang Asli di Kampung Tanam juga turut ditahan hanya kerana mempertahankan kawasan yang menjadi sumber kehidupan komuniti. Kebanyakan kampung Orang Asli menghadapi ancaman pencerobohan oleh pelbagai pihak, termasuk pemaju dan syarikat komersial. Apabila komuniti membantah atau cuba mempertahankan hak mereka, tindakan undang-undang pula dikenakan kepada mereka. Banyak kes Orang Asli sering tidak mendapat perlindungan sewajarnya daripada pihak berkuasa. Dalam banyak keadaan, laporan polis yang dibuat oleh mereka tidak diberikan perhatian serius, manakal ancaman dan gangguan terhadap komuniti terus berlaku tanpa tindakan efektif. Situasi ini mencerminkan kegagalan sistem untuk melindungi hak mereka serta wujudnya layanan tidak adil yang berterusan terhadap komuniti ini. Kesemua isu di atas memperlihatkan persamaan yang jelas, iaitu: Ketidakjelasan dan ketidakpatuhan terhadap SOP; Budaya penggunaan kuasa dan normalisasi kekerasan; Ketiadaan akauntabiliti dan ketelusan yang bermakna; Pengendalian komunikasi awam yang bermasalah dan menghakimi; Kesan emosi, psikologi dan sosial yang mendalam terhadap mangsa, keluarga dan komuniti. Pola ini menegaskan bahawa pembaharuan bersifat kosmetik tidak lagi mencukupi. Reformasi kepolisan yang menyeluruh, berasaskan hak asasi manusia, ketelusan dan akauntabiliti awam, perlu dilaksanakan dengan segera dan tanpa kompromi. TUNTUTAN Kami selaku organisasi masyarakat sivil, dan juga pihak-pihak yang mengambil berat terhadap isu integriti kepolisan di Malaysia ini ingin menuntut: Pembetulan SOP dan Pengendalian Kes Berprofil Tinggi Kami menuntut agar PDRM segera menyemak, memperjelas dan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan tangkapan, siasatan, serbuan, penggunaan kekerasan dan penggunaan senjata api, selaras dengan prinsip keperluan, kesepadanan dan akauntabiliti.  Kes berprofil tinggi, kes melibatkan kematian, kecederaan serius atau institusi keselamatan lain tidak wajar dikendalikan di peringkat negeri atau oleh pegawai rendah, sebaliknya mesti dinaikkan dan disiasat di peringkat Bukit Aman. Kes kematian pegawai kadet TLDM J Soosaimanicckam, yang telah diputuskan sebagai homisid oleh Mahkamah Tinggi Ipoh tetapi masih tanpa perkembangan jelas, menunjukkan keperluan mendesak untuk peringkat Bukit Aman mengambil kes ini. Ketelusan Awam dan Tanggungjawab kepada Parlimen serta Mangsa Kami menuntut agar PDRM menunaikan tanggungjawab institusinya terhadap orang awam dan Parlimen melalui pelaporan yang berkala, tepat dan telus mengenai penggunaan kuasa, kematian dalam tahanan, serbuan dan tindakan disiplin dalaman. Pada masa yang sama, PDRM mesti menjamin hak mangsa dan keluarga untuk menerima maklumat dan kemas kini siasatan secara bermakna, akses kepada rawatan perubatan bebas serta sokongan psikososial, dan menghentikan amalan kenyataan awam yang bersifat prejudis atau menghakimi sebelum siasatan selesai. Disokong oleh:  Justice for Sisters  Centre for Independent Journalism  MANDIRI Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Liga Rakyat Demokratik Federasi Pemuda Kebangsaan Liga Mahasiswa Malaysia Gerakan Perempuan Melawan SPARC Ruang Lawan Parti Sosialis Malaysia Suara Siswa Universiti Malaya HAYAT Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH New Generation Universiti Malaya Demokrat Malaya Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) Bangsa Mahasiswa UKM SIS Forum (Malaysia) Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) Universiti of Malaya Association of New Youth (UMANY) Neo-Siswa Universiti malaya CRIB Foundation (Child Rights Innovation & Betterment) SIUMAN Collective People Like Us Hang Out (PLUHO) Women’s Aid Organisation (WAO)

  • No More Bureaucratic Excuses; Table SOSMA Amendments by July Sitting

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) acknowledges Home Minister Saifuddin Nasution’s reasserted commitment to tabling amendments to the Security Offences (Special Measures) Act 2012 (SOSMA) in the upcoming July/August parliamentary sitting. The current pace of reform is, however, concerningly protracted. ‘Policy approval’ to begin the amendment process was close to six months behind schedule, with Saifuddin making the commitment in July last year. Moreover, with the delayed submission of the policy paper to Cabinet, it is concerning that Saifuddin did not engage with the SOSMA recommendations by the Parliamentary Special Select Committee on Human Rights, Election and Institutional Reform that were already available in November last year. By bypassing a report that also accounted the perspectives of the National Human Rights Commission of Malaysia and civil society, Saifuddin has ensured that the Cabinet’s 'policy approval' was based on an incomplete, security-biased narrative. Saifuddin’s justifications for the nine-day detention of the 16-year-old girl under SOSMA, on the other hand, remain indefensible. “Complexity” is an operational challenge for the police that does not justify the override of domestic safeguards under Section 83 of the Child Act 2001, and broadly Malaysia’s international obligations under Article 37(b) of the Convention on the Rights of the Child (CRC). The protection of minors unequivocally prevails over other laws—even more so when the minor is a witness—as provisions under the Child Act are more than sufficient for obtaining statements while ensuring the child’s welfare. The detention of this minor is a direct symptom of the "arrest first, investigate later" mentality facilitated by the 28-day pre-charge detention period without judicial oversight under Section 4(5) of SOSMA. Without restoring judicial oversight at the remand stage for security offences, the incentive for inadequate police investigations and dragnet arrests—which result in the arbitrary and prolonged deprivation of liberty for individuals, including the innocent and those held on mere association—will persist. For minors, this systemic flaw risks repeating egregious violations by the state of its own statutory protections.     SUARAM demands: Meaningful inclusion of CSOs, the families of SOSMA detainees and SUHAKAM in the upcoming engagement sessions for the amendment matrix to ensure that the fundamental right to fair trial is prioritised; Strict adherence to the July/August timeline to table the SOSMA amendments, and; Substantive amendments to SOSMA that restore judicial oversight, by repealing or amending Section 4(5), while ensuring that revisions to Sections 13 and 30 responsively address issues of prolonged detention and corresponding socioeconomic harm inflicted on detainees and their families.   In solidarity, Azura Nasron (Executive Director at SUARAM)

  • CLOSE THE TRANSPARENCY AND ACCOUNTABILITY GAPS IN DEATHS IN CUSTODY

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is concerned by the 2025 death-in-custody (DIC) statistics disclosed by the Home Minister, Saifuddin Nasution, in Parliament yesterday. The spike in police custodial deaths in 2025 is alarming when compared to government figures from 2022 and 2023, which recorded 13 and 22 cases respectively. While deaths in prison custody saw a marginal decrease of three cases compared to 2023, the significant increase in deaths in police custody underscores a systemic inefficiency in the Home Ministry’s (KDN) role in ensuring police accountability. The KDN’s inefficiency is telling in the Independent Police Conduct Commission’s (IPCC) current role in investigations on deaths in police custody. While Section 26 of the IPCC Act 2023 mandates the referral of all custodial deaths to the Commission, Saifuddin’s statement—that cases are referred only "if involving misconduct issues"—indicates that KDN continues to treat PDRM as the sole arbiter of when independent oversight is warranted. This approach effectively bypasses the statutory requirement for automatic notification and relegates the IPCC to a passive role, merely receiving filtered updates from the police’s own Criminal Investigation Unit on Deaths in Custody (USJKT). By the time the IPCC is engaged, the opportunity for a truly independent investigation is likely to already be fundamentally compromised. Such a regressive interpretation prevents the Commission from effectively exercising its already limited powers of investigation and recommendation-giving, as it remains systematically sidelined from cases that PDRM has prematurely classified as non-misconduct. The persistent culture of secrecy surrounding custodial management continues to impede meaningful progress in eradicating DIC. The lack of open data forces a reliance on Parliamentary Question Time for extraction of basic DIC statistics, which is an inefficient use of legislative resources that should instead be focused on constructive policy reform. This data-sharing deficit is further exacerbated by the varying degrees of disclosure across different enforcement agencies, with the Immigration Department (JIM) remaining particularly opaque. Furthermore, Saifuddin’s brief attribution of 2025 deaths in police and prison custody to "health factors" provides no clarity on the manner of death, obscuring public scrutiny of cases that involve potential state negligence in the duty of care to detainees—including poor detention conditions, violations of operational SOPs, or instances of torture and ill-treatment.  SUARAM also notes the lack of information by KDN regarding the effectiveness of preventive measures implemented thus far. Mentions of initiatives undertaken in general have remained the status quo, with no distinction made between longstanding policies and actual new interventions. This lack of specificity is evident in yesterday’s parliamentary response that also conflated the Royal Malaysia Police (PDRM) and the Prison Department’s (JPM) efforts—a stark regression from Saifuddin’s reply to Written Question No. 277 in 2024, which provided a granular breakdown across PDRM, JPM, and JIM. Some preventive steps are repetitions of existing protocols. For example, while the current response highlights 'early health screenings' and 'integrity training' as key measures, these were already listed as ongoing initiatives undertaken by PDRM and JPM in the response to Written Question No. 277. This obfuscation of data prevents any meaningful evaluation, including via public scrutiny, of whether current expenditures and SOPs are actually mitigating the risk of custodial deaths.  On this note, SUARAM demands thus renews its call for systematic reform in how the state addresses and prevents deaths in custody, encompassing: Full Transparency through Open Data: The Home Ministry must commit to the public release of comprehensive, disaggregated data on all deaths in custody. This must include a breakdown by enforcement agencies (PDRM, JPM, JIM etc) and a clear disclosure of the manner of death—not just the clinical cause—to ensure accountability for potential negligence or SOP violations. Immediate Revision of IPCC Referral Protocols: The Home Ministry must ensure the automatic and immediate referral of all custodial deaths to the Independent Police Conduct Commission (IPCC), as mandated by Section 26 of the IPCC Act.  Disclosure of IPCC Investigative Performance and Capacity Audit: The IPCC must publicly disclose the total number of investigations it has undertaken into DIC cases since its establishment in July 2023. Concurrently, the Home Ministry must conduct and publish a transparent audit of the IPCC’s current resources to determine whether the Commission possesses the adequate investigative capacity required to swiftly, independently and effectively investigate deaths in police custody, alongside a clear plan to enhance these powers if found lacking. Swift Disclosure and Implementation of Recommendations by the Enforcement Agency Integrity Commission’s (EAIC) Committee on Custodial Deaths: SUARAM notes the draft Cabinet Memorandum submitted by EAIC to the Prime Minister’s Department in December 2025. We demand that the government provide a clear timeline for the review and public disclosure of these 13 preventive measures. Crucially, the Ministry must engage with CSOs working on DICs and detainees’ rights and wellbeing to deliberate on these recommendations prior to their finalisation, followed by the publication of a strict, time-bound roadmap for their implementation across all enforcement agencies. In solidarity, Azura Nasron Executive Director of SUARAM --------------------------------------------------------------------------------------------------------------- TUTUP JURANG KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI BAGI KES KEMATIAN DALAM TAHANAN Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) khuatir dengan statistik kematian dalam tahanan bagi tahun 2025 yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, di Parlimen semalam. Peningkatan mendadak kematian dalam tahanan polis pada tahun lalu amat membimbangkan berbanding dengan rekod angka rasmi pada tahun 2022 (13 kes) dan 2023 (22 kes). Walaupun kematian dalam tahanan penjara menunjukkan kadar penurunan sebanyak tiga kes berbanding tahun 2023, peningkatan ketara kematian dalam tahanan polis memperlihatkan kelemahan sistemik peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memastikan akauntabiliti polis. Ketidakcekapan KDN ini dilihat ketara dalam peranan semasa Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bagi siasatan kematian dalam tahanan polis. Walaupun Seksyen 26 Akta IPCC 2023 mewajibkan semua kes berkenaan dirujuk kepada Suruhanjaya, kenyataan Saifuddin bahawa kes hanya dirujuk “jika melibatkan isu tatakelakuan” menunjukkan bahawa KDN terus menanggap PDRM sebagai pemutus tunggal yang menentukan bila pengawasan bebas diperlukan. Pendekatan ini memintas keperluan dalam peruntukan tersebut yang memberi notifikasi automatik kepada IPCC, malahan meletakkan institusi itu sekadar pihak pasif yang menerima maklumat terpilih daripada Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) – dipantau oleh polis sendiri. Berkemungkinan besar, pada saat IPCC dilibatkan, peluang untuk menjalankan siasatan yang benar-benar bebas telah pun terjejas. Kemerosotan tafsiran ini menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan fungsi siasatan dan pemberian syor secara berkesan memandangkan IPCC terus diketepikan secara sistematik daripada kes-kes yang telah diklasifikasikan awal oleh PDRM sebagai tidak melibatkan salah laku. Budaya kerahsiaan yang berterusan dalam pengurusan tahanan terus menghalang kemajuan bermakna dalam usaha membanteras kematian dalam tahanan. Ketiadaan data terbuka memaksa kebergantungan kepada Sesi Soal Jawab Parlimen untuk mendapatkan statistik asas berkaitan kematian dalam tahanan yang merupakan penggunaan sumber perundangan secara tidak berkesan, sedangkan ia sepatutnya tertumpu kepada reformasi dasar yang konstruktif. Kekurangan perkongsian data ini diburukkan lagi oleh tahap pendedahan maklumat yang tidak seragam antara agensi penguatkuasa, dimana Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kekal tidak telus. Tambahan pula, kenyataan ringkas Saifuddin yang mengaitkan kematian dalam tahanan polis dan penjara pada tahun 2025 dengan “faktor kesihatan” langsung tidak memberi penjelasan mengenai cara kematian berlaku. Ini menghalang penelitian awam terhadap kes-kes yang mungkin melibatkan kecuaian pihak berkuasa dalam kewajipan menjaga tahanan – termasuk keadaan tempat tahanan yang tidak terurus, pelanggaran SOP operasi atau insiden penyeksaan dan layanan buruk. SUARAM turut mengambil maklum tentang ketiadaan maklumat daripada KDN berhubung keberkesanan langkah-langkah pencegahan yang telah dilaksanakan setakat ini. Kenyataan bahawa inisiatif yang dilakukan secara umum kekal bersifat status quo tanpa perbezaan diantara dasar-dasar terdahulu dengan intervensi baru yang sebenar. Kekurangan ketelusan ini jelas kelihatan dalam jawapan Parlimen semalam yang turut mencampuradukkan usaha PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) – suatu kemunduran ketara berbanding jawapan Saifuddin dalam Soalan Bertulis No.277 pada tahun 2024, yang memberikan perincian mengikut agensi iaitu, PDRM, JPM dan JIM. Beberapa langkah pencegahan yang disebut hanyalah pengulangan protokol sedia ada. Sebagai contoh, walaupun jawapan terkini menekankan ‘saringan kesihatan awal’ dan ‘latihan integriti’ sebagai langkah utama, perkara ini telah pun disenaraikan sebagai inisiatif berterusan oleh PDRM dan JPM dalam jawapan kepada Soalan Bertulis No. 277 sebelum ini. Kekaburan data ini menghalang sebarang penilaian bermakna, serta penelitian awam, sama ada perbelanjaan terkini dan SOP semasa benar-benar berkesan dalam mengurangkan risiko kematian dalam tahanan. Sehubungan itu, SUARAM memperbaharui tuntutannya agar reformasi menyeluruh dilaksanakan dalam cara negara menangani dan mencegah kematian dalam tahanan, yang merangkumi perkara berikut: Ketelusan penuh melalui data terbuka: KDN harus komited untuk menerbitkan data komprehensif dan terperinci mengenai semua kematian dalam tahanan kepada umum. Data ini mesti merangkumi pecahan mengikut agensi penguatkuasa seperti PDRM, JPM, JIM dan lain-lain, serta pendedahan jelas mengenai cara kematian berlaku bagi memastikan akauntabiliti terhadap sebarang bentuk kecuaian atau pelanggaran SOP, bukan sekadar sebab klinikal. Semakan segera protokol rujukan IPCC: KDN perlu memastikan rujukan automatik dan segera memberi semua kes kematian dalam tahan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC), selaras dengan mandat Seksyen 26 Akta IPCC. Pendedahan prestasi siasatan IPCC dan audit kapasiti: IPCC harus mendedahkan secara terbuka jumlah keseluruhan siasatan yang telah dijalankan terhadap kes-kes kematian dalam tahanan sejak penubuhannya pada Julai 2023. Pada masa yang sama, KDN perlu menjalankan dan menerbitkan audit telus mengenai sumber dan kapasiti semasa IPCC bagi menentukan sama ada Suruhanjaya mempunyai keupayaan siasatan yang mencukupi untuk menyiasat kematian dalam tahanan polis secara pantas, bebas dan berkesan serta mengemukan pelan jelas untuk memperkukuh kuasa tersebut jika didapati tidak mencukupi. Pendedahan segera dan pelaksanaan syor Jawatankuasa Kematian Dalam Tahanan EAIC: SUARAM mengambil maklum Memorandum Kabinet yang telah dikemukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) kepada Jabatan Perdana Menteri pada Disember 2025. Kami menuntut agar kerajaan memberikan garis masa yang jelas bagi semakan dan pendedahan awam terhadap 13 langkah pencegahan yang dicadangkan. Lebih penting lagi, Kementerian mesti melibatkan organisasi masyarakat sivil (CSO) yang bekerja dalam isu kematian dalam tahanan serta hak dan kebaijkan tahanan untuk membincangkan syor-syor tersebut sebelum dimuktamadkan, diikuti dengan penerbitan pelan tindakan pelaksanaan yang ketat dan terikat masa merentasi semua agensi penguatkuasa.   Dalam solidariti, Azura Nasron Pengarah Eksekutif SUARAM

bottom of page