top of page

SUARAM: INVESTIGATE ALLEGED ACTION AGAINST UITM DENGKIL STUDENTS WHO SPOKE OUT ON KKK PARADE

  • SUARAM
  • Apr 18
  • 2 min read

*The Malay translation of this statement is available below, following the English version.


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is concerned by allegations that a few Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil students were barred from leaving campus after calling out their peers who paraded in Ku Klux Klan (KKK) costumes.


Universities must be spaces where students are encouraged to question and challenge, especially on issues as sensitive as discrimination and historical injustice. If students are punished for doing exactly that, it not only betrays academic freedom but also stifles the very “critical thinking and civic awareness” that the university intends to instil. Such actions risk creating a chilling effect — signalling to students that speaking out against problematic acts or dominant narratives may come at the cost of personal liberty and safety.


The university must also clarify whether it is investigating the threatening messages allegedly received by these students from their peers. Institutions must protect, not punish, students who engage in peaceful dissent — especially when that dissent contributes meaningfully to public discourse on human rights.


SUARAM calls on the Ministry of Higher Education to swiftly conduct a transparent investigation into the allegations of punitive action against the students who spoke out. We also urge the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) to independently look into the alleged incident for any violations of students’ rights to freedom of expression, academic freedom and freedom of movement.


In Solidarity,

Sevan Doraisamy

Executive Director of SUARAM


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SUARAM: SIASAT TINDAKAN TERHADAP PELAJAR UITM DENGKIL YANG BERSUARA MENGENAI PERARAKAN KKK


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) memandang serius dakwaan bahawa beberapa pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil telah dihalang daripada meninggalkan kampus selepas menegur rakan-rakan mereka yang berarak dengan memakai kostum Ku Klux Klan (KKK).


Universiti seharusnya menjadi ruang yang menggalakkan pelajar untuk bertanya dan berbahas, terutamanya dalam isu-isu sensitif seperti diskriminasi dan ketidakadilan silam. Namun, jika pelajar dihukum kerana melakukan perkara tersebut, ia bukan sahaja mencabuli kebebasan akademik, malah menyekat usaha untuk memupuk “pemikiran kritikal dan kesedaran sivik” yang menjadi matlamat pendidikan tinggi. Tindakan sebegini berisiko mencetus kesan yang menggerunkan — ini sepertinya memberi isyarat kepada pelajar bahawa bersuara menentang tindakan bermasalah atau naratif dominan boleh menyebabkan kebebasan dan keselamatan peribadi terancam.


Pihak universiti juga perlu menjelaskan sama ada siasatan sedang dijalankan berhubung mesej berunsur ugutan yang didakwa diterima oleh pelajar-pelajar tersebut daripada rakan mereka. Institusi seharusnya melindungi, bukan menghukum atau mengintimidasi, pelajar yang terlibat dalam bentuk bantahan secara aman — khususnya apabila bantahan itu menyumbang secara bermakna kepada wacana umum mengenai hak asasi manusia.


SUARAM menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk segera menjalankan siasatan yang telus terhadap dakwaan tindakan bersifat menghukum ke atas pelajar-pelajar yang bersuara. Kami turut menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menyiasat secara bebas insiden yang didakwa berlaku bagi mengenal pasti sebarang pencabulan terhadap hak pelajar untuk bersuara, kebebasan akademik dan kebebasan bergerak.


Dalam solidariti,

Sevan Doraisamy

Pengarah Eksekutif

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)


 
 
 

Comentários


  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Instagram
About Us
Privacy Policy
bottom of page