top of page

DBKL Must Align By-Laws with PAA and Moratorium on Section 11

  • SUARAM
  • May 16
  • 4 min read

Updated: Jul 2

*The Malay translation of this statement is available below, following the English version.


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is deeply concerned by Kuala Lumpur City Hall’s (DBKL) statement that all public activities at Dataran Merdeka require a “permit” from the mayor and “approval” from the police—citing by-law 8 of the 1992 Dataran Merdeka By-Laws and Section 63 of the Local Government Act 1976 (LGA). These claims raise serious legal and constitutional concerns, particularly in light of the moratorium on Section 11 of the Peaceful Assembly Act (PAA) and the guaranteed right to peaceful assembly under Article 10 of the Federal Constitution.


DBKL’s authority to manage Dataran Merdeka—derived from Section 63 of the LGA and exercised through by-laws—is not absolute and must be exercised within the limits of higher laws. Under Article 75 of the Federal Constitution, any state or local law that conflicts with federal legislation is void to the extent of the inconsistency. The PAA, as federal law, governs public assemblies and only requires organisers to notify the police, not to obtain “prior approval”. Any DBKL regulation requiring “prior approval” must therefore be interpreted in harmony with the PAA: while DBKL may impose reasonable conditions as caretaker of the space, it cannot prohibit an assembly solely because it lacks a “permit”. With the Prime Minister’s announcement of a moratorium on Section 11 of the PAA in February 2025—which suspended the requirement for consent from the “owner or occupier of the place of assembly”— DBKL has no legal basis to reintroduce such a requirement through by-laws or the Local Government Act. Attempts to do so risk undermining the primacy of federal law and violating the constitutional right to peaceful assembly.


Furthermore, framing civic activities through the language of ‘approval’ reflects a regressive approach that contradicts the post-2012 shift towards facilitation under the PAA. This narrative risks normalising bureaucratic barriers that restrict the exercise of the constitutional right to peaceful assembly in practice and civic participation in general. Local authorities must act as facilitators of civic engagement, not gatekeepers against it.


SUARAM urges DBKL and all local councils to bring their by-laws and enforcement practices in line with the moratorium on Section 11 and the facilitative framework of the PAA. We also call on the federal government to initiate a comprehensive review of federal and local laws that contradict the spirit and letter of the Peaceful Assembly Act—including Sections 141 to 143 and 145 of the Penal Code, as well as overlapping restrictions under the Protected Areas and Protected Places Act (PAPPA). Amendments to both the PAA and PAPPA should be especially considered to ensure that the right to organise and participate in a peaceful assembly is not denied for assemblies held near government buildings and ministries.


In solidarity,

Sevan Doraisamy


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SUARAM: DBKL PERLU SELARASKAN UNDANG-UNDANG KECIL (UUK) DENGAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN (APA) DAN MORATORIUM SEKSYEN 11


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengambil berat kenyataan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa aktiviti-aktiviti di Dataran Merdeka memerlukan ‘permit’ daripada Datuk Bandar dan kebenaran pihak polis seperti yang dinyatakan dalam UUK Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (WPKL) 1992 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tuntutan ini membangkitkan kebimbangan serius dari sudut perundangan dan perlembagaan, terutamanya moratorium pada seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman dan hak untuk berhimpun yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 


Bidang kuasa DBKL untuk mengendalikan Dataran Merdeka seperti yang ditetapkan dalam seksyen 63 AKT dan pelaksanaan melalui UUK bukanlah mutlak dan perlu dilaksana berdasarkan had undang-undang tertinggi. Di bawah Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, mana-mana undang-undang negeri dan tempatan yang bercanggah dengan perundangan persekutuan adalah tidak sah malahan tidak konsisten. APA sebagai undang-undang persekutuan, mentadbir perhimpunan aman dan hanya memerlukan pengajur untuk memaklumkan pihak polis, bukan untuk mendapatkan ‘pengesahan awal’. Sebarang peraturan DBKL memerlukan ‘pengesahan awal’ perlu ditafsirkan secara harmoni dengan APA sementara itu DBKL boleh mengenakan syarat munasabah sebagai penjaga ruang berkenaan dan ia tidak boleh melarang perhimpunan semata-mata hanya kerana tidak mempunyai ‘permit’. Pada Februari 2025 lalu, Perdana Menteri mengumumkan moratorium kepada seksyen 11 APA - penggantungan keperluan untuk mendapatkan kebenaran daripada ‘pemilik premis bagi kawasan perhimpunan’ - DBKL tidak mempunyai asas undang-undang untuk memperkenalkan semula syarat melalui undang-undang kecil atau Akta Kerajaan Tempatan. Percubaan untuk berbuat demikian berisiko menjejaskan keutamaan undang-undang persekutuan dan melanggar hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman.


Selain itu, merangka aktiviti-aktiviti sivik dengan bahasa seperti ‘kebenaran’ mencerminkan pendekatan regresif yang bercanggah dengan perubahan pasca 2012 ke arah fasilitasi di bawah APA. Naratif sebegini berisiko menormalisasikan halangan birokratik yang menghalang pelaksanaan hak untuk berhimpun seperti yang wujud dalam perlembagaan sama ada dalam bentuk amalan dan penglibatan sivik secara am. Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak sebagai fasilitator untuk penglibatan sivik dan bukan penghalang. 


SUARAM mendesak DBKL dan semua majlis perbandaran untuk melihat undang-undang kecil dan amalan penguatkuasaan selari dengan moratorium di bawah seksyen 11 dan membentuk rangka kerja berkaitan dengan fasilitasi berdasarkan APA. Kami juga menyeru kerajaan persekutuan untuk memulakan semakan komprehensif bagi undang-undang persekutuan dan tempatan yang bercanggah dengan semangat serta peruntukan dalam APA—termasuk Seksyen 141 hingga 143 dan 145 Kanun Keseksaan, serta sekatan bertindih di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (PAPPA). Pindaan APA dan PAPPA ini. Pindaan kepada kedua-dua PAA dan PAPPA perlu dipertimbangkan terutamanya untuk memastikan hak untuk menganjurkan dan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman tidak dinafikan untuk perhimpunan yang diadakan berhampiran bangunan kerajaan dan kementerian.



Dalam solidariti,

Sevan Doraisamy

 
 
 

Comentarios


  • Facebook
  • Twitter
  • YouTube
  • Instagram
About Us
Privacy Policy
bottom of page