Effective Assembly Facilitation Doesn't Require Section 9(5)
- Azura Nasron

- Jul 17
- 3 min read
*The Malay translation of this statement is available below, following the English version.
Home Minister Saifuddin Nasution’s remarks on 16 July that the Federal Court decision to strike down Section 9(5) of the Peaceful Assembly Act (PAA) weakens police capacity to manage assemblies are concerning. The constitutional right to assemble cannot - and should not - be made contingent on police convenience.
Saifuddin’s claim that police must now “mobilise all available police resources just to prepare for unknown scenarios” for assemblies misconstrues the Court’s decision and overstates the operational impact. Spontaneous or urgent assemblies are part and parcel of democratic life. Police forces are expected to plan adaptively, respond proportionately, and rely on discretion and intelligence—not blanket deployments. The absence of criminal penalties for non-notification does not eliminate the possibility of prior notice altogether. Suggesting otherwise implies a false choice between facilitation and chaos, and undermines public confidence in the police’s ability to facilitate assemblies efficiently while upholding constitutional freedoms.
The track record of Section 9(5) further undermines its necessity. Between 2020 and 2024, only four were charged under Section 9(5) out of 636 investigated—highlighting its limited prosecutorial value and waste of enforcement resources. Section 9(1) has also been repeatedly invoked to investigate organisers even when notice is properly given—particularly for assemblies addressing corruption or human rights violations. This pattern of selective enforcement fosters a climate of fear that deters legitimate expression and diverts police efforts away from their core duty to facilitate - not restrict - peaceful assemblies.
Saifuddin’s statement that organisers are still required to obtain permission from venue owners contradicts Prime Minister Anwar Ibrahim’s announcement in February 2025 that a moratorium on Section 11 investigations was in effect — a discrepancy SUARAM had already flagged in our 2 July statement. The government must urgently clarify its position on the enforcement of Section 11, as continued ambiguity risks misleading organisers and deterring legitimate assemblies.
We urge the government to engage civil society in transparent consultations—not only on the content of the upcoming PAA amendments, but also on improving police facilitation practices in line with constitutional obligations and operational realities. This is an opportunity to build institutional capacity for enabling peaceful expression, while reducing reliance on punitive measures.
In solidarity,
Azura Nasron
Executive Director of SUARAM

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PENGURUSAN HIMPUNAN YANG BERKESAN TIDAK MEMERLUKAN SEKSYEN 9(5)
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution pada 16 Julai bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) melemahkan keupayaan polis untuk menguruskan perhimpunan adalah membimbangkan. Hak perlembagaan untuk berhimpun tidak boleh — dan tidak sepatutnya — bergantung kepada kesenangan pihak polis.
Dakwaan Saifuddin bahawa pihak polis kini perlu “menggerakkan semua sumber polis yang ada semata-mata untuk bersedia menghadapi senario yang tidak diketahui” mencerminkan salah faham terhadap keputusan Mahkamah dan melebih-lebihkan kesannya dari segi operasi. Perhimpunan yang spontan atau mendesak merupakan sebahagian daripada kehidupan demokrasi. Pasukan polis seharusnya bersedia merancang secara adaptif, bertindak secara berkadar dan bergantung kepada budi bicara serta risikan — bukan dengan pengerahan besar-besaran secara melulu. Ketiadaan hukuman jenayah atas kegagalan memberikan notis tidak bermakna notis awal tidak akan diberikan langsung. Malah, ini sebaliknya memberi gambaran palsu seolah-olah satu-satunya pilihan adalah antara fasilitasi dan kekacauan, serta menjejaskan keyakinan awam terhadap kemampuan polis untuk memudahkan perhimpunan secara cekap sambil mempertahankan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan.
Rekod pelaksanaan Seksyen 9(5) juga menimbulkan persoalan terhadap keperluannya. Sejak dari tahun 2020 hingga 2024, hanya empat individu didakwa di bawah Seksyen 9(5) daripada 636 kes yang disiasat — menunjukkan nilai pendakwaannya rendah dan pembaziran sumber penguatkuasaan. Seksyen 9(1) juga sering digunakan untuk menyiasat penganjur meskipun notis telah diberikan dengan sewajarnya — terutama bagi perhimpunan yang membangkitkan isu rasuah atau pelanggaran hak asasi manusia. Corak penguatkuasaan secara terpilih ini mewujudkan rasa takut yang menghalang ekspresi sah dan mengalih fokus tugas polis daripada peranan utama mereka iaitu untuk memudah cara — bukan menyekat sesuatu perhimpunan aman.
Kenyataan Saifuddin bahawa penganjur masih perlu mendapatkan kebenaran daripada pemilik premis juga bercanggah dengan pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Februari 2025 mengenai pelaksanaan moratorium terhadap siasatan di bawah Seksyen 11 — satu percanggahan yang telahpun dibangkitkan SUARAM dalam kenyataan bertarikh 2 Julai. Kerajaan mesti segera menjelaskan pendiriannya berhubung penguatkuasaan Seksyen 11 memandangkan kekeliruan yang berterusan hanya akan mengelirukan penganjur dan menghalang perhimpunan yang sah.
Kami menggesa kerajaan untuk melibatkan masyarakat sivil dalam perundingan yang telus — bukan sahaja mengenai kandungan pindaan APA yang akan datang, tetapi juga dalam usaha memperbaiki amalan pemudahan polis selaras dengan tanggungjawab perlembagaan dan realiti operasi. Ini adalah peluang untuk memperkukuh keupayaan institusi dalam menyuburkan ekspresi secara aman, sambil mengurangkan kebergantungan terhadap langkah-langkah berbentuk hukuman.
Dalam solidariti,
Azura Nasron
Pengarah Eksekutif SUARAM








Comments