top of page

Memorandum: Tuntutan Membuka Kertas Siasatan Homisid

  • SUARAM
  • May 13, 2025
  • 5 min read

Bagi Mendiang Kadet Soosaimanicckam A/L Joseph kepada Peguam Negara Malaysia


Berikut adalah kandungan memorandum yang telah diserahkan kepada pegawai Peguam Negara berhubung kegagalan pihak polis untuk membuka siasatan homisid (pembunuhan) atas kematian kadet pelatih Soosaimanicckam a/l Joseph.


Hari ini (13 Mei 2025), keluarga mendiang J Soosaimanicckam bersama-sama dengan pihak SUARAM dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan memorandum meminta Peguam Negara mengarahkan kertas siasatan dibuka semula berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh (29 Julai 2024) bahawa kematian mendiang disebabkan homisid (pembunuhan).
Hari ini (13 Mei 2025), keluarga mendiang J Soosaimanicckam bersama-sama dengan pihak SUARAM dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menyerahkan memorandum meminta Peguam Negara mengarahkan kertas siasatan dibuka semula berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh (29 Julai 2024) bahawa kematian mendiang disebabkan homisid (pembunuhan).

Pada 19.05.2018, Soosaimanicckam a/l Joseph, telah meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Lumut sewaktu menjalani Latihan Pegawai Kadet Graduan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (“Latihan PKG TLDM”) di KD Sultan Idris 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut Perak.


Mendiang, ketika itu berumur 27 tahun meninggal dunia hanya selepas seminggu menjalani Latihan PKG TLDM. Berdasarkan pemeriksaan kesihatan yang diambil oleh mendiang sebagai pra-syarat kepada Latihan PKG TLDM ada melaporkan bahawa mendiang tidak mempunyai apa-apa penyakit dan disahkan sihat.


Pada 29.07.2024 Mahkamah Tinggi Ipoh di dalam Rayuan Jenayah No.: AA-42(ORS)-5- 07/2023 telah memutuskan bahawa kematian mendiang adalah disebabkan homisid (homicide). Mahkamah juga memutuskan bahawa pembunuhan ini adalah akibat tindakan langsung pegawai-pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia.


Lanjutan itu, pihak keluarga mendiang Soosaimanicckam telah pun membuat laporan polis di IPD Petaling Jaya pada 01.08.2024 (No. Repot: Pusat/005687/24) menuntut suatu siasatan pembunuhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.


Di samping itu, pihak keluarga juga telah memberi satu memorandum kepada Ketua Polis Negara di Bukit Aman pada 08.08.2024 untuk menggesa kertas siasatan dibuka berikutan keputusan mahkamah tersebut.


Namun, sehingga kini, pihak keluarga mendiang tidak dihubungi oleh pihak polis dan tidak dimaklumkan sama ada siasatan sedang dijalankan atas kematian mendiang Soosamanicckam selaras dengan laporan tersebut dan keputusan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.


Oleh yang demikian, kami menuntut seperti berikut:


  1. Suatu siasatan BARU di bawah seksyen 302 dan/atau 304 Kanun Keseksaan dibuka dan dikendalikan oleh pasukan dari Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.

  2. Suatu pasukan siasatan yang bebas dilantik oleh pihak Jabatan Negara untuk menjalankan siasatan tersebut.

  3. Bahawa siasatan yang dijalankan harus memberi pertimbangan sewajarnya kepada keputusan homisid yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 29.07.2024.

  4. Komunikasi dua hala kepada pihak keluarga mendiang berkenaan perkembangan siasatan bagi memastikan ketelusan siasatan.

  5. IPD Manjung perlu memberi penjelasan berkenaan kegagalan untuk membuat siasatan yang telus dan menyeluruh bagi kematian Soosaimanicckam pada tahun 2018.

 

Kami mahu satu keadilan untuk kematian beliau, Kadet Pelatih mendiang J Soosaimanicckam yang menjadi mangsa bunuh dan pihak Peguam Negara adalah langkah terakhir kami menuntut keadilan ini melalui sistem ini.


Kronologi Kes:


Berikut merupakan kronologi kejadian yang berlaku berdasarkan keterangan dan temubual yang diambil daripada saksi-saksi: 


*Penama adalah J Soosaimanicckam

TARIKH

BUTIRAN KEJADIAN

17 Oktober 2017

Iklan pengambilan calon (Pegawai Kadet Graduan) PKG bagi tahun 2018.

31 Disember 2017

Iklan pengambilan kerja PKG tahun 2018 bagi saluran khas. Tujuan pengambilan khas adalah untuk meningkatkan 10% kuota bukan Melayu dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

1 Februari 2018

Penama telah membuat pemeriksaan X-ray di bahagian dada dan ujian darah di Klinik Kesihatan Bukit Kuda, Klang.

 

Laporan X-ray menyatakan bahawa paru-paru Penama berada dalam keadaan normal. Ia telah disahkan oleh Dr Evelyn Tan Huat, Pegawai Perubatan yang bertuhas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

3 Februari 2018

Pada 3 dan 4 Februari, Penama telah dipanggil untuk temu duga di Wisma KL Transit. Pada hari pertama bagi Fasa 1, semua dokumen Penama telah disemak. Saringan perubatan penuh juga telah dibuat.

 

Saringan ini merangkumi pemeriksaan badan, X-ray, ujian darah, ujian air kencing, dan pemeriksaan gigi. Hasil keputusan saringan tidak mempunyai sebarang masalah untuk Penama maju ke fasa seterusnya.

 

Setelah selesai, semua calon yang hadir ke temuduga termasuk Penama telah diberikan tempat penginapan. Pengagihan penginapan bagi sesesorang calon hanya dibuat sekiranya calon tersebut melepasi kesemua saringan di Fasa 1. Calon yang tidak berjaya melepasi salah satu saringan di Fasa 1, tidak akan meneruskan proses saringan dan diminta pulang.

 

Penama berjaya melepasi kesemua saringan di Fasa 1 dan berjaya ke Fasa 2. Di Fasa 2, ujian profiling dan dokumentasi BAT v3 36 telah dibuat.

4 Februari 2018

Pada hari kedua di Fasa 3, ujian larian 3.2KM telah dilajalankan dan Penama berjaya.

 

Seterusnya, raptai Lembaga awal telah dijalankan. Lembaga awal serta sesi pemilihan pelatih juga telah diadakan.

12 Mei 2018

Penama melaporkan diri sebagai PKG di KD Sultan Idris 1, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut Perak. Taklimat telah diberikan kepada semua PKG dan ahli keluarga mereka.

 

Pada 12 dan 13 Mei, CTK bertanggungjawab tehadap semua PKG termasuk Penama. CTK telah menguruskan proses dokumentasi kepada semua PKG yang melaporkan diri dan mengadakan raptai untuk majilis angkat sumpah yang akan dilaksanakn pada 14 Mei 2018. Kesemua aktiviti telah tamat lebih kurang jam 2.00 pagi (lewat malam).

13 Mei 2018

Pada pukul 6.00 pagi, Penama telah menghantar satu mesej melalui WhatsApp kepada abang sulungnya, iaitu Charles untuk membelikan palam telinga (earplug) kerana Penama tidak dapat tidur akibat bunyi bising dari bilik sebelah.

 

Penama juga memaklumkan bahawa semua PKG terpaksa tidur pada jam 4.00 pagi dan hanya diberikan 1 jam sahaja untuk tidur. Walau bagaimanapun, Penama memaklumkan bahawa beliau tidak dapat tidur dalam tempoh yang diberikan.

 

Sepanjang dua hari pertama, iaitu sebelum berlangsungnya majlis angkat sumpah, PKG sering kali ditanya oleh pegawai di KDSI 1 sama ada PKG ingin meneruskan latihan atau tidak. Sesiapa yang tidak meneruskan latihan tersebut, boleh menarik diri pada bila-bila masa sebelum majlis angkat sumpah dilakukan.

14 Mei 2018

Majlis angkat sumpah telah berlangsung. Selepas selesai, aktiviti rempuh halangan dan berendam di dalam kolam air lumpur dijalankan.

15 Mei 2018

Aktiviti Rutin Alpha (latihan orientasi) telah dimulakan untuk tempoh tiga bulan. Aktiviti ini bertujuan membentuk ketahanan dan kecergasan diri. Penama mengadu bahawa beliau berasa susah untuk bernafas dan penat dengan latihan fizikal yang diberikan dan tidak mampu mengikuti latihan tersebut.

 

Disebabkan Penama tidak mampu melakukannya, beliau telah diasingkan dan diberikan latihan tiga kali ganda daripada latihan kadet lain sebagai denda. Terdapat saksi yang lihat Penama ditampar dan ditumbuk oleh Leftenan Muda Arif atas kegagalan membuat latihan.

16 Mei 2018

Penama telah dipanggil untuk berjumpa dengan Lt. Kdr Muhammad Faiz dan telah memotivasikan Penama untuk meningkatkan usahanya. Penama telah meminta untuk pergi ke hospital untuk rawatan luka atas badan dan susah untuk bernafas, namun permintaan ditolak.

17 Mei 2018

Penama tidak mempunyai sebarang perkembangan dari segi aspek latihan dan menjadi semakin letih serta perlahan dalam menamatkan sesuatu latihan. 

 

Penama telah dipanggil semula oleh Lt. Kdr Muhammad Faiz. Penama memaklumkan bahaw beliau ingin menarik diri daripada latihan tetapi telah ditolak.

18 Mei 2018

Suatu sesi kaunseling kumpulan telah diadakan. Walaupun kaunseling tersebut berbentuk kumpulan ianya lebih memfokuskan untuk membina semangat kepada Penama.

 

Penama menjadi semakin lemah untuk meneruskan latihan dan diminta berehat di bahagian tepi padang selepas didenda membuat larian dan tekan tubi berlebihan daripada kadet lain sebagai denda walaupun memberi alasan susah untuk bernafas.

 

Penama telah dipapah oleh kadet lain untuk menjalankan pengukuran BMI kerana sangat lemah untuk berjalan seorang diri. Selepas itu, Penama telah ke bilik air untuk mandi dan bersiap untuk program seterusnya. Walau bagaimanapun, Penama dijumpai berdiri dalam keadaan kejang di bilik air dan tidak boleh menguruskan diri sendiri serta berak dan kencing merata tempat dan hidung berdarah.

 

Rakan-rakan PKG bersama-sama PLB dan PDL yang bertuga telah membawa Penama ke Hospital Angkatan Tentera Lumut bagi mendapatkan rawatan.

 

Penama telah disahkan meninggal dunia pada jam 1.45 petang.

Memorandum ini telah diterima oleh pegawai Jabatan Peguam Negara, Encik Aziz bin Mohd Salleh. Beliau memberitahu bahawa maklumat susulan akan dimaklumkan.
Memorandum ini telah diterima oleh pegawai Jabatan Peguam Negara, Encik Aziz bin Mohd Salleh. Beliau memberitahu bahawa maklumat susulan akan dimaklumkan.

33 Comments


dwainnervi55
3 days ago

Khi mở thử shbet , mình khá quan tâm chuyện phần giao dịch với tài khoản có đủ thuận tiện không hơn là chỉ nhìn giao diện bên ngoài, vì đây là phần mình hay dùng khi thao tác trên mobile. Điều mình để ý thêm là nền tảng có nhắc đến nhiều lớp bảo mật và hỗ trợ nên lúc chuyển qua nhiều nội dung khác nhau, cảm giác sử dụng nhìn chung vẫn khá yên tâm.

Like

dwainnervi55
6 days ago

Có những chi tiết nhỏ trên giao diện mình khá quan tâm, https://thabet.rodeo/ khiến mình để ý ở cách các nhóm nội dung được tách biệt tương đối rõ ràng. Mình thấy khu xổ số và thể thao đều có vị trí riêng để dễ theo dõi, trong khi game bài cũng được sắp xếp thành từng nhóm cụ thể. Ngoài ra, phần hỗ trợ khách hàng cũng khá dễ tìm khi cần tra cứu thông tin. Điều đó giúp việc sử dụng thuận tiện hơn.


Like

dwainnervi55
Jun 27

Mình khá tò mò về cách https://xoso66wins.com/ xây dựng trải nghiệm cho người mới. Trước khi xem trò chơi, mình dành thời gian quan sát khu vực trải nghiệm ban đầu rồi mới mở Phỏm trong game bài. Điều mình nhận thấy là các bước làm quen được bố trí khá rõ, không khiến người mới bị ngợp bởi quá nhiều thông tin. Theo mình, đây là một cách tiếp cận khá hợp lý

Like

dwainnervi55
Jun 26

Khi mình dành thời gian xem toàn bộ luck8 trang chủ , điều mình muốn hiểu là cách các khu vực được kết nối trong cùng một hệ sinh thái. Sau khi quan sát, thể thao, casino trực tiếp, slot và game bài đều có lối truy cập riêng nên khá dễ định hướng. Mình cũng để ý phần lịch sử giao dịch được tích hợp ngay trong tài khoản để tiện kiểm tra các thao tác trước đó. Những chi tiết này tuy không quá nổi bật nhưng giúp quá trình khám phá nền tảng diễn ra mạch lạc hơn. Theo mình, đây là cách tổ chức khá hợp lý.


Like

dwainnervi55
Jun 18

Trong quá trình theo dõi https://luck8.ph/ qua nhiều lần truy cập, mình nhận thấy giao diện được xây dựng theo hướng đơn giản nhưng vẫn đảm bảo khả năng tìm kiếm nội dung. Các khu vực như tin tức, xổ số và thể thao được bố trí khá hợp lý nên việc tiếp cận diễn ra thuận tiện hơn. Khi thao tác giữa các chuyên mục, bố cục không có quá nhiều thay đổi nên cảm giác sử dụng tương đối liền mạch. Mình thấy cách tổ chức này giúp việc theo dõi nội dung trở nên dễ dàng hơn. Nhờ đó trải nghiệm tổng thể vẫn duy trì được sự ổn định trong quá trình sử dụng

Like
bottom of page