Stop Arresting Children Under SOSMA
- SUARAM
- Mar 3
- 5 min read
Updated: Mar 3
*The Malay translation of this statement is available below, following the English version.
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is alarmed by the arrest of at least six children under the Security Offences (Special Measures) Act 2012 in February 2026.
SUARAM was informed that a formal complaint was lodged with the Office of the Children’s Commissioner by the ADUN for Pengkalan Kundor, Kedah, on the case of a 17-year-old boy who was arrested under SOSMA at his home on 15 February 2026 for the alleged possession of prohibited security-related materials. The child was taken to Bukit Aman on the same day and has been detained there since. According to his family, the adolescent is a quiet, homebound student, with no history of behavioural issues at home or at school.
Correspondence with the family revealed that another 17-year-old boy was arrested in Langkawi on the same day for similar alleged offences under similar circumstances. Preliminary information provided to the families by the police suggests that at least four other children were also arrested on the same day, bringing the total number of children currently detained under SOSMA to at least six. As of today, the boys from Alor Setar and Langkawi have been held in Bukit Aman under SOSMA for 16 days. For the boy arrested at Alor Setar, the only contact with his family permitted since his arrest was a brief, monitored phone call last week. The call was conducted without any privacy; during the conversation, the parents reported hearing a clear sense of fear in their son’s voice. No further information is available regarding the identities, arrest and detention locations, or current wellbeing of the remaining four children.
When such a blatant disregard of child rights —both under domestic law and international standards —was already brought to light in January 2026 in the detention of a 16-year-old girl, it is deeply reprehensible that Bukit Aman and the Ministry of Home Affairs have chosen to repeat this violation on an even larger scale. This recurring defiance makes a mockery of the government’s claims to balance national security with human rights, particularly in light of Home Minister Saifuddin Nasution Ismail’s commitment to table SOSMA amendments in the upcoming June/July 2026 parliamentary sitting.
SUARAM maintains, in the strongest and most unequivocal terms, that the Royal Malaysia Police are bound by law to strictly comply with Sections 83 and 84 of the Child Act 2001 for any arrest or detention involving minors. The draconian provisions of SOSMA cannot be used to supersede these statutory protections. The state must recognise that children allegedly involved in security-related offences are primarily victims of exploitation who require specialised rehabilitation and social welfare intervention, rather than high-security incarceration. By resorting to SOSMA, the authorities contravene Article 37(b) of the Convention on the Rights of the Child (CRC), which mandates that the detention of a minor be a measure of last resort. Arbitrarily detaining impressionable youths for 16 days undermine national security by prioritising punitive ‘quick fixes’—which treat fundamental fair trial rights as negotiable whenever a ‘security’ label is invoked—over a holistic institutional response to the root causes of their vulnerability.
SUARAM demands:
The immediate release of the six children from SOSMA detention, If the authorities intend to proceed with investigations, the children must be immediately transferred to the care of their parents or, where strictly necessary, a designated 'Place of Detention' under the Child Act 2001, such as a Social Welfare Department (JKM) facility.
Immediate and private access by the detained children to their legal counsel and families, without the presence of police surveillance, to ensure their overall well-being and right to a fair trial are protected.
An unequivocal commitment from the Ministry of Home Affairs to ensure that no child is to be arrested or detained under SOSMA, with a directive for strict compliance with the Child Act 2001.
In solidarity,
Azura Nasron (Executive Director at SUARAM)
Note: After the complaint was lodged, the ADUN for Pengkalan Kundor also released a video on social media on the case.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUARAM: HENTIKAN PENAHANAN KANAK-KANAK DI BAWAH SOSMA
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) bimbang dengan penahanan sekurang-kurangnya enam orang kanak-kanak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) pada Februari 2026.
SUARAM telah dimaklumkan bahawa satu aduan rasmi telah dikemukakan kepada Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak oleh ADUN Pengkalan Kundor, Kedah, berhubung kes seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditangkap di bawah SOSMA di rumahnya pada 15 Februari 2026 atas dakwaan memiliki bahan berkaitan keselamatan yang dilarang. Remaja ini telah dibawa ke Bukit Aman pada hari yang sama dan ditahan di sana. Menurut keluarganya, remaja tersebut merupakan seorang pelajar yang pendiam dan banyak meluangkan masa di rumah, tanpa sebarang rekod masalah tingkah laku di rumah mahupun di sekolah.
Hasil perhubungan dengan pihak keluarga mendapati bahawa seorang lagi remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditangkap di Langkawi pada hari yang sama atas dakwaan kesalahan dan dalam keadaan yang serupa. Maklumat awal yang diberikan oleh pihak polis kepada keluarga yang terlibat menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya empat lagi kanak-kanak turut ditangkap pada hari tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kanak-kanak yang kini ditahan di bawah SOSMA adalah enam orang.
Setakat ini, kedua-dua remaja lelaki dari Alor Setar dan Langkawi telah ditahan di Bukit Aman selama 16 hari. Sejak penahanan remaja lelaki yang ditangkap di Alor Setar, beliau hanya dibenarkan menghubungi keluarganya melalui satu panggilan telefon singkat yang dipantau oleh pihak polis pada minggu lepas. Panggilan tersebut dilakukan tanpa sebarang privasi; dimana dalam perbualan itu, ibu bapanya melaporkan mendengar nada ketakutan yang jelas dalam suara anak mereka. Tiada maklumat lanjut diperolehi mengenai identiti, lokasi tangkapan dan penahanan, atau keadaan empat lagi kanak-kanak yang selebihnya.
Apabila pengabaian hak kanak-kanak yang terang-terangan — baik di bawah undang-undang negara mahupun piawaian antarabangsa — seperti mana yang didedahkan pada Januari 2026 lalu tentang penahanan seorang gadis berusia 16 tahun, adalah amat dikesali bahawa Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri tetap memilih untuk mengulangi pelanggaran ini pada skala yang lebih besar. Melihat kepada komitmen Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution yang akan membentangkan pindaan SOSMA dalam sidang parlimen Jun/Julai akan datang, tindakan berulang (penangkapan kanak-kanak di bawah SOSMA) ini mempersendakan dakwaan kerajaan untuk mengimbangi keselamatan negara dengan hak asasi manusia.
SUARAM menegaskan, dengan setegas-tegasnya, bahawa Polis Diraja Malaysia terikat dengan undang-undang dimana wajib mematuhi sepenuhnya Seksyen 83 dan 84 Akta Kanak-Kanak 2001 bagi sebarang tangkapan atau penahanan yang melibatkan kanak-kanak. Peruntukan SOSMA yang drakonian tidak boleh digantikan dengan perlindungan berkanun ini. Kerajaan mesti mengenal pasti kanak-kanak yang didakwa terlibat dalam kesalahan berkaitan keselamatan adalah mangsa eksploitasi yang memerlukan pemulihan khusus dan intervensi kebajikan sosial, bukannya pemenjaraan keselamatan maksimum.
Pihak berkuasa telah melanggar Artikel 37(b) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), yang mewajibkan penahanan kanak-kanak hanya sebagai langkah terakhir. Menahan belia yang mudah terpengaruh secara sewenang-wenangnya selama 16 hari menjejaskan keselamatan negara dengan mengutamakan 'penyelesaian segera' yang bersifat menghukum — menganggap hak asasi perbicaraan adil sebagai boleh dirundingkan apabila label 'keselamatan' digunakan—berbanding tindak balas institusi holistik terhadap punca utama kelemahan mereka.
SUARAM menuntut bahawa:
Enam kanak-kanak tersebut dibebaskan secara segera daripada tahanan SOSMA. Sekiranya pihak berkuasa berhasrat untuk meneruskan dengan siasatan, kanak-kanak tersebut mestilah dipindahkan segera ke bawah jagaan ibu bapa mereka atau, jika keperluan mendesak di bawa ke 'Tempat Tahanan' yang ditetapkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, seperti fasiliti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Enam kanak-kanak tersebut juga diberikan akses segera kepada peguam dan keluarga mereka, tanpa kehadiran pemantauan daripada pihak polis. Ini adalah untuk memastikan keadaan mereka secara menyeluruh dan hak kepada perbicaraan yang adil terperlihara.
Kementerian Dalam Negeri memberikan komitmen yang tegas untuk memastikan tiada kanak-kanak yang akan ditangkap atau ditahan di bawah SOSMA, dengan arahan untuk pematuhan ketat Akta Kanak-kanak 2001.
Dalam solidariti,
Azura Nasron (Pengarah Eksekutif SUARAM)
Nota: Selepas aduan tersebut dibuat kepada SUHAKAM, ADUN Pengkalan Kundor turut memuat naik sebuah video di media sosial mengenai kes tersebut.



Comments