Drop Section 353 Probe Against Arul
- Azura Nasron
- Aug 14
- 3 min read
*The Malay translation of this statement is available below, following the English version.
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) condemns the use of Section 353 of the Penal Code to investigate Parti Sosialis Malaysia (PSM) Deputy Chairperson S. Arutchelvan over a peaceful assembly involving more than 500 estate workers to meet policymakers to submit the proposed Estate Workers Housing Scheme Act outside Parliament on 13 August 2025.
The use of Section 353—criminal force or assault to deter a public servant from performing their duties—is grossly disproportionate, given that police were actively blocking peaceful protesters from approaching Parliament. Under the current Madani administration, at least four peaceful assemblies have been investigated under Section 186 of the Penal Code for obstruction of public servants. The invocation of Section 353 marks a troubling escalation—shifting blame onto citizens exercising their constitutional right to peaceful assembly, while failing to hold police accountable for their failure to facilitate the protest effectively.
Public assemblies outside Parliament long predate the Peaceful Assembly Act and have been part of Malaysia’s democratic tradition. Public roads and spaces—especially just outside the Parliament gates—must remain accessible for protest, particularly during sitting periods. Yet despite over a decade of managing assemblies under the PAA, the police have, since 2020, increasingly pushed protesters further away from Parliament gates to the base of the hill—undermining the core purpose of peaceful assembly: to deliver public demands directly to elected representatives.
SUARAM therefore urges the police to immediately drop the investigation against S. Arutchelvan and cease all forms of intimidation against peaceful protesters. We also call on the Home Ministry to review police protocols and ensure that all officers adopt a facilitative, rights-based approach to managing assemblies — including at high-security locations such as Parliament. Amidst ongoing amendments to the Peaceful Assembly Act, the Madani government must ensure that assembly policing practices reflect—not undermine its stated commitment to reform.
In solidarity,
Azura Nasron
Executive Director of SUARAM
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUARAM: HENTIKAN SIASATAN SEKSYEN 353 TERHADAP ARUL
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mengecam penggunaan Seksyen 353 Kanun Keseksaan untuk menyiasat Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan, berhubung perhimpunan aman yang melibatkan lebih daripada 500 pekerja estet bagi bertemu dengan ahli parlimen untuk menyerahkan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Skim Perumahan Pekerja Estet di hadapan Parlimen pada 13 Ogos 2025.
Penggunaan Seksyen 353 iaitu kekerasan jenayah bagi menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas adalah sama sekali tidak adil, memandangkan pihak polis secara aktif menghalang para peserta perhimpunan aman daripada menghampiri Parlimen. Di bawah kerajaan Madani ketika ini, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman telah disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang penjawat awam. Penggunaan Seksyen 353 menandakan permasalahan lain iaitu mengalihkan kesalahan kepada orang awam yang menggunakan hak mereka untuk berhimpun secara aman di samping kegagalan untuk meletakkan akauntabiliti pihak polis atas kegagalan untuk mengendalikan perhimpunan secara efektif.
Perhimpunan melibatkan orang awam di luar Parlimen telah lama wujud sebelum Akta Perhimpunan Aman (APA) dan telah menjadi sebahagian daripada tradisi demokrasi Malaysia. Jalan raya dan ruang awam terutamanya kawasan di luar pintu pagar Parlimen mesti kekal dibuka sebagai akses untuk tujuan protes, khususnya ketika sidang Parlimen berlangsung bagi memudahkan urusan perjumpaan bersama menteri sebagai contoh untuk penyerahan memorandum dan lain-lain. Namun, meskipun lebih sedekad menguruskan perhimpunan di bawah APA, pihak polis sejak tahun 2020 semakin kerap menolak serta menyekat peserta protes lebih jauh dari pintu pagar Parlimen ke kaki bukit, ini sekali gus menjejaskan tujuan utama perhimpunan aman: menyampaikan tuntutan rakyat secara langsung kepada wakil rakyat.
Sehubungan itu, SUARAM menggesa pihak polis untuk segera menghentikan siasatan terhadap S. Arutchelvan dan segala bentuk intimidasi terhadap peserta perhimpunan aman. Kami juga menyeru Kementerian Dalam Negeri untuk mengkaji semula protokol polis dan memastikan semua pegawai mengamalkan pendekatan berasaskan hak asasi dalam mengendalikan perhimpunan termasuk di lokasi yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi seperti Parlimen. Di tengah proses pindaan APA, Kerajaan Madani harus mengukuhkan pengurusan perhimpunan selari dengan perlembagaan, dan tidak menjejaskan komitmen reformasi yang diikrarkan.
Dalam solidariti,
Azura Nasron
Pengarah Eksekutif SUARAM
Comments