End Weaponisation of Travel Bans Against Activists
- SUARAM
- 6 hours ago
- 3 min read
*The Malay translation of this statement is available below, following the English version.
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) strongly condemns the Sabah state government’s decision to deny entry and deport activist and graphic artist Fahmi Reza upon arrival at Kota Kinabalu International Airport on 29 May 2025. The entry ban appears to be in retaliation to Fahmi’s satirical caricature of Tun Musa Aman in a public space in Kota Kinabalu in December 2024.
While the Sabah state government has the authority under the Immigration Act 1959/63 to regulate entry into the state, this discretion should not be exercised in a manner that contravenes the Federal Constitution. Article 9 of the FC guarantees freedom of movement, which must not be curtailed arbitrarily – especially when the restriction stems from the exercise of the constitutional freedom of expression. A politically motivated entry ban, imposed in retaliation for satire, runs counter to the principles of necessity and proportionality under international freedom of expression standards.
Fahmi’s case is also far from unique. Civil society leaders such as Thomas Fann, Wong Chin Huat, and Jerald Joseph continue to face travel bans from Sarawak, imposed in response to their peaceful advocacy work on governance, electoral reform, and environmental justice. These longstanding restrictions reflect a broader pattern of state-level misuse of immigration discretion to structurally exclude dissenting voices, whilst shielding political elites from scrutiny. Such actions suppress Malaysia’s democratic discourse and erode public trust in the rule of law and institutional accountability.
SUARAM calls on the Sabah state government to rescind the entry ban against Fahmi Reza and to ensure that immigration powers are exercised transparently, proportionately, and in accordance with human rights standards. We further urge all levels of government to uphold the rights to freedom of expression and movement—not just in principle, but in practice—and to immediately review and end the use of travel bans as a tool to punish dissent and restrict civic space.
In solidarity,
Sevan Doraisamy
Executive Director of SUARAM
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
HENTIKAN PENGGUNAAN LARANGAN PERJALANAN TERHADAP AKTIVIS
SUARAM mengecam tindakan kerajaan negeri Sabah yang menghalang kemasukan dan menghantar pulang aktivitis dan artis grafik, Fahmi Reza semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 29 Mei 2025. Larangan masuk dilihat sebagai tindakan balas terhadap karikatur satira Tun Musa Aman oleh Fahmi yang dilakukan di ruang awam di Kota Kinabalu pada Disember 2024.
Ketika pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa di bawah Akta Imigresen 1959/63 untuk mengendalikan urusan memasuki ke negeri berkenaan, budi bicara ini tidak seharusnya dikuatkuasakan dalam bentuk yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan untuk bergerak dimana ia tidak seharusnya dihalang sewenang-wenangnya - terutama apabila halangan ini berakar daripada hak yang termaktub dalam kebebasan bersuara. Halangan kemasukan yang berunsurkan politik - dikenakan sebagai tindak balas terhadap satira yang dibuat, menjadikan ia bercanggah kepada prinsip keperluan dan berkadaran di bawah piawaian kebebasan bersuara peringkat antarabangsa.
Kes Fahmi bukanlah sesuatu yang asing. Pimpinan masyarakat sivil lain seperti Thomas Fann, Wong Chun Huat dan Jerald Joseph masih lagi berhadapan dengan larangan memasuki Sarawak - yang dikenakan sebagai respon advokasi aman terhadap tadbir urus, reformasi pilihan raya dan keadilan alam sekitar. Halangan berterusan sebegini mencerminkan corak salah guna kuasa budi bicara pihak imigresen di peringkat negeri - yang secara strukturnya menafikan suara pihak pembangkang sementara berterusan melindungi elit politik daripada diteliti. Tindakan sebegini mengekang wacana demokrasi Malaysia dan menghakis kepercayaan orang awam terhadap kedaulatan undang-undang dan akauntabiliti institusi.
SUARAM menyeru kerajaan negeri Sabah untuk menarik semula halangan kemasukan terhadap Fahmi Reza dan memastikan kuasa pihak imigresen dilaksanakan dengan ketelusan, berkadaran dan mematuhi piawaian hak asasi manusia. Kami menyeru untuk meminta semua peringkat kerajaan untuk mengangkat kebebasan bersuara dan bergerak, bukan hanya pada prinsip tetapi pada amalan. Selain itu, perlu segera mengkaji semula dan henti menggunakan amalan halangan kemasukan sebagai alat untuk menghukum pembangkang dan mengetatkan ruang sivik.
Dalam solidariti,
Sevan Doraisamy
Pengarah Eksekutif SUARAM
コメント