top of page
  • SUARAM

KENYATAAN BERSAMA OLEH ORGANISASI MASYARAKAT SIVILSOLIDARITI BERSAMA SITI KASIM:

HENTIKAN SEGALA BENTUK UGUTAN, INTIMIDASI DAN KEGANASAN TERHADAP PEMBELA HAK ASASI MANUSIA


Kami, organisasi-organisasi masyarakat sivil yang bertandatangan di bawah, bersolidariti bersama peguam dan aktivis hak asasi manusia Siti Kasim dan menyeru agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi perlindungan keselamatan beliau. Kami mengecam sekeraskerasnya terhadap pihak yang memasang bom jenis Improvised Explosive Device (IED) di bawah kereta Siti Kasim.


Siti Kasim merupakan seorang peguam dan pembela hak orang asli yang peka, proaktif dan lantang bersuara tentang pelbagai isu hak asasi manusia, integriti institusi, demokrasi dan hal ehwal berkenaan dengan politik. Namun, pemikiran kritis dan pendirian progresif Siti Kasim sering diancam dengan kritikan serta ugutan yang ingin mengancam nyawanya, dimana pada 21 Julai lalu, pihak PDRM telah mengesahkan bahawa bom jenis IED dipasang di bawah keretanya.


Sejak kebelakangan ini, ugutan dan keganasan terhadap aktivis semakin berleluasa. Kes-kes seperti hilang secara paksa (enforced disappearance)[1], cat dan asid disimbah ke kereta pengarah dan pelakon Mentega Terbang[2], hantaran bangkai haiwan berdarah kepada wartawan bebas, hantaran replika tangan berlumuran darah kepada aktivis Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)[3], aktivis Universiti Malaya diugut oleh samseng[4] - merupakan satu trend yang amat membimbangkan.


Insiden-insiden ini amat membimbangkan dari pelbagai sudut. Ia melibatkan keselamatan orang awam, aktivis dan juga pihak-pihak lain yang ingin menyuarakan pendapat. Seolah-olah apabila tidak bersependapat perlu digertak dengan kekerasan. Jika keganasan ini tidak ditangani oleh pihak berkuasa secara tegas, bukan sahaja keamanan dan keselamatan awam, tetapi juga kedaulatan undang-undang dan demokrasi tanah air akan tergugat.


Kementerian Dalam Negeri harus cakna terhadap trend ini dan bekerjasama dengan masyarakat sivil dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi mencari satu penyelesaian untuk menjamin keselamatan dan kebebasan bersuara rakyat serta untuk mengelakkan daripada trend sebegini merebak dan menjadi satu norma. Sehubungan itu, dalam jangka masa terdekat, kami menggesa agar pihak PDRM menjalankan siasatan yang telus dengan segera dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghadapkan pelaku ke muka pengadilan memandangkan kes ini melibatkan kepentingan awam.


Selain itu, langkah terbaik bagi jangka masa panjang, pihak kerajaan perlu mengiktiraf dan mengesahkan peranan pembela hak asasi manusia sebagai individu atau kumpulan yang bertindak untuk mempromosikan hak asasi manusia dan kebebasan asasi melalui kaedah aman. Langkah ini penting kerana dapat memberikan pengiktirafan dan apabila diperlukan, perlindungan yang secukupnya kepada pembela hak asasi manusia.


Di dalam sesebuah negara yang demokratik, kita patut meraikan kepelbagaian dan perbezaan. Libatkan diri dalam dialog, wacana dan debat terbuka jikalau tidak setuju dengan pandangan, dan bukannya menggunakan keganasan untuk menggertak seseorang. Kami ingin menegaskan bahawa tiada sesiapa termasuk aktivis patut menerima ugutan, intimidasi serta sebarang bentuk keganasan oleh kerana beliau menggunakan hak dan kebebasan bersuara yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Akhir sekali, kami secara tegasnya mengecam segala bentuk intimidasi dan keganasan terhadap aktivis hak asasi manusia. Kami akan terus bersolidariti bersama Siti Kasim dan menyeru pihak kerajaan agar mengambil serius kes ini, menyiasat dan memberi perlindungan keselamatan Siti Kasim dengan segera. Seluruh masyarakat harus mengambil kisah dan mengorak langkah bersama-sama bagi mencegah keganasan dan intimidasi terhadap ndividu dan kolektif yang menyuarakan pendapat yang berlainan.


Disokong oleh:

1. Suara Rakyat Malaysia - SUARAM

2. Teoh Beng Hock Trust for Democracy

3. Citizens Against Enforced Disappearances - CAGED

4. Centre for Independent Journalism

5. Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)

6. Justice for Sisters

7. Amnesty International Malaysia

8. Pusat KOMAS

9. Jaring Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia

10. Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor

11. Persatuan Semoq Beri Kampung Tompesel

12. Persatuan Orang Asli Jakun Rompin Pahang

13. KLSCAH Youth

14. Undi 18

15. Greenpeace Malaysia

16. ARTICLE 19

17. Gabungan Marhaen

18. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

19. Persatuan Komuniti Prihatin Selangor, KL & Perak

20. Baramkini

21. Women Development Organisation Malaysia PJ Branch

22. University of Malaya Association of New Youth (UMANY)

23. KRYSS Network

24. Freedom Film Network (FFN)

25. Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan - JKOAK

26. EDICT (Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together)

27. UTAR Student Representative Council (Kampar)

28. KLSCAH Civil Rights Committee

29. Student Progressive Front UUM (SPFUUM)

30. Suara Siswa UUM

31. Tunku Abdul Rahman Association of New Youth (TARANY)

32. CIVICUS

33. Persatuan Pendidikan dan Kesedaran 3R Kuala Lumpur

34. Architect of Diversity (AOD Malaysia)

35. Sister in Islam (SIS)

36. Save Malaysia Stop Lynas

37. Apa Kata Wanita Orang Asli

38. Pertubuhan Serikat Rakyat Malaysia

39. PACOS Trust

40. Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak

41. ALIRAN

42. Advancing Knowledge in Democracy and Law initiative

43. Pertubuhan Suara Anak Sabah

44. Persatuan Impian Sabah

45. ERA Consumer Malaysia

46. Borneo Komrad

47. Tiada.Guru

48. Sabah Human Rights Centre

49. Engage Network

50. DHRRA Malaysia

51. Cahaya Society

52.Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)

53. All Women's Action Society (AWAM)

54. Lawyer Kamek, Sarawak

55. Jaringan Orang Asal SeMalaysia





33 views0 comments

Comments


bottom of page