Malaysia Terus Pertahankan Koruptor, Bila Ia Akan Berakhir?

*Terjemahan Bahasa Inggeris ada disediakan di bawah kenyataan Bahasa Malaysia
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) ingin menyatakan kebimbangan serius keputusan pengampunan bersyarat kepada mantan Perdana Menteri Najib Razak, yang dibenarkan menjalani hukuman di bawah tahanan rumah berserta denda sebanyak RM50 juta. Ketiadaan mekanisme perundangan sedia ada di Malaysia bagi tahanan rumah untuk banduan jenayah berat atau rasuah menyebabkan kerangka kawal selia dan operasinya tidak jelas. Jika tahanan rumah ini diteruskan, kerajaan harus menjelaskan garis panduan yang mengawal penahanannya: apakah prosedur operasi standard, kawalan pergerakan, protokol pemantauan elektronik, dan sekatan lawatan yang akan dikuatkuasakan? Siapakah yang bakal menguatkuasakan syarat-syarat ini, dan berdasarkan kriteria apakah sesuatu pelanggaran syarat boleh menyebabkan individu terbabit dikembalikan ke penjara dengan serta-merta. Pelaksanaan langkah secara ad hoc ini menjadikan kes ini sebagai satu duluan (precedent) yang membimbangkan serta berisiko menjejaskan integriti proses pengampunan.
Dakwaan Saifuddin bahawa cadangan untuk memperkenalkan Akta Tahanan Rumah tidak mempunyai kaitan dengan pengampunan Najib sukar diterima memandangkan pilihan masa pengumumannya yang mencurigakan. Proses penggubalan undang-undang tersebut yang dibuat secara tergesa-gesa menunjukkan keutamaan yang tidak seimbang, bila mana cadangan apa-apa pindaan, pemansuhan, atau penggubalan akta yang dibawa oleh masyarakat sivil sering berdepan dengan pelbagai kekangan dan kelewatan.
Hal yang demikian turut mencerminkan tindakan segera yang bersifat selektif dalam mobilisasi politik. Kepantasan jentera parti bertindak dari kempen pengumpulan dana oleh UMNO melalui ‘Tabung Solidariti Najib Razak’ menunjukkan kelajuan operasi luar biasa apabila dalam tiga jam pertama jumlah terkumpul adalah sebanyak RM 600,000 dan kini telah mencecah RM 2 juta, diraih daripada sumbangan pucuk pimpinan dan orang awam. Penyertaan awam jelas menunjukkan komuniti yang responsif terhadap mobilisasi politik. Namun, keputusan menggerakkan kuasa organisasi bagi individu yang telah disabitkan kesalahan jenayah kewangan berskala besar berbanding menggunakan sumber tersebut untuk membaik pulih kemudahan awam, memperluas bantuan kebajikan, atau membina pusat perlindungan gelandangan menyerlahkan jurang ketara dalam keutamaan institusi.
Sikap dua darjat amat ketara apabila dibandingkan dengan realiti yang dihadapi oleh banduan biasa. SUARAM menerima satu kes melibatkan seorang banduan lumpuh dan terlantar di Penjara Kajang yang kini telah mengalami pelbagai komplikasi kesihatan dan terpaksa bergantung kepada rakan sepenjara untuk penjagaan harian. Begitu juga dengan kes Thanakorn Sinsanoi yang sedang menjalani hukuman penjara 30 tahun di penjara Pokok Sena. Selepas dijangkiti penyakit tuberkulosis dalam tahanan, beliau mengalami kelumpuhan dari paras leher ke bawah dan ditempatkan di wad sakit penjara. Walaupun surat pengampunan telah dihantar dalam tempoh masa yang sama sewaktu Najib Razak dikurangkan hukuman untuk kali yang pertama, Thanakorn masih kekal di penjara. Kini, beliau bergantung kepada banduan kerja untuk penjagaan asas dan kedutaan Thailand untuk menyediakan barangan kebersihan memandangkan ia dikatakan di luar bidang kuasa penjara. Corak yang serupa turut berlaku ke atas pesalah juvana yang ditahan sebagai ‘Tahanan Limpahan Sultan’ (TLS). Walaupun Lembaga Hakim Pelawat diamanahkan untuk menyemak kes-kes ini setiap tahun dan mengesyorkan pembebasan awal sebagaimana sesuai, lawatan dan proses semakan seringkali dilakukan sekadarnya sahaja dan tidak secara menyeluruh. Meskipun pengampunan bukanlah suatu hak yang mutlak, setiap pemohon berhak mendapatkan semakan yang adil ke atas permohonan mereka di bawah perlembagaan, yang bebas daripada pengaruh politik atau bersifat selektif.
Memandangkan hukuman Najib Razak telah pun dikurangkan pada tahun 2024, beliau sudah menikmati keistimewaan yang tidak mampu diperoleh oleh kebanyakkan banduan lain. Jika dilonggarkan lagi syarat-syarat ini, ia meremehkan prinsip kesaksamaan di bawah undang-undang.
Ketika banduan yang sakit kritikal bergelut untuk mendapatkan rawatan atau pembebasan atas dasar kemanusiaan, seorang pesalah berprofil tinggi pula terus menerima kelonggaran institusi dengan kemewahan untuk menjalani hukuman dalam keselesaan rumah sendiri. Atas kriteria objektif manakah kes Najib Razak diberi keutamaan berbanding banduan rentan yang sudah bertahun-tahun merayu? Kerajaan tidak boleh mendakwa bersikap berkecuali atau tidak terlibat sedangkan pada masa yang sama mewujudkan mekanisme yang direka khas untuk keselesaan elit politik. Walaupun Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa beliau telah menyatakan kebimbangannya kepada Lembaga Pengampunan mengenai bagaimana tahanan rumah ini boleh menjejaskan keyakinan awam, pentadbirannya tetap memudah cara pelaksanaan keputusan tersebut dengan menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak boleh dicabar. Mengalihkan tanggungjawab kepada budi bicara diraja namun tetap melaksanakan keputusan tersebut pada masa yang sama bukanlah sikap berkecuali, sebaliknya menunjukkan keterlibatan kerajaan dalam merealisasikannya.
Oleh itu, SUARAM menggesa Kerajaan dan Lembaga Pengampunan untuk memberi keutamaan kepada hak asasi manusia dan kesaksamaan dengan:
Merujuk semula kes-kes banduan rentan yang benar-benar memerlukan penjagaan di rumah serta sokongan keluarga. Proses dan pelaksanaan pengampunan mestilah diberikan secara objektif berdasarkan keperluan perubatan dan kemanusiaan, dan bukan berdasarkan pengaruh atau kedudukan politik.
Memastikan ketelusan dan akauntabiliti dengan mendedahkan perbincangan dan kriteria yang terlibat dalam proses pengampunan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.
Menetapkan garis panduan dan prosedur operasi standard untuk tahanan rumah serta implikasi undang-undang yang jelas bagi sebarang pelanggaran syarat.
Dalam solidariti,
Azura Nasron
Pengarah Eksekutif SUARAM
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
MALAYSIA CONTINUES DEFENDING CORRUPTORS, WHEN WILL IT END?
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) expresses grave concern over the conditional pardoning of former Prime Minister Najib Razak, allowing him to serve the remainder of his sentence under house arrest accompanied by a fine of RM50 million. The absence of an established legal framework in Malaysia for home detention in serious criminal or corruption cases leaves its regulatory and operational boundaries entirely undefined. Should this house arrest proceed without revocation, the government must clarify the exact guidelines governing his detention: what standard operating procedures, movement limitations, electronic monitoring protocols, and visitation restrictions will apply? Who will enforce these conditions and under what criteria would a breach trigger immediate return to prison? Instituting such measures on an ad-hoc basis sets a dangerous precedent that risks compromising the integrity of the clemency process.
Saifuddin’s claims that the proposed House Arrest Bill is unrelated to Najib's pardoning strains credibility given the uncanny timing. The rapid process of this draft highlights just how quickly legislation can advance when prioritised, contrasting sharply with the prolonged delays civil society organisations encounter when proposing statutory amendments, repeals, or new legislation.
This rapid legislative movement is mirrored by an equally selective urgency in political mobilisation. The speed in which party apparatuses can move when motivated is demonstrated by UMNO’s ‘Tabung Solidariti Najib Razak’ fundraising campaign demonstrating remarkable operational speed, raising over RM 600,000 within the first three hours, and has since surpassed RM2 million in leadership and public contributions. While public participation reflects a community responsive to political mobilisation, the choice to unleash this organisational power for an individual convicted of large-scale financial crimes instead of using those resources towards public infrastructure, expanded welfare, or shelters for the unhoused, highlights a striking contrast in institutional priorities.
The double standards are even more stark when compared to the reality faced by ordinary prisoners. SUARAM received a case involving a paralysed and ailing inmate in Kajang Prison who has been retained in the prison subsequently contracting another infection, relying on fellow inmates for daily care. Similarly, the case of Thanakorn Sinsanoi who is serving a 30-year sentence in the Pokok Sena prison. After contracting tuberculosis while incarcerated, she became paralysed from the neck down and confined to the prison sick bay. Despite clemency petitions being made since Najib’s first reduction in sentencing, she remains incarcerated, depending on prison labour for basic care and the Thai embassy to provide hygiene items that fall outside the prison’s limited provisions. A similar pattern surrounds juvenile offenders who are detained as ‘Tahanan Limpahan Sultan’ (TLS). While the Board of Visiting Justices is mandated to review these cases annually and recommend early release when it deems fit, the act of review has been superficial and cursory. It is recorded that there are a number of TLS inmates languishing in prison for over 30 years with no certainty of the date of release. Although clemency is a privilege rather than an absolute right, every applicant is constitutionally entitled to a fair review of their petition that is free of political influence or selective urgency.
Given that Najib Razak’s sentence had already been reduced in 2024 to six years alongside a substantially lowered fine, he had already received privileges that most prisoners could not afford. Further easing these terms undermines the principle of fair treatment under the law. While critically ill prisoners struggle to secure treatment or compassionate release, a high-profile convict continues to receive institutional concessions, with the luxury of being confined in his own luxurious home.
On what objective criteria has Najib Razak’s case been prioritised over vulnerable, terminally ill inmates who have spent years appealing? Despite Prime Minister Anwar Ibrahim stating that he has raised his concerns to the Pardons Board on how the house arrest could affect public trust, his administration continues to facilitate the outcome by treating this decision as unchallegeable. Deflecting responsibility to royal discretion while operationalising still constitutes enablement, not neutrality. The government cannot claim neutrality or disinvolvement while simultaneously creating unprecedented mechanisms tailored to the convenience of the political elite.
SUARAM therefore calls on the Government and the Pardons Board to prioritise human rights and equitable treatment by:
Reviewing cases of critically ill and vulnerable prisoners who genuinely require home care and family support. The process and granting of clemency must be applied objectively based on medical and humanitarian necessity, rather than political influence or status.
Ensuring transparency and accountability by disclosing the discussion and criteria involved in the decision-making process to restore public confidence in state institutions.
Establishing standardised operational guidelines and protocols for home detention with explicit statutory consequences for any breach of conditions.
In solidarity,
Azura Nasron
Executive Director of SUARAM




Furthermore, playing games such as Snow Rider 3D can help develop certain cognitive abilities. Since the player has to react quickly to obstacles, the game requires attention and hand-eye coordination. Players must constantly observe the road ahead and decide whether to move left or right within a short period of time. In addition, collecting gifts while avoiding obstacles requires players to balance two different objectives. Although these skills are developed in a relatively simple gaming environment, they can encourage concentration and rapid decision-making.