top of page
  • SUARAM

SUARAM: PERMIT TIDAK DIPERLUKAN UNTUK PERHIMPUNAN AMAN, POLIS KOTA KINABALU HARUS MEMBETULKAN FAKTA

Permit tidak diperlukan untuk menganjurkan perhimpunan aman. Perkara ini telah diperkukuh oleh Ketua Polis Negara pada 4 Mac tahun ini, malah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman melalui keperluan penganjur untuk memaklumkan polis lima hari sebelum perhimpunan.


Oleh itu, hentikan amalan lama ini yang mengelirukan orang ramai untuk mempercayai bahawa permit diperlukan untuk protes menjadi 'sah', dan sebaliknya melindungi hak mereka untuk berhimpun secara aman, iaitu hak asasi yang dijamin di bawah Perkara 10(b) Perlembagaan Persekutuan.


Mana-mana orang awam boleh menganjurkan dan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman tanpa perlu menghadapi ugutan dan tindak balas daripada mana-mana pihak, kerana ia adalah saluran yang sah untuk bersuara mengenai isu-isu berkepentingan. Sehubungan dengan itu, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menggesa polis Kota Kinabalu untuk memudahkan demonstrasi aman #KamiMahuAir esok, dan memastikan keselamatan penganjur dan peserta yang hadir.


Justeru, pembaharuan sistemik perlu dilakukan untuk memastikan hak untuk berhimpun secara aman dihormati secara konsisten oleh kerajaan. Keterbukaan kerajaan untuk memperkemas pemberitahuan perhimpunan aman harus dibuktikan dengan usaha dengan menjalankan pengumpulan input daripada pihak berkepentingan, termasuk masyarakat sivil.

37 views0 comments

Comments


bottom of page