SUHAKAM Must Lodge Police Report on Prison Officers' False Testimonies Now!
- Azura Nasron

- Aug 8
- 6 min read
Updated: Aug 8
*The Malay translation of this statement is available below, following the English version.
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) is gravely concerned by the Human Rights Commission of Malaysia’s (SUHAKAM) hesitation to lodge police reports against prison officers who have lied under oath during SUHAKAM’s ongoing public inquiry into the 17 January assault at Taiping Prison this year.
SUARAM has observed that several staff from Taiping Prison who have testified thus far began by denying under oath any involvement in hitting and/or kicking detainees. These denials were flatly contradicted by CCTV recordings shown during the inquiry.
When shown the recordings, only some officers admitted to their actions - after repeated warnings from the inquiry panel that they were under oath. Others continued to downplay their conduct using euphemistic terms such as “sentuh”, or by citing intent such as “menakut-nakutkan”.
For some, this is not the first instance of false testimony: their sworn statements to SUHAKAM in March 2025 similarly omitted or denied any involvement, despite evidence to the contrary.
In Wednesday’s (5 August 2025) proceedings, family counsel Shashi Devan made an urgent and justified call for SUHAKAM to act. He emphasised that delaying action until the inquiry concludes will send the wrong message to witnesses who are yet to testify. SUARAM agrees.
Repeated breaches of the oath should not be allowed to accumulate unchecked.
Each dishonest testimony risks obscuring case details that are not visible in the CCTV recordings, which lack audio. Such details are essential for SUHAKAM to establish a complete picture of the events, institutional dynamics and underlying causes necessary for credible findings and effective reform recommendations.
The argument that lodging a police report would create an “investigation within an investigation” is also misplaced. A police report does not interfere with SUHAKAM’s inquiry—since the inquiry focuses on uncovering systemic failures through the assault in Taiping Prison and recommending critical prison reforms, while a police investigation of a report focuses on specific violations of the law.
We maintain that by acting against false testimony, SUHAKAM will be safeguarding the integrity of the inquiry.
To illustrate the extent and seriousness of this issue, we provide two examples.
Firstly, on Day 11 of the inquiry, prison officer Raja Masuri bin Mansor repeatedly denied using his phone to record the assault, despite CCTV footage clearly showing that he did: no further evidence is required to prove that he was lying, since no one has questioned the veracity of the CCTV recording. We note that although four weeks have passed since Masuri testified, SUHAKAM has not recovered the phone he used.
Secondly, there was a striking similarity in the testimonies of all five officers in Week 4 of the inquiry. All the officers cited utterances of profanities, and death or rape threats by detainees as the reason why they “lost it.” and thrashed the detainees. These near-verbatim patterns raise serious concerns of coaching or collusion. We note that there is sworn evidence that they had met together in a room to watch the recordings before they came to testify.
The inquiry panel, conducting officers and observers have had to spend much time and effort establishing truths that should have been voluntarily disclosed. Yesterday’s (7 August 2025) testimony by Khairol Azmeer Ibrahim underscores this. He was later recalled for further questioning on key inconsistencies, including his purported knowledge of deceased detainee Gan Chin Eng’s history of heart problems and whether he had met other Taiping Prison officers while lodging the police report on Gan’s death. In the face of such protracted attempts to untangle misleading accounts, SUHAKAM’s continued inaction is untenable.
If SUHAKAM fails to act now despite what appears to us glaring evidence of false testimony, it risks setting a damaging precedent for its future inquiries it holds—and by extension, dents the independence, effectiveness and integrity of its human rights protection mandate as an A-status national human rights institution.
SUARAM therefore calls on SUHAKAM to immediately lodge a police report to commence an independent investigation into the pattern of false and misleading testimony observed during the inquiry.
If SUHAKAM is to play a serious role in holding enforcement authorities accountable, it must demonstrate that its processes cannot be manipulated. Delaying action only sends the wrong signal about institutional tolerance for false testimony under oath and weakens public confidence in the inquiry’s outcome.
In solidarity,
Azura Nasron
Executive Director of SUARAM
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SUHAKAM PERLU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KETERANGAN PALSU OLEH PEGAWAI PENJARA SEGERA
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) berasa bimbang terhadap keberatan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk membuat laporan polis terhadap pegawai penjara yang tidak bercakap benar di bawah sumpah dalam Inkuiri Awam SUHAKAM berhubung insiden serangan di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu.
Berdasarkan pemerhatian SUARAM, beberapa kakitangan Penjara Taiping yang telah memberikan keterangan setakat ini memulakan testimoni mereka dengan penafian (walaupun telah mengangkat sumpah) bahawa sebarang penglibatan dalam memukul dan/atau menendang tahanan.
Apabila rakaman ditayangkan, hanya sebahagian pegawai yang akhirnya mengakui perbuatan mereka, setelah berulang kali diingatkan oleh panel inkuiri bahawa mereka berada di bawah sumpah. Pegawai penjara yang lain juga berterusan meremehkan perbuatan mereka dengan menggunakan istilah berlapik-lapik seperti “sentuh” atau dengan memberi alasan niat seperti “menakut-nakutkan”.
Bagi sesetengah pegawai, ini bukan kali pertama mereka memberikan keterangan palsu: kenyataan bersumpah mereka kepada SUHAKAM pada Mac 2025 juga tidak menyebut atau menafikan sebarang penglibatan, walaupun wujud bukti yang bercanggah. Dalam prosiding 5 Ogos (Rabu), peguam kepada keluarga, Shashi Devan telah membuat gesaan kepada pihak SUHAKAM untuk mengambil tindakan. Beliau menegaskan bahawa menangguhkan tindakan sehingga inkuiri selesai akan memberikan isyarat yang salah kepada saksi yang masih belum memberi keterangan. SUARAM bersetuju.
Pelanggaran sumpah secara berulang tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan tanpa tindakan.
Setiap keterangan yang tidak jujur berisiko menutup butiran kes yang tidak kelihatan dalam rakaman CCTV, yang tidak mempunyai audio. Butiran seperti ini penting untuk membolehkan SUHAKAM mendapatkan gambaran penuh berhubung kejadian, dinamik institusi dan punca asas yang diperlukan bagi menghasilkan dapatan yang berwibawa serta cadangan pembaharuan yang berkesan.
Hujah bahawa membuat laporan polis akan mewujudkan “siasatan dalam siasatan” juga adalah tidak tepat. Laporan polis tidak akan mengganggu inkuiri SUHAKAM—kerana inkuiri memberi tumpuan untuk mengenal pasti kegagalan sistemik melalui insiden serangan di Penjara Taiping dan mengesyorkan pembaharuan penjara yang kritikal, manakala siasatan polis terhadap laporan tertumpu kepada pelanggaran undang-undang secara khusus.
Kami berpendirian bahawa dengan mengambil tindakan terhadap keterangan palsu, SUHAKAM akan mempertahankan integriti inkuiri tersebut.
Bagi menggambarkan tahap dan keseriusan isu ini, kami kemukakan dua contoh.
Pertama, pada hari ke-11 inkuiri, pegawai penjara Raja Masuri bin Mansor berulang kali menafikan menggunakan telefonnya untuk merakam serangan, walaupun rakaman CCTV jelas menunjukkan beliau berbuat demikian: tiada bukti tambahan diperlukan untuk membuktikan beliau berbohong memandangkan tiada sesiapa yang mempertikaikan ketulenan rakaman CCTV tersebut. Kami juga mengambil maklum bahawa walaupun empat minggu telah berlalu sejak Masuri memberi keterangan, SUHAKAM masih belum mendapatkan telefon yang digunakan beliau.
Kedua, terdapat persamaan yang ketara dalam keterangan kelima-lima pegawai pada minggu ke-4 inkuiri. Semua pegawai memberi alasan kononnya tahanan mengeluarkan kata-kata kesat serta ugutan bunuh atau rogol sebagai sebab mereka “hilang sabar” dan memukul tahanan tersebut. Pola keterangan yang hampir sama ini menimbulkan kebimbangan serius tentang kemungkinan wujudnya latihan atau pakatan. Kami juga mengambil maklum bahawa terdapat keterangan bersumpah bahawa mereka telah berkumpul dalam sebuah bilik untuk menonton rakaman sebelum memberi keterangan.
Panel inkuiri, pegawai pengendali dan pemerhati terpaksa menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk mendapatkan kebenaran yang sepatutnya didedahkan secara sukarela. Keterangan semalam (7 Ogos 2025) oleh Khairol Azmeer Ibrahim menguatkan perkara ini. Beliau kemudiannya dipanggil semula untuk ditanya lebih lanjut berhubung percanggahan utama, termasuk dakwaannya mengetahui sejarah kesihatan - masalah jantung tahanan yang telah meninggal dunia, Gan Chin Eng dan sama ada beliau telah bertemu pegawai Penjara Taiping lain ketika membuat laporan polis mengenai kematian Gan. Dalam menghadapi usaha yang begitu panjang untuk menyelesaikan keterangan yang mengelirukan, kegagalan SUHAKAM untuk bertindak adalah tidak dapat diterima.
Sekiranya SUHAKAM gagal bertindak sekarang walaupun terdapat bukti yang jelas mengenai keterangan palsu, ia berisiko mewujudkan duluan yang buruk untuk inkuiri-inkuiri pada masa akan datang—dan seterusnya menjejaskan kebebasan, keberkesanan serta integriti mandat perlindungan hak asasi manusia SUHAKAM sebagai institusi hak asasi manusia kebangsaan berstatus A.
Oleh itu, SUARAM menggesa SUHAKAM untuk segera membuat laporan polis bagi memulakan siasatan bebas terhadap pola keterangan palsu dan mengelirukan yang diperhatikan sepanjang inkuiri.
Sekiranya SUHAKAM mahu memainkan peranan serius dalam memastikan pihak berkuasa penguatkuasaan bertanggungjawab, ia mesti menunjukkan bahawa prosesnya tidak boleh dimanipulasi. Penangguhan tindakan hanya akan menghantar isyarat yang salah mengenai toleransi institusi terhadap keterangan palsu di bawah sumpah dan melemahkan keyakinan awam terhadap hasil inkuiri tersebut.
Dalam solidariti
Azura Nasron
Pengarah Eksekutif
Suara Rakyat Malaysia






![[Joint Statement] Let the People Be Heard: Police Must Facilitate, Not Block, Access to Parliament](https://static.wixstatic.com/media/359d16_2edb8367de2b4799b2b26d02aa992ecd~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_738,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_avif,quality_auto/359d16_2edb8367de2b4799b2b26d02aa992ecd~mv2.jpg)

Comments