top of page
  • SUARAM

Why Were The Police Deployed At Bersih's Press Conference

Translation in Malay is provided at the end of the statement.


Ten police officers, two police trucks and a number of police motorcycles stationed outside Bersih’s office for a mere press conference calling for faithful implementation of the long-promised reform agenda. This is not upholding public order – on the contrary, it is sheer, condemnable intimidation. Does this mean that netizens criticising the Pardons Board decision will follow suit, by having their posts deleted, social media accounts monitored or even worse, investigated under Section 233 of the Communications and Multimedia Act 1998?


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) questions whether the Home Minister or the Prime Minister himself is aware of the police’s act of monitoring the press conference, which adds another layer of concern to the situation.


Bersih, and also very recently Tony Pua, were clearly targeted by the government for exercising their legitimate right to freedom of expression. These actions demonstrate the state’s incapability of accepting constructive criticism, dissent or even discontent. They can also perpetuate censorship, which regresses current painstaking efforts by various stakeholders in fostering accountability for violations, including those of human rights.   

Equally importantly, through these tactics, the government has committed a triple betrayal: on top of failing to defend its fight against corruption and justice, it has also contravened its duty to uphold the basic human rights of all, especially those seeking public transparency and accountability.


This derailment from the values and spirit of reformasi has gone far enough and should be immediately rectified. On this note, SUARAM unequivocally demands the government to fully protect the right to freedom of expression and actively refrain from intimidation, harassment and any form of reprisal against all persons who exercise this fundamental freedom.



A group of police outside of Bersih's office.

Credit: Bersih's Facebook


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


SUARAM: Mengapa Perlu Mengerahkan Pasukan Polis Semasa Sidang Media Bersih?

 

Sepuluh anggota polis, dua trak dan sebilangan polis bermotosikal telah berada di luar pejabat Bersih hanya kerana sidang media yang dilakukan. Walhal sidang media tersebut hanya menggesa pelaksanaan agenda reformasi yang telah lama dijanjikan. Tindakan tersebut tidaklah menegakkan ketenteraman awam, sebaliknya ia adalah intimidasi semata-mata dan wajar dikecam. Perihal sebegini menimbulkan persoalan adakah apabila rakyat mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan akan dikenakan tindakan saman, siaran mereka diturunkan, akaun media sosial dipantau atau lebih teruk – disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998?


Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) mempersoalkan sama ada Menteri Dalam Negeri atau Perdana Menteri sendiri sedar tindakan polis memantau sidang media itu akan menambahkan lagi kebimbangan kepada keadaan tersebut.


Baru-baru ini kita melihat Bersih dan juga Tony Pua jelas menjadi sasaran pihak kerajaan hanya kerana menggunakan hak mereka yang sah – iaitu kebebasan bersuara. Tindakan seperti ini memperlihatkan ketidakupayaan negara untuk menerima kritikan membina, perbezaan berpendapat atau rasa tidak berpuas hati. Pihak kerajaan berterusan melakukan penapisan dimana mengundurkan usaha gigih oleh pelbagai pihak berkepentingan dalam memupuk akauntabiliti bagi sebarang perlanggaran, termasuk hak asasi manusia.

Perkara yang sama penting, melalui taktik sebegini, kerajaan telah melakukan penganiayaan sebanyak tiga kali: selain gagal mempertahankan perjuangannya menentang rasuah dan keadilan, ia juga telah melanggar kewajipannya untuk menegakkan hak asasi manusia buat semua, terutamanya mereka yang mencari ketelusan dan akauntabiliti awam.


Kegelinciran nilai dan semangat reformasi ini sudah cukup jauh dan harus segera diperbetulkan. Sehubungan itu, SUARAM dengan tegas menuntut kerajaan untuk melindungi sepenuhnya hak kebebasan bersuara dan secara aktif menahan diri daripada ugutan, gangguan dan sebarang bentuk tindakan balas terhadap semua orang yang menggunakan kebebasan asasi ini.



Reference / Rujukan:

https://www.facebook.com/BERSIH2.0/posts/pfbid02mJUBBeDPSsnVjN9hX4eLCfSGKYAUhZ7wDZKU7QtAQsWmyNmNKrziJt48KKCw4xdZl Watch SUARAM's stand Najib's Pardon issues / Tonton pendirian SUARAM terhadap isu pengampunan Najib:



33 views0 comments
bottom of page